🔳 09

57 6 1
                                    

Aku sampai di hospital. Cepat cepat aku ke kaunter tanya nurse dimana bilik Hyunjin. Lepas nurse bagitahu, aku terus ke bilik itu. Sumpah aku risau sekarang. Entah macam mana keadaan Hyunjin sekarang. Teruk ke dia?

Sebaik saja pintu bilik dibuka, wajah Jaemin dan juga Heejin menyapaku. Wait apa yang dorang buat dekat sini. Dan aku baru perasan wajah Jaemin sangat teruk. Plaster sana sini. Kaki dan tangan berbalut.

Kemudian aku pandang orang sebelah katil Jaemin. Elok aje dia makan. Macam tak sakit langsung. Walhal kepala berbalut. Tangan dan kaki juga berbalut. Dia terpandang aku. Agaknya baru perasan yang aku datang.

"Ryn!"

Dia berhenti makan. Aku pura pura melangkah ke Jaemin. Muka risau tadi digantikan dengan muka marah dan kecewa. Bila nampak Jaemin, aku dah boleh agak sebab apa dia accident.

"Macam mana kau boleh accident?" soalku kepada sepupuku ini.

Tapi dia diam. Heejin disebelah juga turut diam. Jaemin membuat isyarat untuk aku pergi.

"Aku tanya sekali lagi. Macam mana kau boleh accident?" soalku lagi kepada Jaemin.

"Aku yang kejar dia" jawapan bukan dari mulut Jaemin tapi orang sebelah dia.

"Lepas tu kami bergaduh" sambung Jaemin.

Aku senyum mengejek. Wah! Rasa menyesal sebab risaukan dia tadi. Tak ada guna pun semua tu.

"Sure. Aku balik dulu"

Aku pandang Hyunjin sekilas. Mata kami bertemu sekejap. Dan selepas itu aku terus pergi.

Sakitnya hati. Lagi dan lagi dia sanggup buat apa saja untuk Heejin. Tak boleh ke dia move on!

Bullshit! Don't cry stupid Merryn. Malulah orang sekeliling kau pandang. Aku tahan air mataku sebaik mungkin. Langkah dipercepatkan supaya lebih cepat keluar dari hospital ini.

Tapi benda lain pulak yang berlaku. Aku langgar siapa tah. Argh! Time nilah nak start drama pun.

"Ryn?"

Orang yang aku langgar hulurkan tangan dia untuk bantu aku bangun.

"Junkyu?"

Yes orang yang aku langgar tu adalah Junkyu. Fuh! Nasib baik lagi. Kalau orang yang aku tak kenal tadi, confirm aku kena maki. Yelah jalan tak pandang sekeliling tadi.

"Shit! Lutut kau berdarah"

Damn! Patutlah pedih semacam. Jatuh sikit je. Kenapa boleh berdarah ni. Hish! Lembik betul kau Merryn.

"Jom aku hantar kau balik"

Dia bantu aku bangun. Haih! Tak pasal nak jalan rasa tak selesa.

"Kau boleh jalan ke?"

Soalan apa bodoh. Luka sikit je pun. Aku ni bukan perempuan lembik sangat.

"Boleh lagi. Don't worry"

Muka dia berubah risau. Dia tarik aku berjalan sebelahnya. Tapi kemudian aku tarik lengan dia. Dia pandang aku dengan muka tanda tanya.

"Aku tak nak balik. Can you bring me somewhere?"

Dia macam terpinga pinga dengar permintaan bodohku tapi tidak lama selepas itu dia mengangguk. Rasanya ini pertama kali aku keluar dengan dia. Sebelum ni dekat sekolah jarang sekali aku mahupun dia nak tegur sesama kami.

"I guess you have a problem"

Aku mengangguk sedikit. Kami sampai di tempat parkir. Dia mengeluarkan plaster luka lalu ditampal pada lututku. Haih! Sweet pulak si Junkyu ni. Kenapalah dia single sampai sekarang. Nak tanya sebenarnya tapi takut kena cop busybody. So terpaksa hold dulu.

"Thanks and aku mintak maaf sebab langgar kau tadi"

Sumpah aku ikhlas minta maaf.

"Chill Ryn. Aku tak ambil hati pun"

Dia tepuk kepalaku dengan perlahan. Lepas tu dia tayang senyum maut padaku. Gilalah aku tak cair. Walaupun dalam hati aku ada Hyunjin, tetap aku cair bila dia senyum nampak lesung pipit dia itu.

...

Best Friend | HYUNJIN JAEMINWhere stories live. Discover now