19

81 9 16
                                    

[Nobody]

Jaehwa membuat keputusan untuk memakai pakaian yang sama seperti dalam mimpinya. Lagipun baju yang dipakai tu memang betul-betul cantik baginya.

Sowoon yang duduk di atas katil hanya memerhatikan Jaehwa dengan senyuman. "Uyoo member ada dinner date special." Itulah ayat pertama yang keluar dari mulutnya setelah berdiam diri selama beberapa minit.

"Haah, kau bila lagi." Jaehwa tersenyum sinis sambil jarinya sibuk mengenakan aksesori tambahan seperti subang.

Dalam mimpinya tak ada pakai subang tapi kali ni dia pakai subang.

"Eee kurang ajar betul." Sowoon terus menarik muncung oleh kerana sentap dengan Jaehwa. Jaehwa pulak galak mentertawakan kawannya tu.

Selepas selesai bersiap, Jaehwa menilik dirinya sendiri di hadapan cermin.

"Cantik dah tu. Jomlah turun." Sowoon keluar dari bilik terlebih dahulu manakala Jaehwa kelam kabut mencapai beg tangan dan berlari kecil bagi menyaingi langkah Sowoon.

"Aku balik dulu tau," ujar Sowoon setelah memakai selipar miliknya. "Okey, bawa kereta elok-elok."

"Ha yelah. Nanti jangan lupa cerita kat aku pasal dinner date kau tu tau."

Memang tak sah kalau tak busybody. Jaehwa hanya menganggukkan kepala. Selepas melihat anggukan Jaehwa barulah Sowoon masuk ke dalam keretanya dan berlalu pergi.

Jaehwa duduk di bangku luar rumah sambil menunggu Hoshi.

Tak lama kemudian, kedengaran bunyi hon kereta di depan rumahnya. Memang sah la yang itu Hoshi. Jaehwa terus melangkah ke kereta Hoshi perlahan-lahan memandangkan dia memakai kasut tumit tinggi. Tapi takdelah tinggi sangat.

Yang menghampakannya adalah Hoshi tak tolong bukakan pintu kereta mahupun lindungi kepalanya dari terhantuk seperti dalam mimpi. Sadis.

Jaehwa memboloskan dirinya ke dalam kereta milik Hoshi.

"Cantik awak malam ni."

"Selama ni tak cantik ke?" Jaehwa bertanyakan soalan itu dengan tujuan bergurau.

"Cantikkk. Tapi malam ni kecantikan awak luar biasa." Hoshi tersenyum sehingga tak kelihatan matanya. Senyuman yang membunuh.

"Erk dah lah. Bila awak nak start drive ya?" Jaehwa cepat-cepat menukar topik supaya Hoshi berhenti senyum.

"Oh ya, lupa pula. Ni semua salah awak sebab cantik sangat." Hoshi tergelak kecil sebelum memulakan pemanduannya.

Dalam mimpi takde pula puji melambung macam ni.

-----

Tiba di meja makan, Jaehwa memerhatikan sekeliling. Agak terpegun kerana reka bentuk dan hiasan restoran ini jelas menunjukkan yang ini bukanlah calang-calang restoran.

"Macam mahal je tempat ni," kata Jaehwa dengan matanya yang masih melilau.

"Tak mahal dan tak murah. Bagi saya tempat ni sederhana je. Design yang nampak terlalu mewah," jelas Hoshi.

Penjelasan Hoshi membuatkan Jaehwa menghembuskan nafas lega. "Kalau tempat ni mahal pun kenapa?" Nampaknya Hoshi tertanya-tanya.

"Saya takut tiba-tiba awak tak mampu bayar lepas tu tak pasal pasal baju kita ni diambil. Macam dalam cerita P.Ramlee."

Secara tiba-tiba Hoshi ketawa besar. Mungkin jawapan Jaehwa itu terlalu kelakar baginya.

"Awak jangan risaulah. Saya bawa awak datang sini sebab saya mampu. Kalau saya tak mampu baik saya bawa awak pergi mamak je. Nampak sangat yang awak ni ragu-ragu dengan kemampuan saya." Hoshi menggeleng-gelengkan kepalanya.

Jaehwa malu sendiri. Dia tersengih dengan muka tidak bersalah dan terus mengelak daripada menatap mata Hoshi.

Akhirnya pelayan tibe dengan troli makanan dan meletakkan beberapa pinggan makanan di atas meja. Jaehwa membuat muka pelik.

(Pandai-pandailah fikir nak makan apa HAHAHAH)

"Saya memang dah order siap-siap." Hoshi macam tau tau je persoalan yang bermain di minda Jaehwa. Jaehwa mengangguk sambil mulutnya membentuk huruf O sebagai tanda dia memahami penjelasan Hoshi.

"Kita makan dulu, nanti kita borak."

-----

Selesai menghabiskan makanan yang dipesan, Hoshi mencapai tisu yang disediakan lalu mengelap mulutnya.

"Dah kenyang ke? Kalau awak nak dessert saya boleh orderkan." Laju saja tangan Hoshi menyeluk poket dan mengeluarkan dompet tebal miliknya.

"Eh takpe takpe. Saya dah kenyang," balas Jaehwa sambil menepuk perutnya dengan lembut berkali-kali. Hoshi menyimpan kembali dompetnya di dalam poket.

"Saya ajak awak makan malam ni sebab nak cakap sesuatu yang penting sebenarnya." Hoshi menatap mata Jaehwa dengan dalam.

"Apa dia? Cakaplah." Jaehwa menongkat dagu pada meja sambil membalas tatapan Hoshi.

"Saya nak berterus terang dekat awak pasal satu benda ni tapi saya malu sikit," kata Hoshi sambil menggosok belakang lehernya.

Jaehwa mengangguk-anggukkan kepala seakan-akan memahami Hoshi.

"Jangan malu untuk cakap. Percayalah, saya tetap akan jadi kawan awak walaupun awak bengkok. Bukannya saya boleh halang hati dan perasaan awak pun kan?" Jaehwa melemparkan senyuman paling manis kepada Hoshi.

"Apa yang bengkok?" Berkerut dahi Hoshi dibuatnya.

"Awaklah."

"Kenapa awak cakap saya bengkok?"

"Awak suka abang saya kan?"

"Hah?"

"Hah?"

Ha sudah. Dua-dua blur pulak. Akhirnya mereka berdua diam dan termenung seketika.

Selepas beberapa minit, Hoshi membuat keputusan untuk memecahkan kesunyian di antara mereka

"Kenapa awak cakap saya bengkok sedangkan saya sebenarnya suka awak?"

-----

14072021

Dare Where stories live. Discover now