Hyunjin melihat Merryn sedang bergurau dengan Han dan juga Haechan. Merryn nampak gembira bersama mereka. Secepat itu perempuan itu melupakannya. Kalau dulu perempuan itu tersenyum atau ketawa disebabkan dia. Tapi sekarang dia sedar yang semua itu sudah berlalu. Merryn boleh bahagia dengan sesiapa sahaja.
Dan dia bersyukur Merryn berjumpa dengan lelaki lelaki sebaik mereka. Dia juga pasti yang mereka tak akan lukakan hati Merryn seperti dia.
"Kau tak ada plan nak give up kan?"
Jaemin datang lalu duduk disebelahnya.
"50-50 bro. Separuh aku sayangkan dia dan separuh lagi aku rasa aku memang tak layak untuk dia" jawab Hyunjin sambil menguak rambut ke belakang.
"No kau kena yakin dengan diri kau. Semua orang ada buat salah. Bukan kau sorang je bro"
Jaemin memberi kata kata semangat untuk sahabat baiknya itu. Even dia rasa kecewa sahabatnya ini lukakan hati sepupu kesayangannya, tetap Hyunjin layak untuk dapat kesempatan kedua.
"Tapi salah aku besar. Aku tak yakin yang dia akan bukakan hati dia untuk aku"
Jaemin cuma senyum. Bahu Hyunjin ditepuk.
"Kau jangan lupa aku kenal dengan Ryn dari baby lagi. Aku tak tahu apa yang dia cakap dengan kau. Dan aku yakin semua tu bukan dari hatinya"
"So kau nak aku buat apa sekarang?" soal Hyunjin.
"Tak yah buat apa apa. Kau tunggu je Ryn datang pada kau"
Jaemin membuat muka. Hyunjin pula pandang Jaemin dengan muka tak puas hati.
"Apa yang bodoh sangat kau. Kau pergilah ambil hati semula. Tak kan benda tu pun aku kena bagitahu. Kau memang tak boleh hidup tanpa aku kan"
Jaemin sudah membebel. Hyunjin membuat muka. Tanpa menunggu Hyunjin terus cubit pipi Jaemin dengan kuat. Itulah mereka. Kalau mereka geram sesama sendiri, mereka akan cubit pipi sesama sendiri dengan sekuat yang mungkin. Sound like girly. Tapi itulah Hwang Hyunjin dan Na Jaemin.
"Sakitlah bodoh!" marah Jaemin.
"Habis kau ingat aku tak sakit!" balas Hyunjin pula.
Kemudian mereka ketawa.
"Dah lama aku tak bergurau dengan kau macam ni" kata Jaemin tiba tiba.
Hyunjin tersenyum hambar. Terus teringat kebodohan sendiri. Hanya disebabkan seorang perempuan, persahabatan mereka terputus.
"Aku minta maaf bro" kata Hyunjin.
"Aaahh! Akward bodoh!"
Hyunjin ketawa dengan reaksi Jaemin. Selama mereka berkawan, tak pernah sekalipun mereka minta maaf sesama sendiri. Sebab pergaduhan mereka tak pernah serius. Tapi kali ni lain. Dan Hyunjin tahu dia salah. Jadi dia perlu minta maaf.
"Aku serius sial"
Jaemin pandang Hyunjin.
"Aaah! Tak yah la pandang aku macam tu. Gelilah bodoh"
Giliran Jaemin ketawa.
"Hmm nampaknya aku kena hadap perangai gila dua ekor gorila seperti biasa. What a bad life"
Yoshi datang entah dari mana. Jaemin dan Hyunjin pandang sesama sendiri.
"Eleh kau cakap macam kau selalu dengan kitorang. Aku tengok kau dengan Karina je 24 jam" sindir Hyunjin.
"Itulah tu. Lepas ni aku akan spend time dengan dia lebih lagi. Memandangkan korang berdua sudah baik, jadi aku pun bebas"
Tanpa menunggu Hyunjin dan Jaemin menerkam Yoshi. Cari pasal betul si Yoshi ni.
"Bebas kepala hotak kau! Kau tu tetap kawan kitorang" marah Jaemin.
...
YOU ARE READING
Best Friend | HYUNJIN JAEMIN
ChickLit"Kau kena ingat yang aku tak kan berhenti sampai bila bila!" "Kau jadi manusia, jangan jadi bodoh. Suatu hari nanti kau kena move on jugak" "Kau siapa nak atur hidup aku sial" "Haih! Asal kau bodoh sangat Ryn. Kenapalah kau pergi suka dengan lela...