2

357 42 14
                                    

Aku hanya mampu menggigit bibir kerana kecewa. Kenapa dia setuju? Dia ni confident je setuju untuk keluar dengan aku.

Setelah memberitahu username Instagram, aku mematikan talian.

Terus aku memberikan tenungan tajam pada Sowoon. Aku mencengkam kolar bajunya sambil merenungnya tajam.

"Woi apahal kau ni?" Sowoon cuba menolak tangan aku tapi tak berjaya.

"Disebabkan kaulah aku kena keluar dengan lelaki yang entah siapa-siapa. Macam mana kalau dia perogol bersiri? Macam mana kalau dia pembunuh bersiri? Dan yang lagi teruk—"

Aku melepaskan kolar bajunya sambil mundar-mandir.

"Macam mana kalau dia laki orang atau orang tua?" Aku mula menggigit kuku.

Aku kembali menghempas punggung atas sofa.

"Hey, chill. Aku yakin dia muda and single. Kalau tak, takkanlah dia terus setuju untuk keluar dengan kau?"

Ada betulnya jugak.

"Suara dia terlalu sopan untuk dia dilabel sebagai pembunuh atau perogol bersiri. Tak rasa macam tu ke?"

Make sense.

"Aku menyesal sahut dare kau."

"Menyesal sekarang tiada gunanya sis ehe." Sowoon tersengih. Tangan aku dah naik nak cubit Sowoon tapi secara tiba-tibanya telefonku mengeluarkan bunyi notifikasi Instagram.

Aku capai telefonku dan cek ruangan notifikasi.

kwon.hoshi96 started following you

Aku mula aneh. Dia ke yang aku call tadi? Secara tiba-tiba aki menerima DM dari seseorang yang aku tak follow.

Si Hoshi ni yang DM

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Si Hoshi ni yang DM.

Jadi namanya Hoshi? Menarik.

"Wui, siapa tu?" Sowoon dah sibuk-sibuk datang dekat untuk mengintai phone aku.

"Hoshi, yang aku call tadi."

"OH MY GOD LAJUNYA DIA FOLLOW. STALK LAH APA LAGI."

Eh eh dia pulak terlebih excited. Setelah membalas DM nya, aku followback dan mula stalk.

Serious ke dia yang aku call tadi? Lelaki ni?

Jujur aku cakap, dia kacak.

"HUWAAA HENSEMNYA. KALAU KAU TAKNAK KELUAR DENGAN DIA, AKU BOLEH GANTI."

"Ah takde takde. Kau yang dare aku, so biar aku je."

"Dah tersuka ke tu?" Sowoon mengangkat kening.

Eh? Aku dah suka dia ke?

No, maybe dia rembat gambar mana-mana ulzzang je ni. Aku tak boleh cepat sangat percaya.

Dare Where stories live. Discover now