🔳 06

53 5 0
                                    

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Aku bersama Heejin dan Karina ke kafe. Dari tadi lagi aku perasan yang Heejin sangat lain. Macam ada something wrong. Cakap dengan aku pun nak tak nak je.

"Beb aku ada buat salah dengan kau ke?" soalku.

Aku paling tak suka bila sahabat aku diamkan aku macam ni. At least bagitahu kesalahan aku supaya aku boleh minta maaf dan tak ulang benda yang sama.

Tapi Heejin menggeleng kepalanya. Aku mengeluh.

"Kau tak salah apa pun. Aku je yang rasa tak sedap badan sikit hari ni"

"What? Habis tu kau nak kitorang bawa kau pergi klinik?" soal Karina dengan muka risau.

"No need beb! Sikit je ni. Over lah korang dua orang ni" kata Heejin selamba.

Aku dan Karina membuat muka. Orang bukan main risaukan dia. At last kena cop over pulak.

"Kita nak makan apa ni?" soalku.

Kami mula melihat menu hari ni. Well sedap sedap jugak. Not bad. Kami mengambil tray. Masing masing memilih makanan mengikut selera masing masing.

Selepas sudah semua, kami duduk disebuah meja. Dekat sini port baik. Boleh tengok team basketball main. Tak salah aku competition dah nak dekat. Patutlah mereka selalu training sekarang.

"Kejap aku pergi beli air carrot susu aku"

Air favourite aku memang aku tak boleh skip. Dalam sehari tu mesti kena minum jugak. Sedap!

Aku terus pergi ke mesin air yang terletak agak jauh dari kafe tapi dekat dengan gelanggang basketball. Nak tak nak aku kena jalan jauh sikit.

Tiba tiba aku rasa ada orang tarik rambut aku dengan kuat. Tubuh aku dibawa ke kawasan belakang sekolah. Sangat sunyi. Yiren dengan sahabat sahabatnya lagi.

"Still tak faham bahasa kan!"

Aku tunduk ke bawah. Kepala aku ditunjal oleh Yiren.

"Kau nak aku buat apa lagi supaya kau stop dekat dekat dengan crush aku!"

Dia tolak dengan kasar bahu kiriku. Tempat dimana dia toreh aku semalam. Terus rasa pedih. Tak cukup dengan itu dia cengkam kedua belah bahuku.

"Kau nak aku bunuh kau ke sial!" tengkingnya.

Aku menggeleng kepala dengam cepat. Yiren sangat marah kali ni. Dan aku rasa lukaku kembali berdarah.

"Aku cabar kau Yiren"

Aku nampak Junkyu sedang bersandar pada dinding. Elok aje tangan diseluk kedalam poket seluarnya.

"Kau tak yah masuk campur urusan akulah!" tengking Yiren.

Junkyu cuma tenang. Dengan perlahan dia melangkah kearah aku dan Yiren.

"Get the fuck off before I tell your father"

Tak perlu suara yang kuat. Cukuplah Junkyu tunjuk sisi dia yang satu ini iaitu sisi tegas. Itu sudah cukup buat Yiren dan sahabatnya pergi. Aku lega.

"Your shoulder" katanya.

Aku melihat bahu kiriku. See. Dah berdarah balik. Pedih pulak tu. Macam mana aku nak cover. Baju sekolahku warna putih. Memang sah sah nampak kesan darah.

"Kau pakai ni dulu. Nanti pandai pandailah kau explain dekat kawan kau"

Dia tanggalkan blazer navy blue nya. Yang tinggal kemeja putih pada tubuhnya. Dia hulurkan blazer nya pada aku.

"Sorry sebab susahkan kau. Aku punya blazer ada dalam loker"

Dia cuma senyum sikit lalu mengangguk.

"Terima kasih pasal tadi" kataku dengan ikhlas.

Tiber rasa akward dengan Junkyu. Sisi dia yang satu ini sangat cool. Kenapalah dia tak ada girlfriend sampai sekarang. Kalau ada memang bertuah girl tu.

"Not a big deal"

Dia senyum. Aku turut balas senyumannya. Air carrot susu dibeli lalu aku terus ke kafe.

...

Best Friend | HYUNJIN JAEMINWhere stories live. Discover now