Aku terjaga dari lena apabila aku terdengar Sowoon menjerit dan melompat-lompat atas katil aku.
"Ish dah kenapa kau ni?" Aku tutup muka menggunakan bantal.
"Bangunlahhh. Kita shopping."
"Shopping?" Aku mengalihkan bantal lalu melemparkan pandangan aneh. Mimpi apa dia ni tiba-tiba ajak shopping?
Baru pukul 10 pagi kot.
"Yelahh. Kau kan nak keluar dengan Hoshi esok?"
"Esok?" Cepat-cepat aku tengok kalendar. Aku ingatkan hari ni hari Khamis.
"Yelah esok. Aku ada baca chat kau dengan dia tadi." Sowoon tersengih.
"Jap macam mana kau—"
"Kau tu tidur mati. So aku letak jari kau dekat fingerprint sensor and tadaa. Dah dapat baca chat kau."
Sowoon membuat muka (๑ ิټ ิ).
"Dah, jangan banyak tanya. Bangun and bersiap sekarang. Nanti kita keluar cari baju." Sowoon terus merebahkan badan atas katil aku.
Bukan Sowoon lah kalau tak buat rumah aku macam rumah sendiri. Sama macam abangnya, Mingyu.
Sowoon ya, bukan Sowon 🌛.
Selepas mencapai tuala, aku terus melangkah masuk ke bilik air.
___
Sowoon tak habis-habis menarik tangan aku agar mengikut langkahnya. Aku tak faham kenapa perlu laju sangat berjalan.
Sowoon mengambil beberapa baju sebelum semuanya dihulurkan kepada aku. "Nah, pergi try."
"Semua?" Aku memandang baju-baju di tangan dan wajahnya silih-berganti.
"Iyalah semua. Bila dah pakai, keluar tunjuk kat aku."
Aku mengeluh tapi dah tak ada pilihan lain selain setuju. Aku bawa kesemua baju ke fitting room dalam keadaan malas.
Seperti yang dijanjikan, setiap kali aku mencuba baju-baju yang Sowoon pilih, aku akan keluar dan tunjuk padanya.
Ambil masa jugaklah nak try baju banyak-banyak. Nasib baik si Sowoon ni kawan dunia akhirat. Kalau tak, aku cabut lari je.
___
Setelah membayar di kaunter, aku menoleh untuk mencari Sowoon.
Aik? Hilang dah minah tu? Tadi ada je duduk dekat bangku bahagian penjualan kasut.
Mungkin dia dah keluar.
Aku berjalan keluar dari kedai sambil sibuk mencari telefon dalam sling bag sehinggakan aku tak sedar yang aku akan berlanggar dengan seseorang.
Walau bagaimanapun, ada sepasang tangan yang memegang bahuku agar aku berhenti berjalan. Dengan cepat aku menoleh ke belakang. Lelaki yang pegang bahu aku tadi mengenakan kaca mata hitam dan mask hitam.
Pakai kaca mata hitam dalam mall? Aneh sangat rasanya.
"Cik Jaehwa kena hati-hati sikit lain kali."
Mana dia tau nama aku?
"Kita kenal ke?" Soalku dengan muka blur.
"Kenal yang tak berapa kenal— tapi kita akan berkenalan nanti."
Masknya sedikit bergerak. Dia senyum ke?
Sama macam kes dekat 7E, aku blur dan tak tau nak buat apa jadi aku alihkan pandangan.
Dia mendekatkan mukanya agar separas dengan telinga aku lalu berbisik.
"Sama-sama."
Dan seterusnya dia terus berjalan meninggalkan aku.
Apa yang sama-sama?
Setelah tiga saat otak memproses, baru aku faham. Automatik tanganku naik menepuk dahi.
"Aku lupa berterima kasih."
___
Dalam kereta aku banyak termenung. Nasib baik Sowoon yang drive. Takdelah kes accident yang melibatkan kami kejap lagi.
K tibe.
"Kau marah aku ke? Aku sakit perut tadi. Terpaksa rushing pergi toilet." Sowoon memecahkan kesunyian antara kami.
"Tak marahlah. Aku tengah berfikir ni." Aku menyilangkan tangan dan bersandar dengan selesa.
"Fikir pasal date esok?" Sowoon smirk.
Tak habis-habis.
"Tu pun ye jugak. Tadi ada seorang mamat ni pegang bahu aku sebab aku hampir berlanggar dengan orang masa keluar dari kedai."
"APA?!" Sowoon brek mengejut.
Bukan brek je terkejut, aku pun terkejut masalahnya.
K tibe lagi.
"Kau dah kenapa brek mengejut? Nasib baik bukan highway."
"Sebab bukan highway lah au berani brek mengejut. Ha kau sabar. Nanti kalau dah sampai rumah kau, aku nak kau cerita balik."
"Whatever."
Sowoon meneruskan pemanduannya sampai ke rumah aku.
Aku mengangkut semua beg hasil shopping masuk ke dalam rumah diikuti Sowoon yang tak bawak apa-apa.
"Ha cerita."
"Macam yang aku cerita tadilah. Aku keluar daripada kedai. Tapi sambil-sambil jalan keluar tu aku cari telefon dalam beg. Tiba-tiba ada yang pegang bahu aku sampai aku berhenti jalan. Bila aku pusing, aku nampak lelaki yang pakai sunglasses dengan mask."
"Mesti hensem kan?"
"Manalah aku tau kalau dah dia tutup muka sampai macam tu." Sowoon menggaru kepalanya. "Betul jugak eh."
"Ya. Tapi ada satu part yang menarik."
"Apa dia? Dia mintak number kau? Dia ajak kau keluar?"
"Tak. Dia tau nama aku."
___
Agak merapu ye (๑ ิټ ิ)
29112019
YOU ARE READING
Dare
Fanfiction"aku menyesal sahut dare kau." "menyesal sekarang takde guna dah sis. ehe." cast; - kwon hoshi (svt) - lee jaehwa - dan lain² lagi Start: 28112019 Finish: -