Aku melihat Heejin dengan Karina sudah tunggu dengan muka tak puas hati. Hampir ketawa aku dibuatnya. Tapi aku tahan. Confirm dorang tunggu aku makan sekali.
"Kau bancuh sendiri ke macam mana?" sindiran dari Heejin.
"Kau punya sekejap tu sangat sekejap" sindiran dari Karina.
Dan aku hanya mampu senyum sambil angkat peace. Aku duduk disebelah Karina. Kami mula makan. Nasiblah waktu masih banyak. Kalau tak mahu tercekik makan cepat cepat.
Mataku terpandang dua orang lelaki tinggi di gelanggang basketball. Aku terus tepuk tepuk bahu Karina. Makanan pun still full dalam mulut.
"Apa benda kau ni?" marah Karina sebab aku ganggu dia makan.
"Tu..."
Aku tunjuk ke arah gelanggang basketball dengan menggunakan jariku.
"Apa benda kau ni...ohmygod! damn! Hensem doe" kata Karina.
"Sumpah hensem wey team basketball sekolah kita" giliran Heejin memuji.
"Jung Sungchan Yoon Hyunsuk!"
Aku sudah seperti orang gila bersandar pada cermin. Dua orang lelaki tu memang hensem. Kena pulak dengan tubuh mereka yang tinggi. Ramai cakap mereka twin. Tapi sebenarnya mereka cumalah sahabat.
"Weh! Doyoung dengan Mashiho aku!"
Karina juga tak kurangnya dengan aku. Dah macam orang tak betul dah aku tengok. Heejin pun sama.
"Dorang makan apalah sampai hensem macam tu" sambung Heejin lagi.
"Ekhm!" deheman yang sangat kuat.
Dengan serentak kami bertiga toleh ke arah sumber suara itu. Ada Jaemin Hyunjin dan juga Yoshi tengah silang tangan didepan dada. Muka tu tak yah cakaplah. Memang beku habis.
Kami bertiga sambung makan macam tak ada apa apa yang terjadi. Dari ekor mataku, aku dapat tahu yang tiga orang lelaki itu duduk disebelah girl masing masing.
"Seronok ye awak menjerit macam tu" kata Yoshi sambil menongkat dagu diatas meja. Rambut Karina diselit di belakang telinga.
"At least remember I'm still your boyfie" giliran Jaemin shot pada Heejin.
Okey sah! mereka gaduh. Heejin buat tak tahu je Jaemin cakap macam tu. Gaduh pasal apa pulak lah dorang ni.
"So!....-"
Aku tepuk meja bila Hyunjin nak start bercakap. Of course itu semua mengundang perhatian semua orang.
"No! We don't have any special relay. So please don't ask me any question. Get it?"
"Got it!"
Hyunjin tayang muka tak puas hati. Betul apa. Kitorang tak ada special relay pun. Just kawan biasa. So tak perlu pun nak tanya semua tu.
"But blazer siapa yang kau pakai?" soal dia lagi.
"Junkyu" jawabku selamba.
"How's?"
Hish! Banyak betul soalan dia hari ni.
"He love me. So sebab tulah dia kasi"
Muka Hyunjin terus berubah dingin. Dia percaya ke aku cakap macam tu.
"Aku nak kau tanggalkan sekarang" katanya lagi.
"Tak nokk!"
Saja aku nak main main dengan dia. Tapi tangannya dengan pantas sambar blazer yang aku pakai. Paksa aku untuk tanggalkan.
"Kau dah kenapa hanat" suara Jaemin menghentikan perbuatan Hyunjin.
Fuh! Nasib baik Jaemin selamatkan aku. Kalau tak kantoi tadi. Tapi kejadian lain yang berlaku sekarang ni. Seperti biasa. Kolar baju Jaemin sudah selamat digenggam oleh Hyunjin.
Aku menghela nafasku. Hish! Tak habis habis bergaduh dua orang ini. Heejin menolak dengan kasar kerusinya. Dia melangkah pergi macam tu aje. Jaemin yang melihat itu terus kejar Heejin.
"Kau dah janji yang kau tak kan bergaduh lagi"
Hyunjin duduk ditempatnya semula. Dia cuma diam.
...
YOU ARE READING
Best Friend | HYUNJIN JAEMIN
Literatura Feminina"Kau kena ingat yang aku tak kan berhenti sampai bila bila!" "Kau jadi manusia, jangan jadi bodoh. Suatu hari nanti kau kena move on jugak" "Kau siapa nak atur hidup aku sial" "Haih! Asal kau bodoh sangat Ryn. Kenapalah kau pergi suka dengan lela...