Hyunjin menapak masuk kedalam dewan basketball. Dia tahu Jaemin ada disini. Dan betul sangkaannya, Jaemin memang disini. Lelaki tu tengah shoot bola sorang sorang. Dia berjalan mendekati Jaemin.
"Best jadi kau. Nak apa semua dapat" sindir Hyunjin.
"Kalau kau datang nak cari gaduh, baik kau blah" kata Jaemin sambil shoot bola kedalam jaring.
Dulu mereka berdua merupakan sahabat baik. Mereka terkenal kerana dua dua orang mempunyai rupa yang elok. Semua perempuan tergilakan gilakan mereka. Kemana sahaja, mereka selalu berdua. Sampai ada sesetengah yang cakap mereka kembar.
Tapi itu semua tidak kekal apabila mereka menyukai perempuan yang sama. Jeon Heejin. Seorang perempuan yang cantik lagi comel. Dan dia tak sangka dia telah membuat dua orang lelaki jatuh hati padanya sekaligus. Tapi hatinya hanya untuk salah seorang diantara mereka iaitu Na Jaemin. Hatinya terpaut dengan Jaemin.
Dan akhirnya mereka berdua menjadi pasangan. Sejak dari itu, hubungan persahabatan antara Jaemin dan Hyunjin terputus. Sudah tentunya Heejin rasa bersalah. Semuanya disebabkan dia, persahabatan yang sudah lama terjalin, putus macam tu aje. Dan sejak dari itu jugak, dua orang sahabat itu selalu bergaduh sehinggalah sekarang.
"Kau kena ingat yang aku tak kan berhenti sampai bila bila!" kata Hyunjin.
Jaemin campak bola ke tepi. Dia melangkah ke arah Hyunjin.
"Kau jadi manusia, jangan jadi bodoh. Suatu hari nanti kau kena move on jugak"
Jaemin menepuk bahu Hyunjin. Tapi dengan cepat Hyunjin tepis dengan kasar.
"Kau siapa nak atur hidup aku sial"
Jaemin senyum sinis. Dia dah bosan dengan semua ni.
"Haih! Asal kau bodoh sangat Ryn. Kenapalah kau pergi suka dengan lelaki tak ada otak macam ni"
Jaemin menggeleng kepalanya lalu melangkah pergi dari situ. Tapi Hyunjin tarik dia semula.
"Apa maksud kau bodoh?"
Jaemin senyum sinis lagi. Terus muka Hyunjin ditumbuk.
"Aku dah lama tau bersabar dengan kau. Aku tak kisah kalau kau nak ganggu hubungan aku dengan Heejin tapi aku tak terima kalau hati sepupu aku terus terusan disakitkan oleh lelaki jahanam macam kau!"
Kali ni Hyunjin tak melawan. Otak dia masih loading dengan apa yang Jaemin cakap.
"Aku tak tahu kenapa dia bodoh sangat pergi suka lelaki macam kau ni. And worst, dia sanggup kena buli semata mata nak berkawan dengan kau!"
Pipi kiri Hyunjin ditumbuk sehingga terjatuh lelaki itu. Bibir Hyunjin sudah berdarah.
"Maksud kau?" soal Hyunjin.
"Aku rasa kau belum buta. Selalu je aku tengok dekat muka dia ada kesan luka. Dan aku tahu kau perasan"
"Tapi dia cakap dekat aku dia jatuh, tak pun dia langgar dinding. Macam macam lagilah dia kasi alasan" jelas Hyunjin.
"Habis tu kau percaya ke bodoh?!"
Jaemin tunjal kepala Hyunjin. Dia tak sangka yang Hyunjin percaya cakap Ryn.
"Si Yiren tu suka kau. And of course dia attack Ryn sebab Ryn kawan rapat kau. Dah banyak kali aku warning Ryn supaya jangan kawan dengan kau. Tapi kau tahu dia cakap apa?"
Hyunjin pandang Jaemin.
"Selagi dia mampu bertahan dia akan bertahan. Hampir setiap hari dia kena buli. Tapi aku tak boleh brain kenapa kau boleh tak perasan"
Hyunjin menggenggam penumbuknya. Rasa marahnya sudah membuak buak.
"Aku tahu kau masih suka Heejin, tapi aku nak juga kau tahu, ada perempuan lain yang suka dekat kau. Maybe sekarang kau masih belum boleh move on dari Heejin dan aku harap suatu hari nanti kau boleh buka hati untuk Ryn. Aku sayang sepupu aku. Aku tak nak dia sakit hati lagi"
Tanpa menunggu Hyunjin terus bangun. Kemarahan mengusai dirinya. Dia rasa macam tak berguna sangat. Kenapa dia boleh tak tahu yang selama ni Ryn suka dekat dia.
"Kau nak pergi mana ni?" soal Jaemin.
"Cari Yiren"
Jaemin sudah tak sedap hati. Kalau kemarahan tengah menguasai Hyunjin, anything can happen. Dan dia sangat risau.
"Aku ikut" kata Jaemin lalu bangun kejar Hyunjin.
"Kau tak ada niat nak bunuh pempuan tu kan" soal Jaemin.
Dia kenal betul Hyunjin bila tengah marah.
"No. Aku nak hantar dia pergi hell terus" jawab Hyunjin.
"Eh bodoh sama lah tu"
Jaemin cuba sedaya upaya tarik Hyunjin untuk pergi tempat lain.
"Ey kau jangan jadi pempuan boleh tak! Kau sayang Ryn ke tak?!" tengking Hyunjin.
Jaemin berdehem lalu melepaskan tangan Hyunjin.
"Sayang lah" jawab Jaemin.
"Kalau sayang buat cara sayang"
Mereka menuju ke kelas Yiren tapi perempuan itu tiada. Sekarang waktu rehat. So maybe perempuan itu lepak dekat tempat lain.
"Junkyu kau ada nampak Yiren?" soal Jaemin.
"Dia pergi rooftop kalau tak salah aku" jawab lelaki itu.
"Thanks bro"
Jaemin menepuk bahu Junkyu.
...
YOU ARE READING
Best Friend | HYUNJIN JAEMIN
Chick-Lit"Kau kena ingat yang aku tak kan berhenti sampai bila bila!" "Kau jadi manusia, jangan jadi bodoh. Suatu hari nanti kau kena move on jugak" "Kau siapa nak atur hidup aku sial" "Haih! Asal kau bodoh sangat Ryn. Kenapalah kau pergi suka dengan lela...