🔳 03

66 7 0
                                    

Selepas Hyunjin hantar aku sampai basement, dia terus pergi. Katanya dia tak sempat nak hantar aku sampai atas. Dan dia jugak mintak maaf untuk itu. Sumpah aku happy. Ini bermakna dia sangat care pasal aku. Well katanya dia sayang aku sangat sangat sebagai sahabat.

Butang lif ditekan. Tidak lama selepas itu lif terbuka. Satu tapak melangkah masuk, badanku ditolak dari belakang. Ada beberapa orang perempuan masuk kedalam lif bersama aku.

Yiren. Pembuli tegar aku.

"Seronok jadi kau bitch. Boleh keluar dengan Hyunjin"

Aku tunduk pandang ke bawah. Tak berani pandang muka dia. Aku tahu maksud kata kata dia itu.

Yiren seorang leader fanclub Hyunjin. Dia sangat cinta dengan Hyunjin sampai sanggup buat apa saja. Tapi sayangnya Hyunjin tak pernah terima dia sebab Hyunjin suka orang lain.

Dan aku sebagai teman dekat Hyunjin, konfem kena tempias walaupun aku tak ada relay special dengan Hyunjin.

"Aku rasa dah beribu kali aku cakap dengan kau. Stay away from my love! Kau tak faham bahasa ke?!"

Dia tolak kepala aku beberapa kali sampai badanku terhempap pada dinding lif.

"Dia bukan tak faham bahasa tapi dia pekak plus bodoh beb" kata kawan Yiren pula.

Dua orang lagi kawannya ketawa dengar sahabat mereka kutuk aku macam tu.

"Aku tahu. Tak payahlah nak semak telinga aku bagi sakit. Ey! Kalau betul dia tak bodoh, dia tak kan berani kawan dengan Hyunjin" kata Yiren dengan muka amarahnya.

Ini bukan kali pertama mereka caci maki dan buli aku macam ni. Tapi aku still boleh tahan. For me selagi mereka tak bunuh aku, aku akan bertahan sampai akhir.

"Cakap banyak dengan orang bodoh macam dia ni tak guna"

Aku perasan Yiren bagi isyarat pada sahabatnya. Sahabatnya itu pula mengangguk. Dia mengeluarkan sesuatu dari beg.

Pisau! Ya Tuhan. Dorang nak buat apa pulak kali ni. Tak ada orang nak tolong aku ke.

"Hold her!" arah Yiren.

Dua orang sahabatnya memegang aku. Mereka sangat kuat walaupun aku meronta ronta minta dilepaskan.

Yiren merentap bajuku menampakkan bahu disebelah kiriku.

"Kau nak buat apa ni Yiren. Please lepaskan aku" rayuku.

Dia senyum sinis.

"Sial! Jangan sebut nama aku dengan mulut busuk kau tu!"

Tanpa menunggu dia toreh bahu kiriku dua kali. Pedihnya hanya Tuhan yang tahu. Darah mengalir keluar. Air mata juga tidak dapat ditahan lagi.

"Tanda ni aku buat sebagai peringatan untuk kau!"

Bersama dengan itu pipiku ditampar. Terasa kuku panjangnya sampai mengalir darah di hujung bibirku.

"Sekali lagi kau dekat dekat dengan Hyunjin, memang sakit kau lepas ni. Lagi sakit dari yang ni!"

Dia tunjal kepalaku.

"Woi mak ponti! Kau buat apa sial?!"

Tanpa menunggu, Yiren dan sahabat sahabatnya lari.

"Ryn kau darah"

Aku mengangguk dengan perlahan. Jaemin datang walaupun terlambat tapi aku tetap bersyukur.

"Jom aku bawa kau pergi hospital. Kau kena cuci darah ni"

Aku menggeleng dengan perlahan. Di hospital sangat banyak kenalan parent dan abangku. Aku sure mereka kenal aku dan report pada familyku. Aku tak nak siapa siapa tahu pasal ni.

"Ryn please. Aku tak nak kita gaduh pasal ni lagi. Dan aku tak nak sebut nama lelaki tak guna tu. Disebabkan dia kau jadi macam ni tahu!"

Dengan sisa tenagaku, aku tampar pipi dia.

"Watch your mouth Shrek!"

Dia tayang muka tak puas hati.

"See! Bila aku kutuk dia je, aku kena lempang dengan kau. Aku tak fahamlah dengan kau" katanya masih tak puas hati dengan aku.

"Kalau kau tak nak pergi hospital, jom pergi naik atas jumpa Hwall. Aku rasa setan tu ada dekat atas. Dia boleh tolong ubatkan kau"

Hwall seorang lelaki yang malas ke sekolah. Dalam sebulan tu dia hanya muncul sekali. Susahlah nak tengok muka dia. Tapi dia pandai dalam bab medic. Aku pun tak faham dengan hidup dia.

...

Best Friend | HYUNJIN JAEMINWhere stories live. Discover now