Sejak kejadian itu, aku sudah tidak pergi sekolah lagi. Tiada siapa yang aku jumpa. Baik Jaemin, Heejin dan kawan kawanku yang lain. Apatah lagi Hyunjin. Aku tahu mereka semua tak nak tengok muka aku. Yelah aku kan perempuan toxic.
Dan disinilah aku. Di rumah atuk dan nenekku. Aku ada something yang perlu aku selesaikan. Aku dah tak tak serabutkan kepala dengan perkara macam ni. Lantaklah lepas ni kalau atuk tak nak mengaku aku cucu dia sekalipun.
"Merryn! My beautiful grandaughter!"
Aku senyum lalu peluk tubuh atuk.
"Macam pelik je Ryn datang sini"
Ye macam yang atuk aku cakap. Sangat pelik kalau aku datang tiba tiba macam ni. Aku ni bukan type yang suka keluar rumah. Daripada aku datang sini, lebih baik aku duduk dalam bilik layan movie. Lagi best!
"First of all Ryn mintak maaf. Ryn tak kisah kalau atuk benci Ryn lepas ni. Yang Ryn tahu, Ryn tak nak teruskan pertunangan ni. Ryn sayang Jaemin tak lebih dari seorang sepupu"
Aku nampak muka kecewa atuk tapi kemudiannya dia senyum padaku. Belakang bahu aku ditepuk dengan perlahan.
"Tahu. Jaemin pun cakap benda yang sama pada atuk. Dan atuk nak mintak maaf sangat sangat sebab buat cucu cucu atuk rasa tak selesa"
Aku senyum lalu peluk atuk dengan erat. Aku tak sangka respon atuk macam ni. Aku ingat aku akan dibenci seumur hidup oleh atuk.
Kotak cincin dihulurkan pada atuk semula. Aku harap benda tak masuk akal macam ni tak akan berlaku lagi lepas ni.
"Sis!"
Si Baekseung datang. Hish! Ikut aku ke apa budak ni.
"Puas Baekseung cari sis. Sini rupanya" kata dia dengan muka tak puas hati.
"Nak apa?" soalku.
"Esok ada exam English. Please ajarkan Baekseung" rayu dia.
Aku menggeleng kepala. Aku ingat apa bendalah tadi. Yes Baekseung agak lemah dengan English. Plus dia tak suka pulak subjek tu. Tapi dia tetap berusaha untuk dapat straight A. Dia tak nak disebabkan satu subjek yang dia benci, result dia nampak tak cantik.
"Yelah. Jom pergi duduk dekat taman sana"
Dia bersorak happy.
"Atuk nak ikut?" soalku kepada atuk.
"Boleh jugak. Sambil minum petang"
"Alaa atuk spoil lah. Susah nanti nak gosip kalau atuk ada sekali"
Dan tak pasal pasal si Baekseung kena tarik telinga dengan atuk.
"Nak belajar buat cara nak belajar" bebel atuk.
"Sakitlah atuk. Orang guraulah" kata Baekseung.
Kami bertiga menuju ke pondok yang berada ditaman. Tidak lama selepas itu, pembantu rumah datang hidangkan minuman petang bersama beberapa biskut.
"Susahlah subjek ni" Baekseung mengeluh.
"Mana ada susah. Takpe sis bagitahu tips. Now tulis apa yang sis bagitahu"
Baekseung menurut tanpa banyak bunyi. Haih! Comel pulak sepupu ku yang sorang ni. Tubuh dia memang tinggi tapi dia mempunyai saiz wajah yang agak kecil.
"Aha! Betul ke sis nak pindah sekolah?"
Atuk aku yang tengah leka scroll artikel dekat ipadnya terus berhenti. Wajahku dipandang.
"Ryn ada masalah di sekolah ke?" soal atuk ku.
"Tak ada lah. Saja nak cari suasana baru" jawabku.
"Nak tinggal atuk eh. Tak sayang atuk lah tu"
Atuk aku pasang mood merajuk pulak. Haih! Comel je.
"Alaa atuk ni. Ryn tak pergi jauh pun. Ryn cuma pergi rumah atuk dengan nenek yang satu lagi. Lagipun dekat sana ada flower garden. Ryn teringin nak pergi sana"
Dah lama aku tak balik rumah grandparents sebelah mummyku. Mummy cakap mereka ada jual bunga bunga. Dan sekarang tengah musim bunga. Memandangkan aku tengah ada masalah, eloklah aku pergi sana. Bolehlah aku lupa sekejap kejadian dekat sini.
"Yelah atuk dekat sini tak ada flower garden. Yang ada pun cuma bangunan pegun"
Aku ketawa. Bangunan atuk besar kot. Dalam tu ada macam macam. Saja atuk karang ayat sedih dekat aku.
"Atuk janganlah macam ni. Ryn janji akan selalu lawat atuk dekat sini. Eh! Atuklah kena pergi sana. Tak kan tak nak melawat biras kot"
Aku dengan Baekseung ketawa. Aku nampak atuk membuat muka. Geram mungkin dengan perangai cucunya ini. Selalu kenakan dia.
...
YOU ARE READING
Best Friend | HYUNJIN JAEMIN
Literatura Feminina"Kau kena ingat yang aku tak kan berhenti sampai bila bila!" "Kau jadi manusia, jangan jadi bodoh. Suatu hari nanti kau kena move on jugak" "Kau siapa nak atur hidup aku sial" "Haih! Asal kau bodoh sangat Ryn. Kenapalah kau pergi suka dengan lela...