Selepas makan bersama Yoshi dan Karina tadi, Hyunjin hantar aku balik rumah. Sebaik saja aku turun motor aku nampak Heejin macam tergesa gesa. Tak pandang dah kiri kanan. Dan aku perasan Ryujin disebalik dinding. Okey aku dah tak sedap hati. Kalau Ryujin muncul macam ni memang akan ada sesuatu yang buruk akan berlaku.
Jaemin yang baru buka helmet jugak terkejut dengan kedatangan Heejin yang tiba tiba. Aku dan Hyunjin pandang sesama kami. Jaemin dan Heejin memang tak jauh dari kami.
"Lah sayang kenapa..."
Belum sempat Jaemin habiskan ayat dia, Heejin menampar pipi Jaemin. Agak kuat sebab kami pun boleh dengar.
"Sayang kenapa ni?" soal Jaemin masih tenang.
Aku kenal dengan sepupu ku itu. Walau dalam apa situasi pun dia akan tenang dan bersabar dulu. Itulah sikap dia yang paling aku suka.
"Apa semua ni?!" soal Heejin sambil menangis.
Hyunjin disebelah sudah mahu menerkam tapi aku tahan supaya jangan masuk campur.
Heejin meletak telefonnya betul betul didepan mata Jaemin. Wajah Jaemin jelas terkejut. Kemudian dia terpandang aku. Dan dengan pandangan itu aku dah dapat agak apa yang Heejin tunjukkan.
Terus kepalaku teringat sesuatu. Ryujin! Dia ada time aku dengan Jaemin bertunang. Aku dah agak dah dia akan buat sesuatu. Entah itu semua kebetulan atau tak, si Ryujin sudah ambil kesempatan.
Tanpa menunggu aku terus melangkah ke arah dimana Ryujin bersembunyi. Hatiku terus membuak buak. Aku rasa macam nak tarik rambut dia cukup cukup. Dasar betina tak sedar diri.
"Merryn!"
Heejin seru aku. Aku terus berhenti melangkah. Wajah sedihnya aku pandang. Shit! Kau dah lukakan hati sahabat kau. Ya Tuhan aku tak kuat nak tengok semua ni.
"So macam ni kau anggap aku sahabat baik kau"
Aku tahan air mataku supaya jangan menangis. Benda yang paling aku takut telahpun terjadi. Jadi hari ni aku akan hilang seorang kawan baik yang aku sayang.
"Aku boleh explain Heejin. Ini bukan macam yang kau fikirkan" kataku lagi.
Hyunjin merampas telefon dari genggaman Heejin. Dia melihat isi yang Heejin tunjukkan pada Jaemin tadi. Sebuah video majlis pertunangan. Yes aku dengan Jaemin watak utama dalam itu.
Aku nampak dia kepal tangan dia kuat kuat. Tanpa menunggu telefon Heejin dicampak ke bawah dan dia terus menuju ke Jaemin. Muka Jaemin ditumbuk berkali kali.
"Aku dah warning kau bodoh! Jangan sesekali kau lukakan hati Heejin!"
Hyunjin pukul cukup cukup. Jaemin tak melawan. Aku dengan Heejin tak ada rasa untuk hentikan mereka. Entahlah aku rasa macam nak lari dari semua ni.
"Kalau kau tak reti jaga hati dia, aku boleh lah bodoh! Kalau aku tahu Heejin tak bahagia dengan kau, dah lama aku rampas dia daripada kau!"
Hatiku pedih sangat sekarang ni. Untungnya kau Heejin. Disayang dua lelaki sekali gus. Aku rasa macam orang jahat pulak sebab dah rampas kebahagiaan kau.
Selepas dia ajar Jaemin cukup cukup, dia datang ke arah aku pulak. Aku dah tak sedap hati.
"And kau Ryn! Pempuan jenis apa kau ni! Sanggup kau rampas kebahagiaan kawan baik kau sendiri. Aku tak sangka perangai kau macam ni!"
Rasa macam ada batu hempap atas kepala aku. Inikah pengakhiran aku dengan Hyunjin. Inikah jalan yang Tuhan bagi untuk aku move on. Kenapa sakit sekali.
Aku nampak Jaemin cuba datang dan bercakap something. Tapi aku geleng kepala dengan perlahan. Dan dia menurut.
"Yes aku perempuan jahat. Aku rampas kebahagiaan kawan baik aku sendiri. Aku memang jahat Hwang Hyunjin..."
Aku cuba untuk tidak mengeluarkan air mataku. Pura pura kuat dihadapan semua orang. Tapi didalam dah hancur berkeping keping.
"...yes aku perempuan macam tu. Jadi kau menyesal sebab kawan dengan aku?"
Sekarang aku tak takut tengok muka bengis dia. Maybe sebab hatiku terlampau sakit. Dah tak rasa apa apa dah.
"Yes! Memang aku menyesal gila! Aku buta selama ni. Tak nampak yang kau sebenarnya perempuan toxic!"
Jaemin terus menerpa ke arah kami. Dia tendang tubuh Hyunjin sehingga lelaki itu rebah ke bawah.
"Kau siapa bodoh nak cakap sepupu aku macam tu!"
Kini giliran Jaemin pukul si Hyunjin. Dan akhirnya air mataku keluar. Aku dah tak tahan dengan semua ni. Aku rasa macam nak pergi jauh jauh dari sini.
"Sepupu aku bukan perempuan macam tulah sial! Kau kalau tak tahu apa apa, baik kau blah lah bodoh!" tengking Jaemin.
"Look Ryn! Lelaki macam ni yang kau sayang sangat tu! Kau tak dapat apa pun Ryn. Sakit aje yang kau dapat!"
Jaemin tengking kepada aku. Hyunjin dibawah sudah terbatuk batuk sambil pandang aku. Heejin juga tayang muka tanda tanya. Maybe dia tengah brain yang aku ni sepupu Jaemin.
...
YOU ARE READING
Best Friend | HYUNJIN JAEMIN
Literatura Feminina"Kau kena ingat yang aku tak kan berhenti sampai bila bila!" "Kau jadi manusia, jangan jadi bodoh. Suatu hari nanti kau kena move on jugak" "Kau siapa nak atur hidup aku sial" "Haih! Asal kau bodoh sangat Ryn. Kenapalah kau pergi suka dengan lela...