14

90 13 5
                                    

[Hoshi]

Aku mundar-mandir di dalam bilik. Walaupun dah terangkan segalanya, Jaehwa tetap marah dengan aku. Aku suka dia, tapi aku sendiri tak tau sejauh mana perasaan aku ni.

Aku merebahkan diri ke katil. Sebelum balik tadi, abangnya kata yang dia marah sekejap je. Aku cuma perlu bagi ruang untuk dia redakan kemarahan. Tapi aku tak boleh tenang selagi dia tak maafkan aku.

Semua chat aku cuma di-seen pulak tu.

"Masih fikir pasal dia ke?" Entah bila laa Wonwoo masuk dalam bilik aku ni. Jauh sangat aku termenung sampai tak perasan kehadiran dia.

"Yelaa aku serba salah sangat. Kau rasa patut ke aku datang rumah dia lagi esok?" Aku betul-betul perlukan pendapat Wonwoo.

"Aku rasa kau memang patut pergi tapi janganlah pergi dengan tangan kosong. Bawak makanan favorite dia."

"Bernas juga idea kau ni. Tapi aku tak tau apa makanan favorite dia."

Wonwoo menghela nafas seakan-akan dia malas melayan aku.

"Tanyalah abang dia. Kalau kau tak tau instagram abang dia, cuba check dekat bahagian following akaun dia."

"Betul jugak. Kenapa aku tak terfikir eh?" Aku cepat-cepat mencapai telefon dan mencari akaun abang Jaehwa.

"Kau tu slow sangat. Risau laa aku tengok." Wonwoo menjeling aku sebelum bergerak meninggalkan bilik ini.

Okey dah jumpa akaun Jihoon. Aku terus DM untuk bertanya tentang makanan kesukaan Jaehwa.

Nasib baik Jihoon ni fast replier. Tak sampai seminit pun chat aku sampai tapi dia dah seen dan sedang typing.

Habis typing, aku terus menerima chat darinya yang mengatakan bahawa Jaehwa suka chicken hawaiian pizza dan takoyaki. Nasib baik kedua-dua makanan tersebut senang didapatkan.

Aku menghela nafas lega namun rasa gementar tu masih tersisa. Harapnya dia dah tak marah la.

-----

[Jaehwa]

Aku memerhatikan semula pemakaianku di depan cermin. Dikira bagus dah kot apa yang aku pakai ni. Aku keluar dari bilik. Entah kenapa tiba-tiba rasa nak makan pizza. Jadi, aku buat keputusan untuk pergi ke restoran pizza.

Aku mencapai kunci kereta yang disangkut di penyangkut kunci kemudian aku memulas tombol pintu utama rumah.

"Eh mak kau." Secara tidak sengaja aku melatah apabila Hoshi tercegat betul-betul di hadapan pintu rumah. Buka pintu je terus nampak muka dia. Mestilah aku terkejut.

Hoshi tersengih. "Awak pakai lawa lawa ni nak ke mana?"

"Ada ah. Buat apa awak nak tau?" Aku mengangkat kening dan menunjukkan riak muka keliru.

"Saya datang sebab saya nak bagi pizza kesukaan awak. Kalau awak keluar nanti sejuk pulak pizza ni." Dia mengangkat plastik yang berisi beberapa kotak pizza separas kepalanya.

Pizza kesukaan?

"Jap, pizza apa awak beli ni? Yakinnya awak cakap tu pizza kesukaan saya." Aku tersenyum sinis. Entah entah dia main hentam je.

"Chicken hawaiian pizza. By the way saya ada bawak takoyaki jugak tau. Kejap eh saya ambil dari dalam kereta." Dia meninggalkan plastik pizza tadi di atas lantai lalu dia berlari kecil ke keretanya.

Aku terpinga-pinga. Macam mana dia boleh tau makanan kesukaan aku sedangkan aku tak pernah cakap dekat dia?

Hoshi kembali bersama plastik sederhana besar yang berisi bekas takoyaki.

"Makan jom?" Dia melemparkan senyuman comelnya. Aduh aku lemah betul dengan senyuman comel dia ni.

"Diam tu tandanya setuju kan? Okey saya masuk dulu." Dia bawa plastik kedua-dua makanan tadi masuk ke dalam rumah walaupun aku belum jemput dia masuk. Cis tak malu betul.

Dah alang-alang dia beli tu baik aku makan dia punya. Sekurang-kurangnya jimat duit aku. Aku tutup pintu rumah dan sangkutkan kembali kunci kereta ke tempat asal.

Hoshi kelihatan gigih membuka kotak-kotak pizza dan bekas takoyaki di meja ruang tamu. "Meh la duduk sini. Abang awak mana?"

Ewah gaya macam dia tuan rumah pulak.

"Dia pagi-pagi lagi dah keluar entah ke mana," jawabku sambil melabuhkan punggung di atas sofa.

"Ohh takpe. Awak makanlah. Nanti kalau pizza ni dah sejuk tak sedap pulak."

Aku terus mengambil sepotong pizza dan menyuapnya ke dalam mulut. Hoshi pulak memandang aku dengan senyuman yang tak lekang di bibir.

"Janganlah tengok saya makan. Apa kata awak makan sekali pastu jangan pandang saya." Paling tak selesa bila diperhati waktu tengah makan.

"Okeylah saya makan sekali." Hoshi turut mengambil sepotong pizza.

Kami menikmati makanan yang dibawa oleh Hoshi bersama tanpa sebarang perbualan.

"Mana awak tau saya suka dua benda ni eh?"

"Saya DM abang awak dekat ig semalam untuk tanya. Semua ni sebab nak pujuk awak tau."

Aku terkedu. Senang betul dia manipulasi aku dengan makanan.

"Kita kawan sampai awak selesa dengan saya eh? Boleh laaa." Hoshi memuncungkan bibirnya.

Oh sekarang dia menipulasi aku dengan muka comel pulak. Aku tak kuat.

"Sebab awak gigih ambil tau pasal makanan kesukaan saya dan awak siap belikan semua ni, okey kita kawan." Aku menjelingnya tapi jelingan aku taklah setajam jelingan semalam.

"Yesss terima kasih!" Hoshi nampak sangat teruja. Timbul rasa seronok bila tengok dia gembira sedemikian.

-----

29062021

Makin pelik cerita ni tapi takpelah kita teruskan je HAHAHAHA.

Dare Where stories live. Discover now