"Oh tu. Hehe." Dia tersengih sambil menggaru kepala. Kenapa aku rasa sengihan dia nampak miang? "Awak ni sangatlah something." Aku berkata tanpa menunggu jawapan dari mulutnya sendiri.
"Huh? Saya?" Dia menghalakan jari telunjuk ke dadanya.
"Ye, awak."
Dia sambung sengih sambil menggaru kepala. Nasib baiklah tak ada kelimumur atau kutu berterbangan.
"Sebenarnya saya selalu anggap diri saya harimau. Sebab tu saya pose macam ni." Dia mula membuat pose yang aku katakan. "Bukan tu je. Sarung telefon dengan lockscreen telefon saya pun gambar harimau." Sambungnya tanpa diminta.
Kemudiannya dia menyeluk poket dan mengeluarkan telefon.
"Nampak?" Dia menunjukkan sarung telefonnya. Aku hanya menganggukkan kepala.
"Dan ni." Dia menunjukkan screen telefon yang gelap kerana dia lupa untuk tekan button on. Akulah yang tekan sendiri button on yang berada di tepi telefon.
Aku terkedu dengan lockscreennya.
"Comel sangat ke harimau ni sampaikan awak senya— eh?"
Hoshi turut terkejut setelah melihat lockscreennya.
Okey dia betul-betul sesuatu.
Aku terus capai beg tangan dan cup minumanku untuk beredar dari situ. Panggilan Hoshi aku abaikan.
Nasib baiklah ni cuma cup pakai buang jadi tak ada masalah kalau aku bawa keluar dari kedai.
___
[Hoshi]
Semasa Jaehwa ingin mengangkat kaki keluar dari café, aku memanggil namanya berkali-kali tapi tak diendahkan.
Aku meraup rambut ke belakang dan merenung lockscreenku yang kononnya gambar harimau.
Aku tak sepatutnya tenung lockscreen ni. Kepalaku terus digelengkan berkali-kali.
Aku tak tau macam mana gambar Jaehwa boleh jadi lockscreen telefonku. Bukan tu saja, kebetulan gambar tulah gambar dia yang paling seksi. Tapi bagi aku tak seksi tapi gambar tulah yang banyak bahagian terdedah.
Eh apa aku merepek ni hMs.
Dalam banyak-banyak gambar Jaehwa di feed Instagram nya, hanya gambar ni yang menunjukkan dia memakai mini skirt paras atas lutut bersama crop top. Dia duduk merendam kaki di dalam kolam.
Yang lain dia banyak mengenakan seluar jeans panjang, baju oversized dan sebagainya.
Aku menghidupkan telefon untuk menukar kembali lockscreen tetapi secara tiba-tiba notifikasi darinya keluar.
"Jangan lupa tukar lockscreen awak ke gambar harimau balik." Aku membaca mesej dari Instagram tersebut.
Entah kenapa aku merasakan ayatnya agak kelakar, aku tergelak.
"Awak yang sesuatu, Cik Jaehwa."
___
Sampai saja rumah, aku terus hempas punggung atas sofa. Dompet dan telefon aku letak atas meja.
"Macam mana date?" Rakan serumahku, Wonwoo muncul dari dapur. Dia mengambil tempat di sebelah aku. Dialah yang gedik-gedik bagi dare tu.
"Kenapa ni? Dia tak datang?" Wonwoo memusingkan badannya menghadapku.
"Dia datang, tapi— kejap. Kau ke yang tukar lockscreen aku?" Aku menegakkan badan dan turut menghadapnya.
"Err ya. Aku buat macam tu sebab—"
Aku terus mencapai kolar bajunya tanpa menunggu dia menghabiskan kata-kata.
"Disebabkan kaulah, dia dah takut dengan aku. Dia anggap aku pervert." Aku melepaskan kolar bajunya dengan kasar.
"Alahai. Aku ingatkan bila aku buat macam tu dia akan terharu dengan kau."
Kawan siapalah ni bengap sangat.
"Tapi kenapa gambar tu? Boleh kan kalau pilih gambar yang dia pakai baju oversized dengan seluar jeans panjang?"
Wonwoo terdiam dan hanya menarik sengihan.
Aku mengambil telefon dan dompet dari atas meja sebelum meninggalkan Wonwoo sendirian di ruang tamu.
___
02122019
YOU ARE READING
Dare
Fanfiction"aku menyesal sahut dare kau." "menyesal sekarang takde guna dah sis. ehe." cast; - kwon hoshi (svt) - lee jaehwa - dan lain² lagi Start: 28112019 Finish: -