Bab 6

229 3 0
                                    

Wah,banyak betul buah rambutan dengan langsat ni,Haji. Tengok tu,buah kegemaran saya. Lebat betul.” kata Puan Mastura teruja apabila melihat buah manggis yang lebat di dahannya. Haji Mustafa ketawa kecil.

“Wah,bukan main teruja lagi ni. Macam tak pernah nampak pokok buah dah gayanya ni.” sambut Haji Mustafa dengan nada mesranya. Puan Mastura menoleh.

“Ishk,Haji malu saya.” sambut Puan Mastura bersama senyuman malunya. Haji Mustafa ketawa. Tangannya memetik buah rambutan dan dimasukkan ke dalam raga.

“Dah lama saya tak pergi kebun buah. Masa kecil-kecil dulu selalu la pergi kebun atuk. Ni yang teruja sangat ni. Saya suka makan buah tempatan. Sedap.” Haji Mustafa menghulurkan raga itu kepada Puan Mastura. Wanita itu menyambutnya.

“Takpa,takpa. Nanti saya kaitkan untuk Puan. Lepas tu makanlah puas-puas.” kata Haji Mustafa sambil mengambil galah untuk mengait buah manggis kegemaran wanita itu.

“Haji,tak payahlah panggil saya Puan lagi. Kita dah nak berbesan dah. Panggil je saya Mas. Lebih mesra dan dekat sikit rasanya.” sambut wanita itu sedikit tersipu. Haji Mustafa menoleh bersama senyumannya dan mengangguk kecil. Dadanya sedikit berbunga kerana panggilan itu sememangnya mampu mendekatkan hubungan mereka berdua. Puan Mastura mengutip buah yang jatuh dan dimasukkan ke dalam raga yang sama. Tiidak sabar,dia masih sempat mengopek dan makan di situ juga.

“Hai Ma,makan tak ingat nampak?” Tiba-tiba sayup-sayup suara anak lelakinya menyapa. Di sisinya ada Alia yang menemani bersama baju blaus lengan panjang dan seluar kaki lebar sebagai penghias tubuhnya. Tudung kapas likra menjadi pelengkapnya.

“Sedap Abang,manis.” sambut Puan Mastura sambil menghuluran sedikit buah manggis itu kepada anaknya. Lelaki itu segera mengangguk untuk keenakan buah itu.

“Langkah kanan nampaknya kita ni. Datang ngam-ngam musim buah. Bertuah Lia dapat abah rajin macam ni.” puji Arman jujur sambil melirik ke arah Alia.

“Ha’a,sejuk tangan Haji. Tanam apapun hidup segar bugar aje.”

“Alhamdulillah,rezeki anak.” kata Haji Mustafa sambil memandang Alia.

“Dija,pergi buat air. Kita minum petang kat bangsal tu hah.” arah Haji Mustafa lembut. Tanpa banyak soal,Alia terus mengangguk.

“Biar saya tolong ya?” Tiba-tiba Arman menawarkan diri untuk membantu,walaupun dia sendiri tidak pasti sama ada dia membantu Alia di dapur atau membantu mamanya agar dapat berbual berdua bersama bakal ayah mertuanya. Yang pasti dia terus membontoti langkah Alia balik semula ke rumah yang cuma selangkah dua dari kebun itu dan terus ke dapur bersamanya. Tanpa banyak bicara,Alia terus mengambil buah cempedak dari dalam peti sejuk dan diletakkan ke atas meja. Selepas itu dia terus membancuh adunan tepung untuk menggoreng cempedak itu. Arman bangun dari kerusi dan mengambil teko dari rak. Diisinya dengan air panas dan mula membancuh kopi O di dalamnya. Sepi.

“Kenapa awak bagitahu abah yang kita baru kenal? Nanti apa abah dan mama awak fikir. Gelojoh.” tiba-tiba Alia bersuara memecah kesunyian. Arman menoleh.

“Awak pun sama,bagi jawapan gelojoh juga.” balas Arman cuba bergurau.

“Kalau awak tak gelojoh,saya tak gelojoh la.” kata Alia sedikit kuat. Dia mula memasukkan cempedak itu ke dalam minyak yang sudahpun panas.

“Habis tu awak nak saya menipu? Saya tak suka memulakan sebuah hubungan dengan penipuan. Cukuplah dengan apa yang kita dah rahsiakan. Jangan tambah lagi.” sambut Arman pula dengan nada yang sedikit serius. Alia memandangnya.

“Habis tu awak tak menipu?” Arman menoleh lalu menggeleng. Alia berkerut tidak faham.

“Sumpah saya tak tipu. Dah,tak payah tanya lagi.” kata Arman menyudahkan. Alia diam dan terus menggoreng cempedak itu sehingga selesai. Air kopi juga sudah Arman siapkan di dalam dulang. Alia ke meja mahu mengambil dulang tersebut.

