Arman sedang tekun menghabiskan kerja-kerjanya di bilik bacaannya. Ketukan di pintu mengejutkannya. Dia berhenti menaip dan membenarkan Dina masuk. Gadis itu melangkah masuk dengan senyuman manisnya. Itulah yang mahal pada Dina. Dia sentiasa murah dengan senyumannya.
“Boleh saya ganggu sekejap?” soal Dina bersopan. Arman mengangguk sahaja. Dina mengambil tempatnya di hadapan Arman.
“Saya nak ucap terima kasih sebab bagi saya tumpang kat sini,makan kat sini. Terima kasih atas layanan baik awak pada saya.” kata Dina memulakan. Arman senyum.
“Tak ada apalah. Awak kan kawan saya. Kalau awak nak stay sini sampai bila-bila pun saya tak kesah. Tapi hujung bulan ni kena bayar sewa la.” sambut Arman dengan gurauannya.
“Yang tu kelakar.” jawab Dina bersama tawa kecilnya. Arman juga ikut tertawa kecil.
“Kelakar tak kelakar,nak duduk lama,kenalah bayar sewa. Ingat rumah besar macam ni boleh duduk free-free je ke? White House pulak tu.” balas Arman kembali. Dina ketawa lagi.
“Makan macam mana?” soal Dina semula. Arman pura-pura berfikir.
“Mm…awak beli beras je. Yang lain saya support. Kawan-kawan kan…” jawab Arman mesra. Dina ketawa dalam kerutan di matanya.
“Kenapa beras? Saya makan nasi banyak ya?” Arman menjawabnya dengan anggukan. Dina melepas tawa lagi. Arman juga.
“Boleh,tapi time masak nasi tu,tanak asing untuk saya. Kalau campur nanti tak tahu mana beras awak,mana pulak beras saya. Kan?” sambut Dina kembali. Arman ketawa lagi.
“Yang tu lagi kelakar.” Dan mereka sama-sama ketawa walaupun ketawa Dina jauh lebih riang berbanding Arman. Sememangnya lelaki itu tidak pernah ketawa besar.
“Awak dah lama kenal Lia?” Tiba-tiba Dina bertanya soalan itu dengan nada yang sedikit serius dan perlahan. Arman mengamati wajahnya.
“Awak tanya soalan yang awak dah tahu jawapannya,Dina.” jawab Arman tenang.
“Sorry,saya bukan nak menguji awak tapi manalah tahu kot-kot ceritanya bercanggah.”
“Saya rasa awak sorang je yang tahu fasal cerita ni dah cukuplah awak seorang je yang tahu.” balas Arman kembali. Dina mengangguk kecil.
“Dah nak masuk 23 tahun saya jadi kawan dia,belum pernah lagi saya mengumpat dia. Ni first time.” Arman ketawa kecil mendengar jawapan Dina. Dina juga.
“Saya sayang dia,hormat dia. Bukan saya orangnya kalau nak buka pekung dia.” kata Dina perlahan. Arman senyum. Dia tahu Dina seorang sahabat yang baik untuk isterinya itu.
“Saya minta maaf bagi pihak dia.” kata Dina lagi. Arman tersenyum kecil. Rasanya Dina sudah tahu atau lebih tepat dapat melihat dengan jelas apa yang sedang melanda rumahtangganya dengan Alia. Dina tidak buta,juga tidak pekak untuk melihat dan mendengar setiap masalahnya dengan Alia. Sememangnya ia jelas dan ketara.
“It’s okey,saya faham.” jawab Arman senada dengannya. Dina mendengus perlahan.
“Dia memang macam tu ke?” soal Arman. Dina berkerut.
“Macam mana?” soal Dina kembali.
“Pendiam. Temper.” Dina tersenyum mendengarnya. Dia menggeleng.
“Sebelum ni tak.” jawabnya ringkas. Arman diam. Menunggu dari Dina lagi.
“Dia peramah,especially dengan orang-orang tua. Kategori anak muda yang pandai berbahasa,pandai jaga hati orang tua. Sebab tu ramai acik yang nak buat menantu tu.” cerita Dina bersama senyumannya. Arman senyum.
“Dia suka menolong dan hormat orang lain. Kawan-kawan dia kat kampung mostly makcik-makcik, pakcik-pakcik dan budak-budak.. Rakan sebaya dia tak ramai pun. Ada saya dan sorang lagi kawan kami. Tu je. Bagi dia tak guna ada kawan ramai tapi menyakitkan hati. Lebih baik ada seorang je kawan baik tapi ikhlas dan saling menyayangi.”
“Lagi?” soal Arman ingin mengetahui lebih lanjut tentang peribadi isterinya.
“Dia jenis yang tak berapa sosial sangat. Suka duduk rumah. Kalau saya nak jumpa dia,saya yang kena pergi rumah dia. Sebab tu abah tu dah jadi abah saya. Dua beranak tu memang sempoi dan baik hati. I am glad to have them in my life.” jawab Dina sambil tersenyum.
