Mesti ramai dah lupa apa yang terjadi kan HAHAHAHAH aku tatau la kalau aku update ni ada orang baca ke tak tapi here you go 🏃🏻
-----
Oleh kerana kejanggalan yang melampau, Jihoon mencapai balang kacang yang ada di atas meja dan membuka penutupnya.
Hati aku dup dap dup dap sebab masih speechless. Hoshi mengelakkan diri daripada bertentang mata dengan aku.
"Err so macam mana?" Soal Hoshi setelah hampir 5 minit suasana sunyi.
"Saya tengah makan kacang. Awak ni kacaulah."
Lahh meniber pulak si Jihoon. Aku berdehem seketika. "Jae tak ada benda dah nak cakap. Jae naik bilik dulu."
Aku bangun dari tempat duduk tapi belum sempat aku menapak, Jihoon mencelah. "Tak payah, kau duduk balik."
Aku mendengus lalu menghempas punggung ke sofa.
Jihoon mengecilkan mata memandang Hoshi. "Kau ni pun satu. Kenapa kau pembaris sangat? Bab cium laju je kau eh."
Hoshi menundukkan kepala sambil tangannya menggentel baju. Lah comel betul.
Ok stop puji dia.
"Dah abang suruh lakonkan, saya lakonkan laa. Mana saya tau yang abang gurau."
Jihoon mengurut dahinya sendiri. Pening dengan Hoshi agaknya.
"Korang ni apa sebenarnya? Bila korang kenal each other?" Jihoon bertanya sambil menyilangkan tangan ke dada.
"Panjang ceritanya bang. Jae malas la nak cerita." Aku memusingkan bola mata sebagai tanda yang aku malas nak layan benda ni.
"Takpelah kalau kau malas cerita. Hoshi, kau jangan malas macam dia ni. Cerita sekarang."
"Ceritanya macam ni, haritu saya dapat dare dari member saya. Dia suruh saya keluar date dengan orang yang call saya. Tiba-tiba Jaehwa si stranger ni yang call. Kebetulan dia ajak saya keluar. Lepas tu—"
"Eh by the way kan bang, Jae ajak dia keluar sebab kena dare dengan Sowoon. Jangan salah faham." Aku cepat-cepat menyelit supaya Jihoon tak salah faham.
"Diam, jangan menyelit dulu. Bagi dia habis cerita." Jihoon menjeling aku. Eleh mamat ni.
"Lepas tu kitorang pun date laa. And sebelum date tu kitorang dah pernah jumpa secara tak sengaja 2 kali. Macam berjodoh pulak ehehe." Hoshi sengih semasa menceritakan hal tu.
"Banyaklah awak punya jodoh." Aku membentak.
"Alah, kalau dah ditakdirkan kita jodoh pun apa hak awak nak menolak saya?" Hoshi berkata dengan sinis.
"Eh dua ekor ni. Baik korang habiskan cerita sebelum aku hantukkan kepala korang."
Seram dengan ugutan Jihoon, Hoshi berdehem sebelum sambung cerita.
"Nak dipendekkan cerita, semalam Jae kata dia tak selesa dengan saya sebab terlalu baik. Jadi saya pun TERcium dia sebab nak buktikan saya ni takdelah baik mana."
"Aikk." Muka Jihoon jelas menunjukkan yang dia takleh brain.
"Masa dia cium tu Jae speechless sangat sampai tak mampu nak buat apa-apa. Tapi lepas tu Jae terus balik rumah sebab menyampah." Aku menamatkan cerita.
Hoshi angguk menyetujui cerita aku. Tergeleng-geleng kepala Jihoon dibuatnya. "Kenapa cium? Takde benda lain ke?"
"Tu salah saya bang sebab saya sendiri pun tak sedar yang saya cium dia. Tindakan drastik gitu." Hoshi menggaru kepala sambil tersengih.
"Apa-apa jelah. Ha kan bagus kalau cerita je benda ni dari tadi."
"Tak marah ke?" Tanyaku.
"Tak laa sebab kau tu dah besar. Dikira normal la kalau kau buat benda-benda macam tu TAPI jangan sampai tahap ehem tu ya." Bukan main lagi dia tekankan perkataan tapi tu.
"Yelah. Jae pun tak teringin la nak ehem dengan dia." Aku memandang Hoshi atas bawah dengan pandangan menyampah.
"Tak payah nak cari gaduh. Biasanya kalau selalu gaduh ni lama-lama jadi jodoh." Jihoon mengusik.
"Mintak dijauhkanlahh." Tak ingin la aku berjodoh dengan dia. Muka dah la macam pervert.
"Ceh. Tapi yang buat aku marah kan, kau tak bagitau pun masa nak keluar date tu. Kalau jadi apa-apa kat kau kang aku yang susah tau tak? Nasib baik Hoshi ni baik."
Hoshi dah kembang bila kena puji.
"Okey laa Jae minta maaf sebab tak bagitau. Tapi jangan risau sebab lepas ni Jae takkan keluar dengan dia dah."
"Saya taulah saya salah tapi jangan la sampai tahap tak nak keluar dengan saya. Tak boleh ke kita berkawan?" Hoshi memuncungkan bibirnya.
"Tak boleh." Aku terus bangun dan tinggalkan ruang tamu untuk masuk ke bilik.
Lantak dialah.
-----
29062021
Genap setahun dah aku tak update HAHAHA SORRY GAISEKK. Insyaa Allah aku akan tamatkan ff ni sebelum sekolah bukak even kalau takde orang baca ehehe sorry slow update ajajsjsj
YOU ARE READING
Dare
Fanfiction"aku menyesal sahut dare kau." "menyesal sekarang takde guna dah sis. ehe." cast; - kwon hoshi (svt) - lee jaehwa - dan lain² lagi Start: 28112019 Finish: -