🔳 23

64 3 0
                                    

Pejam celik pejam celik dah dua minggu aku tinggal sini. Aku juga sudah adapt dengan sekolah baruku. Seperti Jihoon Han dan Haechan, setiap pagi kami ke sekolah seperti biasa dan petang kami akan buat kerja di garden. Sumpah best dekat sini.

Dan baru baru ni aku dapat tahu yang sebenarnya si Jihoon ni dah ada girlfriend. Giselle namanya. Cantik orangnya. Aku juga sudah mula rapat dengan si Giselle.

"Kau Ryn?" kata Han tiba tiba.

"Aku? Kenapa?" soalku pulak.

Kami berempat tengah siapkan beberapa order bunga. Boleh tahan banyak order tapi kami berempat. So cepat jugaklah siap.

"Lah dari tadi kitorang tanya kau. Kau takde boyfriend ke?" soal Haechan pulak.

"Hah? Oh takde" jawabku.

"Kalau ada, tak ada maknanya dia nak duduk sini. Betul tak Ryn?" kata Jihoon pulak.

Aku cuma senyum. Sebenarnya aku dah rapat dengan mereka bertiga ni tapi bila bab ni aku tak boleh go. Tolonglah jangan tanya soal ni.

"Crush? Mesti ada" kata Haechan lagi.

Terus hatiku tak keruan. Kejadian hari tu terus muncul dalam fikiran. Suara Hyunjin tengking aku masih terngiang ngiang dalam otakku.

"Ada. Tapi dia tak suka aku pun. Dia suka orang lain" jawabku dengan jujur. Tak salah kan kalau aku nak kongsi dengan mereka.

"Lah bodoh betul lelaki tu" kata Han selamba.

"Kan! Dia lepaskan seorang bidadari" kata Haechan.

Aku ketawa. Apa bendanya bidadari.

"Jadi sebab ni kau pindah sini?" soal Jihoon.

Aku mengangguk dengan perlahan. Semua tengah pandang aku.

"Lagi worst daripada tu actually. Aku break hati my own bestie"

Haih! Terus rasa nak nangis bila teringatkan muka sedih Heejin.

"Semuanya mesti bersebab. Dan aku tahu tak sepenuhnya salah kau Ryn" kata Haechan.

Wah! Aku sangat terkesan. Mereka ni kalau time bergurau memang lawak habis tapi kalau time serius sumpah dorang nampak cool.

"Kalau kau ada masalah, share je dengan kitorang. Kitorang boleh je dengar" kata Jihoon lagi.

Argh! Lagilah rasa macam nak nangis. Kenapa dorang baik sangat.

"Actually dekat sekolah lama, aku selalu kena buli"

Mereka bertiga terus hentikan kerja masing masing dan pandang aku dengan muka terkejut.

"Ha aku tahu. Dorang buli kau mesti sebab kau cantik kan?" kata Han.

Aku menggeleng kepala.

"Sebab aku rapat dengan lelaki yang dia suka"

Han membuat muka.

"Cliche! Perlu ke sampai membuli orang" kata Han tak puas hati.

Mataku terpandang sekumpulan perempuan yang baru datang. Yiren! Dia macam tengah cari seseorang. Wait tak mungkin lah aku. Macam mana dia tahu aku ada dekat sini. No no!

"Aku nak mintak tolong korang boleh?" soalku.

"Cakap je Ryn" kata Haechan.

"Perempuan yang aku cakap suka buli aku tu, ada dekat sana"

Automatik mereka pandang ke arah yang aku tunjuk. Yiren tengah kipas mukanya dengan menggunakan tangan.

"Apa yang dia buat dekat sana?" soal Jihoon.

"Cari aku mungkin" jawabku.

"So aku nak korang pergi bagitahu yang aku tak ada dekat sini. Cepat sebelum dia jumpa dengan nenek" sambungku lagi.

Mereka bertiga terus bangun dan pergi ke arah Yiren. Aku juga turut bangun dan bersembunyi di tempat yang tak jauh dengan mereka berdiri.

"Hello minah! Cari siapa?" soal Haechan.

Aku nampak muka Yiren macam nak terkam Haechan.

"Berani kau panggil macam tu eh!" marah Yiren.

Hish! Minah ni. Dah lah datang tempat orang. Pastu berlagak macam tu pulak.

"Lah asal? Tak ganggu hidup kau pun. Mulut aku. Suka hati akulah" kata Haechan.

Aku ketawa. Haih! Terhibur aku.

"Aku cari Kang Merryn! Mana pempuan sial tu?!"

Kalau ikutkan hati aku nak keluar tunjukkan diri, tapi aku tak nak dia berulang kali datang sini. Aku nak hidup dengan tenang dekat sini.

"Merryn? Siapa tu?" soal Haechan berpura pura tak tahu.

"Sial eh. Takpe biar aku buat hari korang jadi sial pulak"

Aku nampak Jihoon ambil controller. Tidak lama selepas itu sebiji drone terbang diatas kepala geng Yiren. Wait! Tu bukan drone untuk air baja tanaman ke. Weh! Busuk kot air tu.

"Aaa! Air apa ni? Bapak busuk. Aaa!" Yiren menjerit.

Macam yang aku agak, Jihoon siram mereka dengan air itu. Geng Yiren menggelupur. Mereka cuba untuk lari tapi drone itu mengikut mereka sampailah di hujung jalan. Mereka terus masuk kedalam teksi dan pergi dari situ.

"Padan muka!" kata Han.

Aku keluar dari tempat persembunyian ku. Sumpah aku tak sangka yang Jihoon akan buat macam tu.

"Settle Ryn!" kata Haechan.

"Thanks korang. Aku appreciate sangat"

Puas hati aku tengok si Yiren kena macam tu. Memang dia layak pun.

...

Best Friend | HYUNJIN JAEMINWhere stories live. Discover now