"Yoo Jimin!"
Tuan badan yang dipanggil menoleh dengan muka tak puas hati. Mana taknya, semua orang tengah pandang dia.
"Kau dah kenapa Hwang Hyunjin?" kata Karina dengan tak puas hati.
Geram dengan Hyunjin sebab panggil dia dengan panggilan. Hanya family dia yang panggil dia dengan nama itu.
"Ryn tak datang sekolah ke?" soal Hyunjin.
Karina membuat muka. Ingatkan apalah tadi. Kalau tak ingat ada Yoshi kat sebelah memang dia sepuk dah si Hyunjin ni.
"Kau ada nampak dia ke? Tak kan. So dia tak datanglah" jawab Karina.
"Eh bukan sepatutnya kami yang tanya kau soalan tu. Ryn kan bestie kau"
Hyunjin meremas rambutnya. Serabut dia sekarang ni. Merryn tak pernah buat perangai macam ni tanpa beritahu dia. Ini mesti ada something wrong.
"Aku pergi rumah dia tadi tapi mummy dia cakap dia dah pergi sekolah. Tapi bila aku sampai sini dia tak ada" jelas Hyunjin.
"Entah ler. Tak ada pula dia bagitahu aku" sambung Karina lagi.
Hyunjin mengangguk.
"Takpelah kalau macam tu aku pergi dulu"
Hyunjin melangkah pergi. Yoshi dan Karina pandang sesama sendiri lalu mengangkat bahu masing masing. Mereka terus pergi ke kafe. Disana Jaemin dan Heejin sudah tunggu.
"Kenapa korang lama sangat?" soal Jaemin.
"Hyunjin sekat kitorang tadi. Dia tanya pasal Ryn" jawab Karina.
"Haah kenapa Ryn tiba tiba tak datang?" soal Heejin.
Tak pernah pernah kawannya yang sorang itu menghilang tanpa kabar. Kalau sakit pun dia akan bagitahu jugak.
"Awak tahu tak kenapa?" soal Heejin kepada Jaemin.
Tapi lelaki itu diam atau lebih tepat termenung.
"Na Jaemin!" panggil Heejin dengan lebih kuat.
"Ye sayang!"
"Hish! Termenung pulak" marah Heejin.
"Sorry my princess" kata Jaemin bersama senyuman mautnya.
Entah kemana Hwall bawa aku. Aku cuma turut tanpa banyak bunyi. Dah tak ada energy nak bergaduh. Sumpah hari ni mood tak elok terus. Kami turun dari motor. Dari tempat aku berdiri, dapatku lihat sebuah bangunan yang cantik. Ada taman bunga di depan bangunan ini.
"Kita kat mana ni?" soalku pada Hwall.
"Jom masuk" ajak Hwall.
Dan aku ikut dia dari belakang. Dia buka pintu bangunan. Mataku terus bersinar melihat cute little angels. Rupanya Hwall bawa aku datang tempat asuhan budak budak. Ya Tuhan comel nye mereka semua. Bibirku terus tersenyum.
"My mom yang bangunkan tempat ni. Dia suka budak budak" cerita Hwall.
Aku mengangguk ngangguk. Tidak lama selepas itu, seorang perempuan paruh baya kelihatan.
"Ryn meet my ibu"
Aku tunduk hormat pada ibu Hwall.
"Dan ibu ini Ryn. Kang Merryn nama dia"
"Hai aunty! Panggil Ryn je"
"Hmm cantik kamu Ryn" puji ibu Hwall.
"Tak yahlah puji Ryn sangat"
Aku berusaha untuk senyum even bibir terasa pedih.
"Eh! Muka tu kenapa. Pipi merah nak lebam. Bibir berdarah" muka ibu Hwall terus panik.
"Takpe bu. Nanti Hwall ubatkan. Ibu jangan risau eh" kata Hwall sambil menenangkan ibunya.
"Yelah. Pergilah ubat sana. Ibu nak pergi tengok budak budak tu kejap"
Aku dan Hwall mengangguk. Aku pandang sekeliling. Ada lebih kurang empat orang baby. Dan semuanya comel comel. Geram je aku tengok.
"Hah aku tahu kau dah tak sabar nak main dengan dorang. Tapi sebelum tu meh aku ubatkan kau dulu"
Aku mengangguk dengan semangat. Dia bawa aku duduk di atas sofa. Kemudian dia pergi ambil segala jenis ubat.
"Aku tak tahu sampai bila kau nak jadi macam ni Ryn" kata Hwall sambil ubatkan aku.
"Maksud kau?" soalku.
"Aku tak bodohlah Ryn. Even aku jarang pergi sekolah, kau ingat aku tak tahu apa yang jadi kat kau. Aku kenal lah si Yiren tu macam mana"
Aku tak expect yang dia tahu benda ni. Setahu aku cuma Jaemin dan Junkyu. Aku harap sangat dia tak bagitahu sesiapa pasal ni. Lagi lagi Hyunjin.
Tiba tiba ada baby merangkak datang pada aku. Aku tahu dia belum boleh berjalan tapi dia cuba untuk berdiri dengan memegang lutut aku.
"Hey baby! You're strong"
Aku terus angkat dia duduk atas riba aku. Argh! Comel nye! Boleh gila aku macam ni. Dan bibirku tak henti henti senyum bila pandang wajah makhluk kecil ini.
"Apa nama dia?" soalku.
"Amanda. Her parents both are lawyer"
"Wow! You must proud little baby"
Aku cium pipi dia.
"Dah siap"
Hwall simpan peralatan tadi. Dia letak di tepi.
"Remember Ryn. Sometimes kau kena fikir jugak pasal diri kau. Terutama your feelings. Tolonglah sayang dengan diri kau sendiri. Jangan disebabkan seorang lelaki, kau abaikan diri kau"
Wah deep! Inilah apabila seketul Hwall bercakap. Menusuk kalbu. Tapi memang betul pun cakap dia. Aku setuju.
"Bodoh kan aku"
...
YOU ARE READING
Best Friend | HYUNJIN JAEMIN
ChickLit"Kau kena ingat yang aku tak kan berhenti sampai bila bila!" "Kau jadi manusia, jangan jadi bodoh. Suatu hari nanti kau kena move on jugak" "Kau siapa nak atur hidup aku sial" "Haih! Asal kau bodoh sangat Ryn. Kenapalah kau pergi suka dengan lela...