🔳 26

72 3 0
                                    

Mereka semua menginap dirumah nenekku. Memandangkan sekolah tengah cuti, jadi mereka semua memutuskan untuk menghabiskan cuti mereka disini. Dan sudah tentunya aku happy. Nenek pun tak kisah. Dia cakap lagi ramai lagi best sebab dia dah lama teringin cucu yang banyak. Atuk pun ikut setuju.

Untung rumah atuk besar. Dan bilik pun ada lebih kurang lima bilik. Cukup untuk semua. Dan aku tak perlu kongsi dengan siapa siapa pun. Pagi ini aku terjaga sebab dengar suara orang riuh didapur atau lebih tepat meja makan. Jam menunjukkan pukul 9.30 pagi. Selepas mandi dan siap semua, aku keluar. Perut tengah berbunyi sekarang.

"Ha bangun pun kamu Ryn. Elok sangatlah tu perempuan bangun lewat macam tu" nenekku sudah start bebel.

Even dan mandi aku tak sepenuhnya bangun lagi.

"Lewat apanya nek. Baru pukul 10 pagi. Selalunya Ryn bangun pukul 11 tau. Nek nak macam tu ke?"

Aku duduk disebelah Heejin.

"Menjawab je kan" balas nenekku.

"Yoshi tolong tuangkan coffee"

Aku hulurkan gelas pada orang didepanku ini. Mataku melihat sarapan yang nenekku sedia. Semuanya sedap sedap.

"Yoshi kepala hotak kau! Kau belum bangun tidur ke Ryn"

Aku pandang Jaemin dengan muka tak puas hati. Kemudian aku pandang orang yang duduk didepanku ini.

Hyunjin!

Terus aku letak gelas yang aku tengah pegang. Argh! Macam mana aku boleh tak perasan dia tadi. Dan sejak bila dia datang sini? Kenapa aku tak tahu.

Tanpa menunggu aku terus lari masuk kedalam bilik. Akward bodoh! Dan aku tahu dia sudah tahu semuanya. Sebab cara dia pandang aku menunjukkan yang dia dah tak marah dengan aku.

"Kau pergi slowtalk dengan dia" kata Jaemin.

Hyunjin menurut. Dia melangkah ke arah bilik Merryn. Pintu diketuk tapi tiada sahutan dari perempuan itu.

"Aku masuk eh Ryn"

Dengan perlahan dia tolak pintu. Perempuan itu tengah duduk diam di bawah hujung katil. Dia juga turut duduk ditepi Merryn.

"Ryn aku..."

"Ada apa kau datang sini?" soalku memotong percakapannya.

"Aku datang nak..."

"Oh! Aku lupa. Heejin dengan Jaemin ada disini. Kau kan tak boleh kalau couple tu tak ada depan mata kau"

Aku terus serang dia. Dia pula cuma diam.

Hyunjin rasa macam ada something tengah cucuk hati dia. Jadi ini yang Merryn rasa. Atau mungkin lebih lagi. Lagi dia rasa bersalah sebab lukakan hati sahabatnya ini.

"Aku tak tahu yang selama ni kau ada..."

"No tak payah cakap! Sebenarnya aku nak mintak maaf sebab sukakan kau. Kalau hati aku boleh buang and tukar yang baru, aku akan buat. Sebab aku sendiri pun sayang dengan hati aku. Aku tak nak dia sakit. Tapi entah kenapa hati aku boleh terpaut dengan kau"

Aku keluarkan semua yang aku pendam. Dia cuma diam dan mendengar.

"Kalau aku diberi pilihan, aku tak nak suka dekat orang yang simpan hati dia untuk orang lain. But too bad. Sebab semua benda tu tak wujud. Aku tak boleh pilih. Aku cuma perlu ikut kata hati aku dan otakku yang selalu tafsir kau satu satunya lelaki yang aku suka"

Air mataku mengalir. Daripada tadi aku tahan. Tapi aku tak kuat. Runtuh jugak depan Hyunjin.

"Tapi kau jangan risau. Hati aku sekarang dah tertutup buat semua lelaki. Dan aku nekad aku tak kan suka mana mana lelaki lagi"

Dia terus pandang aku. Badan dia disandar pada katil. Matanya dipejam dengan rapat.

"Kau dah lambat Hyunjin. Kenapa rasa dia lagi sakit dari bila dapat tahu Heejin pilih Jaemin. Bodoh nya kau Hyunjin"

Aku cuma mendengar dia bercakap sendiri. Kemudian dia pandang aku.

"No second chance?" soal dia.

Mataku bertentangan dengan dia. Wajah kami sekarang sangat dekat. Dan aku biarkan soalan dia tak berjawab.

"Jadi giliran aku pulak. Sebenarnya aku pun nak mintak maaf sebab tak sedar selama ni. Aku tahu aku dibutakan dengan ego aku untuk dapatkan Heejin. Sampai sampai aku tak sedar yang aku lukakan hati seorang perempuan. Dan perempuan itu orang terdekat aku. Salah seorang perempuan yang aku sayang dalam dunia ni"

Aku lap air mataku dan pandang ke bawah.

"Aku mintak maaf sebab tak ada kuasa untuk tahu perasaan orang sekeliling aku. Dan salah aku jugak sebab tak peka dengan kau selama ni. Aku mintak maaf sangat sangat Ryn. Bila kau tiada depan mata aku, baru aku sedar yang aku betul betul sayang dengan kau. Aku rindu nak bergurau dengan kau..."

Dia berhenti. Macam tengah ambil masa untuk sambung kata katanya.

"...dan aku sedar yang sebenarnya hati aku dah lama dekat kau. Perasaan itu ditutup oleh perasaan marah dan cemburu aku pada Jaemin. Kalaulah aku sedar lebih awal, mungkin kau tak perlu rasa sesakit ini Ryn"

Lagi menangis aku dibuatnya. Perasaan semua bercampur. Ada sedih, happy dan juga kecewa.

"Kalau aku layak dapat peluang kedua dari kau, aku janji yang aku tak kan sia siakan peluang itu"

...

Best Friend | HYUNJIN JAEMINWhere stories live. Discover now