Selepas siap semua kerja, aku bawa mereka ke tempat bunga lavender. Dekat situ sangat cantik. Aku sendiri pun dah ambik banyak gambar dekat situ. Memandangkan tak jauh, kami hanya berjalan kaki. Best apa. Sambil menghirup udara pada waktu petang.
Sepanjang jalan terdapat sebuah sungai dan di tepi sungai terdapat pelbagai bunga yang tumbuh disitu. Nenek cakap dia tumbuh sendiri. Sangat cantik.
"Kau cakap dekat Ryn. Kaki aku hampir tercabut dah ni"
Yes everyone! He's Na Jaemin. Kalau tak mengada memang tak sah.
"Meh sini aku cabut terus"
Aku berjalan ke arahnya. Tapi dia sempat lari dan sembunyi belakang Heejin.
"Tahu pun takut" sambungku lagi.
"Boleh aku tengok otak kau brand apa?"
Aku dengar Han bertanya pada Hyunjin. Eh anjai! Apa punya soalan lah. Han ni pelik pelik aje.
"Asal kau ni?" soal Hyunjin.
"Taklah. Aku ada dengar yang kau lepaskan seorang bidadari"
Mereka berhenti berjalan. Aku nampak muka Hyunjin sudah berubah merah.
"Habis tu kau nak cakap aku bodoh! Macam tu?"
Weh! Jangan test kesabaran Hyunjin. Lain jadinya nanti.
"Ya sangat benar!" kata Han.
Hyunjin mengetap rahangnya. Kalau ikut perangai dia yang sebelum ni, dah pecah muka Han. Tapi kali ni aku tengok dia cuba bersabar.
"Eh bodoh! Aku terlepas bukan lepaskan. Kau kena faham dua perkataan tu berbeza!" jelas Hyunjin.
Han menggeleng kepalanya tanda tidak setuju.
"No aku tak rasa macam tu. Aku faham perkataan tu. Dan kau memang lepaskan bukan terlepas"
Hyunjin sudah genggam penumbuknya. Jadi sebelum perkara yang tak diinginkan berlaku, aku terus tarik Han pergi dari situ.
Tidak lama selepas itu kami sampai di kawasan bunga lavender. Sangat luas. Aku nampak sahabat sahabat ku sudah menunjukkan yang mereka betul betul excited. Karina sudah mengeluarkan telefonnya lalu diberi pada Yoshi. Dan Yoshi cuma menurut. Karina pose seperti model. Aku menggeleng kepala melihat telatah mereka semua.
"Kau tak nak ambil gambar Ryn?" soal orang sebelahku.
Aku cuma menggeleng kepala. Sekarang aku lebih banyak diam dengan Hyunjin. Dan aku tahu dia perasan itu.
"Anyway cantik tempat ni. Aku suka. Tenang je. Bunga dia pun cantik je" komen Hyunjin.
Aku diam sambil menikmati angin. Dan disebabkan angin juga, habuk entah dari mana masuk dalam mataku. Terus rasa tak selesa.
"Kau okey tak ni Ryn?" soal Hyunjin.
"Aku rasa habuk masuk dalam mata"
Dia tarik tubuhku supaya lebih dekat dengannya. Tangan ku yang sedang gosok mata ditarik dengan lembut. Dia tiup pada mataku.
Hatiku berdebar bila dia buat macam tu. Lagi lagi bila mukaku dengan muka dia sedekat ini. Aku boleh nampak dengan jelas mukanya.
"Ada habuk kecil warna hitam bawah mata kau. Jap aku buang"
Aku hanya berdiri pegun disitu sampailah aku dah tak rasa apa apa pada mataku. Ini bermakna dia sudah buang habuk kecil itu.
Bila tersedar aku terus pergi jauh jauh dari dia. Aaa! Kenapa aku biar dia buat macam tu. Bodoh kau Ryn.
"Ryn sini!" Heejin panggil aku bersama Karina.
Aku nampak Jaemin sudah bersiap sedia dengan kameranya. Kami bertiga pose. Terima kasih kepada camera man yang banyak berjasa.
"Susahlah bila ada tiga bidadari macam ni. Nak berjalan pun tak senang. Asyik nak tertoleh toleh ke arah mereka je" kata Haechan.
Kami bertiga ketawa. Ada ada je si Haechan ni.
"Kau nak yang mana? Aku tolong kau" kata Han.
Jaemin Hyunjin dan Yoshi berdiri didepan Han dan Haechan. Dua orang itu telan liur.
"Kalau ko nak, berlambak lagi dekat atas. Tinggal pilih je. Itupun kalau dorang nak dengan kau" kata Jaemin selamba.
Yang lain ketawa. Kena sindir free macam tu aje. Mulut si Jaemin ni memang boleh tahan jugak.
...
YOU ARE READING
Best Friend | HYUNJIN JAEMIN
ChickLit"Kau kena ingat yang aku tak kan berhenti sampai bila bila!" "Kau jadi manusia, jangan jadi bodoh. Suatu hari nanti kau kena move on jugak" "Kau siapa nak atur hidup aku sial" "Haih! Asal kau bodoh sangat Ryn. Kenapalah kau pergi suka dengan lela...