[Jaehwa]
Sudah sejam aku biarkan DMnya kesepian tanpa balasan. Bukan sengaja, tapi aku berfikir.
Patut ke?
Tapi dia cuma guna gambar aku sebagai lockscreen. Lama-lama nanti dia akan tukar sebab bosan tengok muka aku kan?
Aku sembamkan muka pada bantal. Dia masih online. Kalau aku balas DMnya sekarang, mungkin dia akan balas serta-merta.
Akhirnya aku membuat keputusan untuk setuju keluar dengannya lagi. Jari aku laju menaip di atas keyboard untuk membalas DMnya. Mungkin lebih baik esok sebab aku taknak dia guna gambar aku sebagai lockscreen lama-lama. Aku insecure.
Dan nampaknya dia bersetuju untuk keluar esok. Baguslah. Anggaplah esok kali terakhir aku jumpa dia dan kami tak akan berjumpa lagi.
Aku takut aku TERjatuh cinta.
___
Tanpa pengetahuan Sowoon mahupun Woozi, aku keluar dengan dia di café yang sama hari ini. Aku ada kata padanya bahawa hari inilah kali terakhir aku setuju untuk keluar dengannya.
Mungkin kali ni kami keluar agak lama.
Tiba saja di destinasi, aku nampak bayangnya yang sedang memesan minuman. Aku pergi ke arahnya sebab aku pun perlu pesan minuman.
Dia terus menoleh ke belakang apabila aku berdiri di belakangnya.
"Saya dah order untuk Cik Jaehwa. Cik pergilah cari tempat." Katanya dengan senyuman.
Jangan cair jangan cair.
Aku mengangguk kecil lalu pergi memilih meja yang aku rasa boleh nampak pemandangan luar dengan jelas. Aku menunggu Hoshi dengan penuh sabar.
"Ni Cik Jaehwa punya." Hoshi meletakkan cup minuman di hadapanku sebelum dia melabuhkan punggung di kerusi bertentangan dengan aku.
"Terima kasih. Saya kena bayar balik ke ni?" Soalku. Rasa tak biasa pulak kalau dia belanja.
"Tak perlu. Hari ni awak kikislah duit saya puas-puas, Cik Jaehwa." Dia senyum.
"Ni ikhlas ke perli?" Aku mengecilkan mata memandangnya. Aku waswas nak kikis duit orang. Takut suatu hari nanti aku diburu sebab berhutang.
K tibe.
"Ikhlas. Bukannya selalu kan? Lagipun hari tu saya tak belikan awak apa-apa."
Aku cuma balas dengan anggukan. Mesti best dapat kikis duit orang 🌛.
"Panggil saya Jaehwa je lain kali. Atau lagi pendek, Jae. Tak perlu pun panggil saya Cik Jaehwa." Kataku. Yelah, Cik Jaehwa terlalu formal. Aku ni pun bukannya berpangkat besar untuk dipanggil Cik.
K tibe lagi.
"Baik. Awak pun boleh panggil Hoshi je. Nak lagi pendek, Hosh. Panggil sayang pun boleh."
Dan muka aku pun macam—
"Hosh lagi pendek daripada 'sayang' jadi ada baiknya saya panggil awak Hosh."Aku menyedut minuman dengan muka diva. Terpengaruh dengan Sowoon lah ni. Dia tu boleh tahan diva.
"Saya pun gurau je. Tapi kalau awak betul-betul nak panggil saya sayang, saya akan relakan diri."
Sempat lagi dia wink dekat aku.
"Awak nak saya keluar tinggalkan awak macam semalam ke?" Ugutku.
"Eh janganlah macam tu. Kita member kena sentiasa bergurau."
"Sejak bila saya member awak?"
"Habis tu kalau awak bukan member saya, mungkin awak jodoh saya. Ewah ewah." Tangan dan kepalanya mula bergerak-gerak bagaikan sedang bertiktok.
"Saya balik kang."
"Saya tak nak tukar lockscreen kang."
"Okey fine saya kalah." Aku memeluk tubuh dan memalingkan wajah daripada memandangnya.
"Merajuk ke? Nak jajan?"
Persoalannya hanya dibalas dengan jelingan daripada aku.
"Jomlah kita pergi tempat lain pulak. Manalah tau awak dah tak nak merajuk dengan saya." Dia berdiri terlebih dahulu lalu menghulurkan tangan pada aku. Dia fikir aku akan biar dia pegang tangan aku?
Aku mengambil handbag sebelum jalan melepasi tangannya. Sejujurnya aku rasa kesian, tapi disebabkan aku merajuk, aku campak jauh-jauh rasa kesian tu.
___
07122019
YOU ARE READING
Dare
Fanfiction"aku menyesal sahut dare kau." "menyesal sekarang takde guna dah sis. ehe." cast; - kwon hoshi (svt) - lee jaehwa - dan lain² lagi Start: 28112019 Finish: -