Bab 14

234 1 0
                                    

Mereka tiba di sebuah banglo 2 tingkat yang besar dan kelihatan mewah di mata Alia. Ianya cukup besar dan rekaannya gabungan moden dan klasik. Banglo gabungan batuan dan kayuan yang sangat cantik. Arman mengeluarkan dua buah beg besar dari belakang keretanya. Dia senyum kepada Alia namun mata isterinya itu sedang ralit memerhati keadaan sekeliling rumah itu. Halaman rumah itu cukup luas dan menghijau. Beberapa batang pokok rhu,mekar di sepanjang tepi pagar tembok batu itu. Ruang meletak kereta cukup untuk memuatkan 3 buah kereta dan di hujungnya dimuatkan dengan sebuah motosikal biasa dan sebuah lagi motosikal berkuasa tinggi. Pastinya itu milik Arman. Arman mencuit bahu Alia. Alia menoleh. Arman senyum dan mengisyaratkan mereka masuk.

“Silakan. Inilah rumah abang. Rumah kita.” kata Arman sebaik melangkah masuk ke dalam rumah mewah itu. Mata Alia terpaku sekali lagi. Ruang tamu rumah ini cukup luas dan lapang bersama hiasan perabut yang minima. Ruang luas yang berlatarbelakangkan cermin berukiran tepi bunga timbul yang tertampal di sepanjang dinding. Cermin kaca yang mampu membuatkan ruang itu kelihatan lebih luas. Ruang yang memuatkan dua set sofa dan dua pasu besar gabungan bunga tulip dan daisy. Alia kagum. Ringkas tapi cantik.

“Yang ni ruang tamu. Sebelah dinding tu ruang santai dan tonton. Yang kat sana tu pulak ruang makan dan hujung tu dapur.” kata Arman mematikan ralit Alia. Alia berjalan perlahan bersama mata yang memerhati setiap sudut yang Arman sebutkan.

“Sorry,abang memang suka warna putih. Sebab tu set sofa,langsir,dinding semua berwarna putih. Abang rasa lapang. Tak serabut dengan banyak warna. Tengoklah,lantai marmar ni pun warna putih. Sorry kalau Lia tak suka.” Alia diam untuk penerangan itu walaupun dia sendiri merasa kagum melihatnya. Semuanya dari warna putih dan yang mengkontraskan adalah set meja makan dari warna hitam,cabinet dapur dari warna putih dan merah dan beberapa perhiasan rumah dari warna merah,hitam dan juga biru. Salah satu sudut ke ruang dapur, terdapat susunan deretan mug minuman dari pelbagai rupa,warna,saiz dan bentuk yang juga berlatarkan dinding putih. Mata Alia ralit di situ. Arman senyum.

“Ini hobi abang. Mug. Pantang nampak mug unik sikit,abang mesti beli. Don’t know why but I like it. So cute all of them.” Alia menoleh memandang suaminya dan tersenyum sekilas dan kembali ke ruang tonton yang memuatkan set sofa warna krim lembut. Mata Alia mati di dinding kiri dan kanan ruang itu. Beralih-alih matanya dari setiap rak yang tersusun berlapis itu. Rak batu yang tertampal di dinding warna putih mutiara. Susunan balang-balang kaca itu menarik perhatian Alia. Arman mendekatinya.

“All these nuts and dried fruits are eatable. My favourite snacks. Nampak macam botol perhiasan tapi isi kat dalam boleh dimakan. Nanti Lia makanlah ya?” Alia menoleh memandangnya sekilas dan matanya sekali lagi ralit melihat semua makanan kering itu. Ada pelbagai jenis kacang dan buahan kering di dalam balang kaca itu dan ada di antaranya yang Alia tidak kenal langsung. Arman senyum lagi.

“Mari abang tunjukkan part-part dalam rumah ni. Come.” Alia yang sedari tadi menyepi, hanya menuruti langkah Arman tanpa sepatah kata.

“Sebelah sana pantry room and dry kitchen dan sana tu laundry room. Mesin basuh ada dalam bilik air khas tu. Nak sidai baju kat sebelah luar,tapi ada peneduhnya. Taklah baju tu nanti direct kena panas matahari. Kalau hujan,boleh turunkan tabirnya.” kata Arman menerangkan. Alia diam memerhati.

“Okey,yang ni bilik tamu. Sebelah tu pun sama tapi yang tu abang jadikan bilik bacaan abang.” terang Arman lagi. Alia menjenguk ke dalam kedua-dua bilik tersebut. Ruang kerja Arman lengkap dengan rak buku,set meja tulis dan komputer riba. Juga sofa,kerusi rehat dan peti ais saiz sederhana. Bilik yang ditabiri juga dari warna serba putih.

“Mana master bedroom?” Setelah sekian lama,barulah Alia bersuara. Arman senyum dan berlalu ke tingkat atas. Alia hanya membontoti.

“Yang ni bilik kita. Abang harap cukup besar untuk kita berdua. Bilik wardrobe kat sebelah, Lia boleh cross guna pintu ni je. Boleh salin pakaian kat situ juga. Ada dua lagi bilik tamu kat sebelah sana.” kata Arman menerangkan. Bilik ini juga berwarna putih yang dilatari kertas dinding 3 dimensi corak geometrik warna putih mutiara. Katil utama adalah katil klasik yang mempunyai 4 tiang dari warna coklat gelap. Pada setiap tiang itu terpasang langsir dari warna putih. Set sofa dari warna krim gelap dan set meja solek dari warna coklat gelap. Tiada sebarang hiasan lain kecuali pembersih udara di sudut bilik dan pasu beraroma yang berukir cantik. Bilik ini sungguh wangi dan segar baunya. Alia berlalu ke balkoni yang luas,dan berteduh itu. Ada set kerusi rehat dan sebuah meja. Cukup selesa untuk bersantai.

DIA ADA CINTAWhere stories live. Discover now