Sedar tak sedar, tinggal sepotong je pizza dalam kotak. Takoyaki memang dah dari tadi lagi dah licin.
Aku pandang Hoshi, Hoshi pandang aku. Aku tak tau aku patut makan ke tak pizza terakhir tu.
"Makan jelah. Saya kenyang," kata Hoshi. Wah dia ni macam tau tau je. Tanps bercakap banyak, aku terus ambil pizza terakhir tersebut dan memakannya sehingga habis.
Aku pandang Hoshi lagi. Dia pulak masih bersantai tengok TV. Aku tunggu dia pandang aku tapi dia tak pandang pun.
"Dah habis makan kan? Bila nak balik?" Soalku setelah penat menunggu dia membalas pandangan.
"Ishhh awak ni halau saya pulak. Kasi la saya lepak lepak kat sini. Kita kan kawan."
Menyesal pulak setuju.
"Tapi abang saya kan takde. Macam tak manis la duduk berdua macam ni dalam rumah." Aku cuba memberi alasan supaya dia balik.
"Kalau awak tak selesa duduk dengan saya awak pergilah masuk bilik. Biar saya tengok TV sorang-sorang kat sini." Cadangan Hoshi kedengaran merapu sebab sesuka hati dia je nak stay rumah orang untuk tengok TV. Macam rumah sendiri takde TV pulak.
"Ehh mana boleh macam tu. Kalau saya masuk bilik kang tah apa apa benda la awak buat kat rumah saya ni. Dislike dislike dislike." Aku terpengaruh dengan ayat Diva AA la ni.
"Awak tak percaya saya ke? Takkan muka secomel saya ni nak buat hal kat rumah orang?"
Sempat pulak dia puji diri sendiri. Aku pun tak tau nak kata apa lagi. "Haih yela. Tengoklah TV tu sampai esok." Aku berkata dalam nada sarkastik sambil menjeling dia. Lama-lama duduk dengan dia ni risau jugak mata aku jadi juling sebab banyak menjeling.
"Ohh boleh sleepover la ni? Elok jugak macam tu." Hoshi tiba-tiba smirk.
"Memang taklah. Lepas habis cerita ni awak baliklah terus sebelum saya buat keputusan untuk tak nak kawan awak lagi." Senjata yang ada sekarang cuma ugutan. Kalau tak menjadi jugak tak taulah nak buat apa.
"Yela yelaa saya balik lepas ni. Garang betul." Maka dia pun mula memuncungkan bibir. Memang tu jelah modal dia.
Secara tiba-tiba pintu dibuka dari luar dan seperti yang disangkakan, itu Jihoon.
"Amboi, bukan main lagi duduk berdua dalam rumah aku." Dia bercekak pinggang di depan pintu rumah.
Belum sempat aku membuka mulut untuk membalas ayatnya, dia menyambung percakapan. "Makan tak tinggal untuk aku sikit ke? Sampai hati."
Aku dan Hoshi saling berpandangan. Sesungguhnya kami tak terfikir pulak nak simpankan sikit untuk Jihoon.
"Erk takpe bang. Lain kali saya bawak abang keluar makan. Pastu tinggal je Jaehwa ni kat rumah." Hoshi cepat-cepat memujik Jihoon sebelum Jihoon merajuk. Cuma ayat last dia tulah macam minta kaki sikit.
"Betul ni? Aku ingat tau janji kau."
"Ye, betul bang. Abang nak bila?"
Wah tak sangka pulak dia betul-betul maksudkan ayat dia tadi.
"Malam ni boleh ke?" Jihoon bertanya sambil menapak masuk ke dalam rumah. Lama betul dia berdiri luar pintu tadi.
"Boleh boleh. Biar padan muka si Jae ni duduk rumah sorang-sorang waktu malam kan?" Hoshi sengih-sengih sebab dapat kenakan aku. Sabar jelahh.
"Eleh saya boleh ajak member datang rumahlah." Aku mendengus geram. Tapi Sowoon jarang datang rumah aku malam-malam. Berkemungkinan besar aku akan keseorangan malam ni.
Tapi tak apalah, aku memang dah biasa duduk sorang.
"Abang borak la dengan si Hoshi ni. Jae nak masuk bilik. By the way terima kasih belikan makanan tu." Aku mengucapkan terima kasih tanpa memandang Hoshi dan terus berlari menaiki tangga rumah.
-----
9:00 p.m.
Aku hanya berbaring di atas katil sambil melayari media sosial. Lagipun aku tengah tunggu Sowoon datang. Bukan setakat teman sekejap je tapi sleepover terus di rumah aku ni.
Pintu bilik aku diketuk. "Aku nak keluar makan dengan Hoshi ni. Nanti balik aku tapaukan makanan untuk kau," kata Jihoon dari luar.
"Hmm pergilah." Aku membalas dengan nada malas. Sebenarnya aku lapar tapi malu nak ikut Jihoon keluar dengan Hoshi. Lagipun Jihoon dah cakap dia akan tapaukan makanan. Tu pun dah cukup la.
Selepas beberapa minit Jihoon meninggalkan rumah, aku mendengar bunyi loceng rumah. Mesti Sowoon.
Aku terus berlari menuruni tangga dan membuka pintu rumah tanpa waswas sebab aku yakin itu Sowoon.
Rupanya tidak.
"Rasanya abang salah rumah ni. Saya tak order apa-apa," kata aku dengan kekok apabila yang tercegat di depan pintu bukanlah Sowoon tetapi abang penghantar makanan.
"Tadi Encik Hoshi ada buat pesanan di kedai kami dan suruh saya hantar makanan ke alamat ni. Rasanya saya tak salah alamat."
Hoshi pesan makanan dan hantar ke rumah untuk aku? Dia ni biar betul.
"Cik kenal Encik Hoshi tu kan? Sebab kalau tak kenal saya nak call dia untuk cakap yang alamat dia bagi ni salah." Abang penghantar makanan tu dau siap seluk poket nak ambil telefon tapi aku menahannya.
"Eh betul la alamat tu. Dia kawan saya."
Terus mengaku kawan y'all.
"Ohh baguslah kalau macam tu. Ni makanan yang dia pesan tu. Selamat menjamu selera." Selepas plastik berisi makanan tersebut bertukar tangan, abang penghantar makanan tadi terus blah dengan motornya.
Tapi aku masih hilang kata-kata. Dia keluar makan dengan Jihoon dan pada masa yang sama dia pastikan aku yang duduk di rumah ni ada makanan.
Terharu.
-----
03072021
Chap panjang sikit HAHAHAH
YOU ARE READING
Dare
أدب الهواة"aku menyesal sahut dare kau." "menyesal sekarang takde guna dah sis. ehe." cast; - kwon hoshi (svt) - lee jaehwa - dan lain² lagi Start: 28112019 Finish: -