20

68 9 11
                                    

Jaehwa terkedu sendiri. Hoshi sukakannya dan bukan Jihoon?

"Ermm saya nak pergi toilet." Jaehwa meletakkan sudu garfunya ke dalan pinggan tetapi belum sempat dia mengangkat punggung dari kerusi, Hoshi bertanya. "Awak memang perlukan toilet atau nak mengelak dari saya?"

Jaehwa hanya mendiamkan diri manakala Hoshi mengeluh. "Okay, pergilah. Tapi jangan lari pula."

Jaehwa mengangguk sebelum bergegas ke tandas restoran. Hoshi hanya memerhatikan langkah Jaehwa yang semakin hilang dari pandangan.

Hoshi gugup. Cara Jaehwa seakan-akan mahu menolak luahan perasaannya. Sepatutnya dia perlu bersedia mental dan fizikal walau apapun jawapan Jaehwa. Tapi tak dinafikan, memang perit kalau Jaehwa menolak.

Jaehwa akhirnya kembali ke meja. Riak wajahnya nampak kosong dan tak berperasaan.

"Awak tak selesa ke? Kalau tak, jomlah saya hantar awak balik,'' kata Hoshi sebaik saja melihat riak wajah Jaehwa.

"Betul ke boleh balik?"

"Sebenarnya saya tak puas lagi keluar dengan awak tapi pada masa yang sama, saya tak nak laa orang yang saya suka ni rasa tak selesa dengan saya." Hoshi berkata dengan senyuman pasrah. Jauh di sudut hatinya, dia berharap agar Jaehwa tak mahu balik.

"Apa plan asal awak? Maksud saya, lepas kita makan ni awak plan nak buat apa kalau saya tak nak balik?" Soalan Jaehwa nampak macam tertarik untuk teruskan dating ni.

"Saya nak bawak awak jalan-jalan kat taman je. Saya nak cerita kat awak dari A sampai Z macam mana saya boleh jatuh cinta kat awak." Hoshi memberi penjelasan dengan senyuman yang mula melebar.

"Oh, menarik. Saya ikutlah."

"Betul ni? Saya tak nak awak tak selesa tau." Kening Hoshi terangkat. Dia terlalu gembira tapi dia perlu kawal riak wajahnya.

"Ye betul. Lagipun saya nak yakinkan semula jawapan yang saya pilih."

"Awak dah ada jawapan?"

"Ye tapi saya masih perlukan kepastian." Jaehwa tersenyum kecil.

-----

"Terima kasih, makcik," ucap Hoshi kepada makcik penjual gula-gula kapas di taman itu. Setelah gula-gula kapas dan wang bertukar tangan, Hoshi kembali pada Jaehwa yang sedang menunggu. "Nah."

Jaehwa mengambil salah satu gula-gula kapas dari tangan Hoshi. "Terima kasih."

Hoshi hanya membalas dengan anggukan. Mereka mula berjalan sambil menikmati gula-gula kapas yang dibeli.

"Jadi, macam mana awak boleh suka saya?" Jaehwa memulakan perbualan.

"Sebenarnya dari kali pertama saya dengar suara awak lagi saya dah berkenan. Cair tau bila dengar suara awak. Tambah pula cara awak layan saya lain daripada lain. Dan tulah yang buatkan saya curious dengan awak. Sebab tu jugaklah saya suka kacau awak."

"Pft. Pelik-peliklah awak ni. Apa yang lain sangat cara saya layan awak?"

"Awak tak gedik. Awak punya kekasaran dan kegarangan tu yang buatkan saya makin suka awak." Hoshi tersengih-sengih sendiri.

"Haritu saya keluar dengan abang awak sebab nak minta restu. Dia memang dah tau yang saya akan luahkan perasaan hari ni dan dia sokong saya. Tapi dia kata dia akan bunuh saya kalau saya kecewakan awak." Hoshi ketawa semasa bercerita tentang Jihoon.

"Wow tak sangka dia sayang saya."

"Eh, dia kan abang awak. Air yang dicincang tak akan putus. Gaduh banyak mana pun dia tetap darah daging awak." Jaehwa bersetuju dengan kata-kata Hoshi. Dia pun sayangkan abangnya tu walaupun perangai agak menyakitkan hati.

Sedar tak sedar, gula-gula kapas Hoshi dan Jaehwa telah habis dimakan. Secara tiba-tiba Hoshi menghentikan langkah. Kepalanya ditoleh ke kiri.

Jaehwa turut menoleh ke kiri dan matanya terbuntang. Bangku tu. Hoshi tergelak kecil sebelum mengambil lidi gula-gula kapas dari tangan Jaehwa. Dia membuang lidi gula-gula kapas ke dalan tong sampah yang terletak di sebelah bangku. Bangku di mana Hoshi mencium Jaehwa secara mengejut.

"Ingat lagi masa saya kiss awak? Masa tu saya memang dah yakin dengan perasaan saya walaupun macam terlalu awal. Saya tau saya jahat sebab kiss awak sesuka hati. Saya susah hati sangat bila awak marah saya pasal tu. Tapi awak dah maafkan saya kan?" Hoshi duduk bersandar di bangku tersebut dengan senyuman.

Jaehwa merasakan bahang di mukanya. Malu bila teringat balik peristiwa tu. Dia mengambil tempat di sebelah Hoshi.

"Apa pun jawapan awak, saya tak kisah. Sekurang-kurangnya awak dah tau yang saya cintakan awak. Tapi kalau awak reject, saya harap kita boleh kekal berkawan." Senyuman Hoshi mula memudar. Dia menundukkan wajah.

"Sejujurnya saya pun suka awak tapi disebabkan kita selalu gaduh, saya cuba nafikan dan buang perasaan tu tapi saya gagal. Perasaan saya mungkin tak sekuat perasaan awak jadi saya nak minta tolong satu je."

"Apa dia?" Hoshi mengangkat wajahnya memandang Jaehwa si cinta hati dan senyumannya kembali.

"Tolong saya kukuhkan perasaan ni. Jangan kecewakan saya."

"Saya janji saya tolong awak. Senang je tu." Mula dah riak. Jaehwa tergelak kecil melihat Hoshi yang riak.

Perlahan-lahan tangan Hoshi mencapai tangan Jaehwa. Tangan kecil tersebut digenggam lembut.

"So sekarang ni kita apa?," Soal Hoshi sambil mengelus lembut tangan Jaehwa.

"Lover." Perlahan saja suara Jaehwa. Mungkin malu dan kekok sebab mesra dengan 'musuhnya'.

"Sebagai lover ermm boleh saya...?"

Daripada pandangan saja Jaehwa dah faham. Dia mengangguk perlahan kerana agak segan.

Hoshi menarik Jaehwa ke dalam pelukan sebelum mengucup dahi, pipi dan seterusnya bibir milik Jaehwa.

Buat kali ke-2 mereka hanyut tapi kali ni dengan rela dan perasaan cinta tibahhh.

TAMAT

-----

25122021

Sempena Christmas ni saja update ending. Rasa cringe sebab dah lama tak buat scene macam ni. Terima kasih kepada yang setia menunggu update walaupun ff ni tak seseronok ff lain. Byeeeee happy new year!

Btw follow la tiktok kiteww @sawibooo ehehe done promote 🤩

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 25, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dare Where stories live. Discover now