🔳 18

41 4 0
                                    

Dua hari aku tak pergi sekolah. Bukan takut Yiren buli aku tapi aku tak nak orang lain nampak bekas luka aku. Jadi memandangkan aku dah pulih sepenuhnya, hari ini aku ke sekolah seperti biasa. Aku tahu Yiren tak main main dengan kata kata dia. Dan dia akan buli aku seperti yang dia cakap dekat aku hari tu.

Tapi aku still nak pergi sekolah. Lantaklah apa yang dia nak cakap. Selepas sudah siap, aku sarungkan kasut. Pintu rumah dibuka. Aku tak expect orang yang tengah tunggu diluar rumah aku. Dia juga lengkap dengan uniform sekolahnya.

"Hyu...Hyunjin?"

Muka dia beku habis. Tunggu masa dia nak sembur je. Aku tahu dah dua hari dia pendam. Matanya menunjukkan yang dia betul betul marah.

Tapi sepatah pun dia tak bercakap. Sebaliknya dia melangkah kearah lif. Aku jugak turut mengikut langkahnya. Bukan butang basement yang dia tekan tapi butang tingkat paling atas sekali. Shit!

Sampai diatas, dia buka pintu rooftop dengan kasar. Aku dah agak akan jadi macam ni.

"Patut ke aku dengar kau explain?"

Dia bersuara akhirnya. Aku tunduk ke bawah. Tak berani pandang muka dia. Sumpah aku takut kalau dia marah.

"Come on Merryn. Kau anggap aku ni apa hah. Dua hari aku cuba call kau tapi kau tak jawab. Aku datang rumah kau, mummy kau tak izinkan aku masuk"

Aku beranikan diri pandang muka marah dia.

"Bu...bukan macam tu. Aku just..."

"Ada aku cakap aku nak dengar kau explain ke?"

Aku terus terdiam. Kali ni Hyunjin betul betul marah. Sumpah aku rasa macam nak menangis sekarang.

"Selama ni aku anggap kau bestie aku tapi aku rasa kau anggap aku bukan kawan kau. Maybe kau tak perlukan aku"

"No...Hyunjin..."

Air mataku sudah mengalir. Aku rasa sedih bila dia cakap macam tu. Argh! Aku tak tahu macam mana aku nak explain dekat dia. Tak kan lah aku nak bagitahu ini semua sebab Yiren. No aku belum selemah itu untuk mengadu hal yang sebenar pada Hyunjin. Aku tak nak Hyunjin ada masalah dengan perempuan.

"Susah sangat ke nak bagitahu aku? Aku tak mintak banyak Ryn. Kalau kau sakit bagitahu aku. Kalau kau ada masalah sekalipun bagitahu aku. Aku akan tolong kau"

Look macam mana aku nak move on. Dia selalu cakap macam ni dekat aku. Bagi dia itu semua hanya biasa. Tapi hati aku anggap lebih. Susahlah macam ni.

Dia tarik tubuh aku kedalam pelukannya. Belakang aku diusap dengan lembut.

"Aku tak nak marah kau macam ni Ryn. Tolonglah jangan buat macam ni lagi. Please ingat yang aku ni wujud sebagai kawan kau"

Aku mengangguk dalam pelukannya. Jujur aku suka bila dia comfort aku macam ni. Dan aku risau ini kali terakhir dia buat pada aku. Ya Tuhan kenapa aku sangat sayang dengan lelaki ini. Tolonglah move on wahai hati.

Air mataku diusap. Muka marahnya tadi hilang. Yang ada di depan aku ini hanya seorang Hwang Hyunjin yang sedang tersenyum kepadaku. Dia menepuk dengan perlahan kepalaku.

"Jom pergi sekolah"

Aku mengangguk dan senyum. Kami terus pergi sekolah.

...

Best Friend | HYUNJIN JAEMINWhere stories live. Discover now