“Saya bukan nak puji dia tapi dia memang budak baik. Abah dah didik dia dengan baik. Dia gadis yang bermaruah,berpendirian dan beriman. Tapi sejak kejadian tu dia berubah. Dia macam hilang kawalan,lost dan pendiam. Semua hal jadi sensitif pada dia. Dia rasa rendah diri dan kotor.” Arman terdiam dari dalam mendengarnya.
“Entahlah,nak salahkan dia pun tak boleh juga. Memang berat apa yang dia tanggung tu. Dia budak baik,bukannya bohsia dedah sana dedah sini,selak sana selak sini. Dia sopan dan in control. Kalau ketawa pun tak adanya nak terbahak-bahak sampai nampak anak tekak tu. Istilah gelak tahap mengilai dan menggamatkan dewan,tu bukan dia. Awak boleh agak kan dia anak dara yang macam mana?” soal Dina di hujungnya. Arman mengangguk perlahan.
“Tengoklah outfit dia,sopan dan bermuslimah. Tak macam saya ni. Terikut-ikut dengan dunia fesyen dan trend artis-astis kat TV tu. Kadang-kadang sampai lupa pada syariat bertudung. Main lipat,gulung dan lilit je. Tak sedar tudung saya tu tak tutup aurat pun. Sekadar tutup kepala je. Konon pakai kardigan boleh cover dada padahal semua tu silap. Nak tutup,tutuplah dengan sempurna. Ni tak,kadang-kadang pakaian saya ketat. Kadang-kadang terlebih singkat. Tak sedar cara tu silap. Hingga saya rasa,makin kita ikuti arus dunia fesyen,makin kita modern,makin kita lari dari syariat. Dari labuh pelan-pelan jadi singkat. Dari longgar pelan-pelan jadi ketat. Cuma saya bernasib baik sebab ada Alia yang selalu tegur saya. Ingatkan saya. Alhamdulillah pelan-pelan saya jadi muslimah yang patuh syariah.”
“Aamiin.” Sambut Arman sambil meraup mukanya. Dina mendengus tawa. Saat ini Alia baru sahaja mendengar perbualan mereka berdua. Langkahnya terhenti di sebalik pintu yang terbuka itu. Dia menelinga lagi.
“Saya tak tahu macam mana cara dia layan awak dan bercakap dengan awak,especially di belakang saya tapi dengan keadaan jiwa dan mental dia sekarang,saya rasa saya boleh agak. Cuma saya harap awak bersabar,berusaha dan doa banyak-banyak untuk dia. Saya percaya suatu hari nanti dia akan pulih dan masa tu awak akan jadi suami yang sangat bahagia di sisi seorang isteri seperti dia.” kata Dina menyudahkan bersama harapannya. Arman tersenyum dan mengangguk.
“Wow! Dah lama saya tak guna skill bahasa saya. Menjadi jugak kan?” sambung Dina semula dengan gurauannya. Arman ketawa.
“Mesti awak juara pidato dulu kan? Hebat.” puji Arman. Membulat mata Dina.
“Mana tahu ni? Ketara sangat ya?” soal Dina semula bagaikan mengakui bahawa telahan Arman itu benar. Arman ketawa kecil sambil mengangguk.
“Sabar ya? Itu bukan dia.” kata Dina bersama nada perlahan dan penuh pengertian di dalamnya. Arman mengamati wajah itu lalu mengangguk.
“Saya akan ‘tunggu’ dia.” jawab Arman penuh makna tersirat. Dina senyum mengerti.
“Ni duduk lama-lama kat sini,bila nak balik?” soal Arman menukar situasi antara mereka.
“Hey,jahat tau halau orang!”
Alia pegang dadanya. Senyuman kecil terukir di bibirnya namun ianya terasa kelat sekali. Dia tidak tahu apa yang harus difikirkan dan dirasakan saat ini. Dua orang yang sedang berbual itu adalah orang-orang yang dekat dengannya. Mereka adalah orang yang sangat memahaminya dan sentiasa bersabar dengannya. Alia tahu Dina menyayanginya dan sentiasa mahukan yang terbaik untuknya. Dina mahu dia bahagia. Dina mahu dia keluar dari semua ini dan teruskan hidup dengan gembira. Namun mampukah dia?
Hanya satu yang bermain di jiwanya saat ini,kenapa begitu mudah untuk Dina serasi dengan Arman sedangkan tidak dirinya. Mereka begitu mesra dan selesa bersama,tapi kenapa kemesraan itu tidak terjadi di antara dia dan suaminya itu. Dia bertanya pada diri sendiri, adakah dia yang bersalah dan menjauh dari Arman? Mungkin. Buktinya,lelaki itu sentiasa cuba mendekatinya dan mungkin juga menyayanginya.🍁Makasih sudi baca dan vote🍁
22 July 2022
💜cnc💜
YOU ARE READING
DIA ADA CINTA
General FictionNovel ini telah DITERBITKAN oleh Suara Hati Publication. Blurb: Seseorang telah memusnahkan seluruh jiwa raganya dan menghilang pergi tanpa bayangan. Tanpa berfikir baik buruknya, Alia mencari lelaki yang mampu menjadi galang gantinya. Dia bertemu d...