“Takpa,yang ni biar saya bawa.” kata Arman sambil mengangkat dulang itu bersamanya. Alia diam dan akur. Mereka ke kebun buah di belakang rumah Alia. Ternyata abahnya dan mama Arman sudahpun berada di bangsal itu. Berbual dengan mesranya. Tiba sahaja hidangan itu di hadapannya,Puan Mastura terus menjamahnya tanpa dipelawa.

“Hmm...ni baru betul cempedak goreng. Rangup di luar lembut di dalam. Sedap. Cuba abang rasa.” katanya memuji sambil menyuapkan sedikit gorengan itu ke mulut Arman. Tanpa ragu Arman terus mengangguk mengakui keenakannya.

“Cempedak,nangka dan pisang semua tu abah yang tanam sendiri. Yang jadi sedap sebab abah yang tanam,bukan sebab Lia yang goreng.” kata Alia merendah diri.

“Kalau tak pandai goreng,yang sedap pun jadi tak sedap. Tak lembik,keras jadinya. Tak gitu Abang?” Arman mengangguk untuk kata-kata mamanya.

“Lia pandai goreng apa lagi?” usik Arman bersama senyuman nakalnya. Alia melirik abahnya,Puan Mastura dan berakhir di wajah Arman.

“Jangan saya goreng awak,dah la.” kata Alia perlahan lalu terus tunduk. Arman senyum.

“Hmm,dah jadi suami besok,Lia nak goreng ke,salai ke,kukus ke,suka hati Lia la. Janji Lia puas,tak gitu Abang?” usik Puan Mastura pula. Alia terus tertunduk malu untuk gurauan penuh makna tersirat itu.

“Auntie ni...” kata Alia perlahan malu-malu. Mereka semua melepas tawa.

Solat fardu Maghrib diimamkan oleh Haji Mustafa. Bersama kemerduan suaranya dan kesempurnaan bacaannya,cukup untuk menyentuh hati Puan Mastura. Wanita itu terasa sayu kerana ianya mengingatkannya kepada arwah suaminya. Sungguh,lelaki ini begitu mirip sikap lakunya dengan arwah suaminya. Usai solat berjemaah bersama,mereka menikmati makan malam pula. Senyuman Puan Mastura melebar saat melihat hidangan yang pelbagai di atas meja makan. Ada ulaman segar,sambal belacan,ikan bakar air asam,gulai ikan tenggiri dan sotong sambal bakar. Kecur air liurnya.

“Sedap Lia masak. Siapa yang ajar Lia?” puji Puan Mastura mesra.

“Abah.” jawab Alia ringkas. Haji Mustafa senyum.

“Saya ni besarkan anak sorang-sorang,Mas. Lainlah kalau ada ibunya. Jadi saya ajar apa yang saya tahu je. Yang penting dia tahu asas memasak. Selebihnya,pandai-pandai dialah nak explore sendiri.” jawab Haji Mustafa merendah diri. Puan Mastura senyum mengerti.

“Apa masakan abah yang Lia suka?” soalnya kepada Alia.

“Gulai lemak udang galah. Sedap.” jawab Alia lembut. Dari wajah Alia,mata Puan Mastura beralih kepada lelaki yang berada di hadapannya.

“Kalau macam tu,nanti bila-bila Haji masakkan untuk saya ya?” katanya sedikit teruja. Arman yang berada di sisi mamanya langsung menoleh dengan wajah yang keliru. Sesaat dua pandangannya beralih kepada Alia pula dan mereka saling berpandangan dengan kekeliruan.

“Insya-Allah ada jodoh,saya masakkan.” Jawapan Haji Arifin menambahkan lagi kekeliruan mereka berdua. Mereka tahu ada sesuatu yang sedang berlaku namun mereka tidak mahu memikirkannya. Yang utama sekarang ini adalah tentang hubungan mereka berdua,bukannya hubungan orang tua mereka berdua. Alia tunduk,tidak mahu berkata apa-apa lagi. Dia lebih risaukan majlis yang bakal berlangsung nanti. Rasanya seperti dia tidak bersedia dan takut untuk meneruskan. Namun dia juga tiada pilihan. Mahu tidak mahu,dia harus teruskan demi menjaga maruahnya sendiri.

“Mama,lepas ni kita bincang fasal majlis tu nanti ya? Dah bagitahu semua family suruh datang kan?” Alia mendongak memandang Arman. Dia tahu lelaki itu mengerti.

“Dah,semua dah settle la,Abang. Jangan risau.” Jawapan mamanya melegakan hati Arman. Dia memandang Alia dan mengangguk kecil. Alia juga. Faham.

-cnc-

DIA ADA CINTAWhere stories live. Discover now