Jaemin melihat katil sebelah atau lebih tepat katil musuhnya Hyunjin. Lelaki itu sudah pejam mata sambil meletak sebelah tangan diatas kepala.
"Kau memang tak pandai jaga hati perempuan kan" kata Jaemin sambil bermain telefon.
Tapi Hyunjin diam.
"Aku tahu kau belum tidur"
Dengan malas Hyunjin membuka matanya. Dia bangun dengan perlahan lalu bersandar pada katilnya.
"Kalau tak ingat kaki aku tak berbalut macam ni, dah lama muka kau yang pecah tu semakin pecah!" marah Hyunjin.
"Aku bukannya apa. Kesian dekat si Merryn dapat kawan macam kau"
Hyunjin mengetap rahangnya. Jaemin telah cabar kesabarannya. Kalau ikutkan hati sekarang jugak dia nak terkam si Jaemin.
"Kau tak yah jaga tepi kain aku lah. Sudah sudah lah buat Heejin merana"
Jaemin menggenggam penumbuknya.
"Ini tak ada kena mengena dengan Heejin lah bodoh!"
"Ada! Kau tak terfikir ke disebabkan kau selalu ambil berat pasal Merryn, kau lukakan hati Heejin!"
Jaemin terdiam. Adakah sebab itu Heejin marah dengan dia hari tu. No Heejin bukan perempuan macam tu. Dia yakin yang Heejin ada sebab lain selain Merryn.
"Kau jangan sampai aku rebut dia dari kau. Remember, aku akan buat apa saja untuk dapatkan Heejin"
Hyunjin senyum sinis. Dia berpegang pada kata katanya. Hatinya untuk Heejin.
"Tapi kau kena ingat jugak, hati Heejin hanya untuk aku. Kau tak boleh paksa dia untuk sayang kau macam mana dia sayang aku"
Hyunjin menumbuk besi pada katilnya. Sebelah kanan dah berbalut, kini sebelah kiri jadi mangsa. Dan dia tak kisah kerana kemarahan sedang mengawal dirinya.
"Kau move on dan cuba buka hati kau pada..."
"No!" tengking Hyunjin sebelum Jaemin menghabiskan ayatnya.
"Never! Aku tak akan menyerah kalah. One day Heejin will be mine"
Jaemin mengeluh. Dia tahu Hyunjin betul betul maksudkan dengan apa yang dia kata. Dia tahu bertapa nekadnya lelaki itu.
"Aku cuma nak remind kau. Jangan disebabkan seorang perempuan, kau terlepas perempuan lain"
Dan selepas itu Jaemin menyarung headphone nya. Volume dibuka dengan kuat. Malas nak sambung bergaduh dengan Hyunjin.
Merryn melangkah masuk kedalam hospital. Marah macam mana pun, dia tetap risau dengan keadaan Hyunjin. Jadi dia buat keputusan untuk datang melawat Hyunjin sekaligus sepupu dia, Jaemin.
Pintu bilik kedua lelaki itu dikuak. Yang ada cuma Jaemin tengah main fon. Manakala penghuni katil sebelah kosong.
"Kau cari Hyunjin?" soal Jaemin.
Aku mengangguk.
"Dia ada dekat taman bawah. Marah agaknya"
"Korang gaduh lagi?" soalku.
Jaemin diam. Ini bermakna betul. Tapi at least aku lega sebab tiada pergaduhan fizikal. Maybe dorang cuma bertekak tadi.
"Tu makanan untuk dia ke?"
Hell aku baru sedar. Aku cuma bawa untuk Hyunjin. Sepupu aku pulak aku tak bawa apa apa pun.
"Sorry aku tak bawa untuk kau pun"
Sumpah aku rasa bersalah.
"Takyah lah buat muka macam tu. Heejin datang kejap lagi. Kau pergilah jumpa dia"
Lega aku dengar. Aku terus keluar ke taman. Hish! Kalau aku tahu dia dekat taman, tak yah susah susah aku naik datang sini. Haila Hwang Hyunjin.
...
YOU ARE READING
Best Friend | HYUNJIN JAEMIN
Chick-Lit"Kau kena ingat yang aku tak kan berhenti sampai bila bila!" "Kau jadi manusia, jangan jadi bodoh. Suatu hari nanti kau kena move on jugak" "Kau siapa nak atur hidup aku sial" "Haih! Asal kau bodoh sangat Ryn. Kenapalah kau pergi suka dengan lela...