D-day.
Aku agak nervous, tapi Sowoon boleh pulak terlebih excited. Dialah yang sibuk memakaikan itu ini pada aku.
Selepas sejam, aku siap dengan lengkap. Jam dah masuk pukul 2:30 petang. Aku dan Hoshi akan berjumpa pukul 3 petang. Café tempat kami berjumpa lebih kurang 15 minit daripada rumah kalau jalan tak padat.
Sowoon menarik tangan aku sampai ke keretaku.
Aku pun ada kereta 🌛.
"Nah kunci kereta kau. Enjoy your date!" Sowoon tersengih lebar.
Memang dia ni asyik sengih pun. Aku pun penat dah tengok dia sengih hari-hari.
"Thanks sebab susah-susah jadi perunding imej aku. Aku pergi dululah." Sebaik saja berkata, aku memboloskan diri ke dalam kereta.
Sempat aku melambaikan tangan ke arahnya sebelum bergerak ke café yang dijanjikan.
___
Lebih kurang pukul 2:55 baru aku tiba di café berkenaan. Jalan agak padat tadi. Tapi sekurang-kurangnya aku tak terlewat lebih dari pukul 3 petang.
Hoshi dah sampai atau belum?
Mata aku mula meliar mencari kelibatnya. Aku mula mencari telefon di dalam handbag. Aku rasa aku patut hubungi dia. Manalah tau dia taknak datang secara tiba-tiba🌛.
"Lama menunggu?" Suara tersebut menghentikan pergerakan tanganku yang sibuk meraba bahagian dalam handbag.
Aku mengangkat muka.
Dia real.
Maksud aku, lelaki dalam gambar tu real.
Lama aku memerhatikan wajahnya sehinggakan dia terpaksa melambaikan tangan di hadapan muka aku.
"Eh? Eh tak tak. Maksud saya, saya pun baru sampai. Jemputlah duduk dulu, Encik Hoshi?" Aku teragak-agak nak panggil dia Encik Hoshi.
"Baik, terima kasih." Dia duduk bertentangan dengan aku.
Ok situasi mula berasa kekok.
Eh sekejap. Kenapa suara dia familiar? Aku rasa macam pernah dengar sebelum ni, tapi bukan masa call.
"Sekejap. Kita pernah berjumpa ke?" Aku memberanikan diri bertanya.
Dia tersenyum pendek. "Pernah."
Kemudian dia bersandar sambil menyilangkan tangan sebelum menyambung.
"Dan awak agak sombong."
Sombong?
"Kenapa awak cakap saya sombong?" Ada nada tak puas hati dan geram dalam pertanyaan aku.
"2 kali kita jumpa, 2 kali tu jugak saya senyum dekat awak tapi awak cuma alihkan pandangan."
2 kali aku alihkan pandangan?
"Awak lelaki yang dekat 7 Eleven dan yang dekat mall tu?"
Sejujurnya aku terkejut sebab betullah tekaan aku yang aku pernah dengar suara dia sebelum ni. Dekat mall kan dia ada bercakap dengan aku?
"Tepat sekali." Dia senyum.
"Awak tak boleh cakap saya sombong sebab tak balas senyuman awak. Siapa suruh awak pakai mask? Manalah saya tau awak senyum."
"Iya, salah saya juga." Dia tergelak kecil sambil menegakkan badan.
"Kenapa tak tegur saya?"
"Saja nak jadikan hari ni sebagai perjumpaan official. Yang sebelum ni awak anggap je perjumpaan unofficial."
Pulak.
"Dah order ke?" Soalnya setelah kami diam beberapa saat. Aku membalas pertanyaannya dengan gelengan.
"Saya pergi order sekarang. Awak nak apa?"
"Apa-apa pun boleh. Saya tak kisah." Aku hanya mampu tersenyum kekok.
Hoshi berdiri dan menapak ke kaunter.
Aku terus memegang dada.
Kenapa rasa berdebar semacam? Aku sakit ke?
Tapi aku bukan Eun Dan Oh.
___
Sambil menyedut air, aku mencuri pandang wajahnya yang boleh tahan kacak bagi aku.
Tiba-tiba terlintas satu pertanyaan yang aku patut tanya padanya.
"Kenapa awak cepat je setuju untuk keluar dengan saya walaupun saya ni stranger?"
Hoshi berhenti menyedut minumannya sebelum matanya naik memandang aku.
Malu titew jadinya 🌛.
"Jujurlah saya kata. Saya kena dare dengan kawan saya."
"Dare jugak?"
"Iya- awak pun kena dare ke?" Riak wajahnya agak terkejut. Aku membalas dengan aggukan.
"Saya kena dail nombor secara random dan ajak orang tu keluar." Aku bercerita ringkas.
"Saya pulak kena ajak orang yang call saya keluar. Saya sendiri pun tak sangka yang call saya tu stranger. Awaklah tu."
Aku tersengih macam Sowoon.
"Jadi masing-masing kena dare." Aku tergelak kecil.
"Ya, tapi saya rasa saya tak patut menyesal." Hoshi menongkat dagu dan matanya tepat ke arah mataku.
Dear heart, please be nice.
"Kenapa?"
"Takde alasan spesifik, cuma rasa awak ni menarik."
Tiba-tiba kepala aku terbayang gambarnya yang pose macam memicit.
"Fikir apa tu?" Dahinya berkerut.
"Saya tanya ni awak jangan marah eh?"
"Kenapa pulak saya nak marah? Tanya je." Dia tersenyum untuk tunjuk yang dia takkan marah aku.
"Kenapa awak selalu pose macam ni?" Aku meniru pose nya.
"Oh tu. Hehe." Dia tersengih-
Miang?
___
Start merapu dah ff aku ni hMs 🌛
29112019
YOU ARE READING
Dare
Fanfiction"aku menyesal sahut dare kau." "menyesal sekarang takde guna dah sis. ehe." cast; - kwon hoshi (svt) - lee jaehwa - dan lain² lagi Start: 28112019 Finish: -