Bab 7

241 3 0
                                    

Alia mengenakan kurung moden dari material mewah yang diberikan Arman semasa pertemuan mereka hari itu. Kurung moden warna biru laut itu cukup cantik dan disempurnakan kerudung warna sedondon. Majlis ini diadakan di sebuah hotel yang tidak jauh dari kampung Alia untuk memudahkan kedua-dua pihak. Semua ahli keluarga dari kedua-dua buah keluarga berkumpul di sana. Alia menatap wajahnya di cermin. Rasa ragu, sedih dan pilu menyelubungi hatinya. Dia tidak tahu apa yang sebenarnya yang dia rasa. Sepertinya dirinya tidak layak untuk dirisik atau menjadi tunangan orang.

“Dija,dah siap? Jom keluar. Semua orang dah tunggu tu.” Alia menoleh.

“Dah sudah?” soalnya aneh. Sepupunya Zana tersenyum.

“Ya,dah sudah. Semua adat istiadat pantun-pantun madah pujangga semua tu dah settle. Tinggal lagi nak sarung cincin aje. Jomlah keluar.” Alia menarik nafasnya yang penuh dengan debaran. Dia bangun dan membetulkan bajunya sambil menatap wajahnya di cermin. Dia menghembuskan nafasnya dan berjalan keluar diiringi Zana. Satu tempat khas telah tersedia untuknya. Tanpa memandang sesiapa,Alia tunduk menahan debaran. Tidak lama, Puan Mastura duduk di sisinya lalu mengangkat dagunya agar mereka bertentang mata. Alia mengukir senyum. Puas Mastura mengeluarkan seutas rantai tangan emas dan dipakaikan di pergelangan tangan Alia sebagai tanda merisik,sebelum menyarungkan cincin bertatahkan 3 butir berlian di atasnya ke jari manis Alia sebagai tanda bertunang. Jauh di sudut hati Alia,dia merasa terharu dengan layanan dari keluarga Arman. Dia tahu dia tidak layak untuk semua ini tetapi itulah yang dia dapat. Senyumannya terasa kelat sekali.
Selepas itu,diadakan sesi bergambar seisi keluarga sebelum Arman muncul di sisinya untuk mereka berdua merakam kenangan di hari pertunangan bersama. Arman yang segak dengan baju Melayu sedondon Alia,kelihatan gembira bersama senyumannya.

“Perlu ke kita buat majlis besar macam ni? Saya malu tahu tak?” bisik Alia perlahan bersama senyuman paksanya untuk jurufoto di hadapan mereka. Arman juga senyum.

“Kenapa nak malu? Awak bukannya tak pakai baju. Saya tengok elok aje. Lagipun tak ada siapapun kat sini yang kenal awak. Saya sendiri pun baru aje kenal awak.” jawab Arman senada dengannya. Mereka senyum lagi untuk gambar kenangan mereka.

“Saya tak layak untuk semua ni.”

“Tu biar saya yang tentukan untuk awak.” kata Arman semula.

“Tapi saya...”

“Tak ada siapapun yang tahu apa yang berlaku dalam kain kita. Jadi kenapa kita nak bersikap macam kita nak bagitahu semua orang apa yang sedang melanda dalam kain kita tu? Rahsia kita,biar kita je yang simpan.” pintas Arman bersama senyumannya. Alia terdiam. Fikirannya kembali kepada waktu makan tengah hari 2 hari lepas. Kepada soalan yang ditujukan untuk Arman dari abahnya. Ketika itu Arman hanya senyum sambil meliriknya.

“Maaflah abah tapi Man memang jatuh cinta pandang pertama dengan Lia. Memang kami baru kenal tak sampai seminggu,tapi Man yakin dialah orangnya yang Man cari selama ni. So,benda baik tak elok tangguh lama-lama. Lia pun setuju. Jadi...” kata-kata Arman berakhir di situ. Abah Alia tersenyum. Mamanya juga.

“Cepat pulak anak abah ni setuju ya? Ini dah jatuh cinta pandang ke berapa ni?” Usikan abahnya buat Alia tertunduk malu. Malu kerana dia merasa seperti disindir.

“Senyap pulak dia. Jawablah,abah tanya ni.” Alia mendongak memandang abahnya yang berada di sisinya sebelum beralih kepada Puan Mastura dan Arman. Dia rasa dia perlu menjawabnya sama ada ianya jawapan jujur atau sebaliknya. Dia memandang Arman semula.

“Rasanya Dija jatuh cinta katagori tak sempat nak pandang abah. Jumpa aje terus suka. Chemistry tu kuat. Sebab tu bila Arman melamar,Dija tak fikir panjang. Dija terus setuju. Dija tahu Arman lelaki yang baik.” jawab Alia perlahan tetapi jelas. Arman tidak senyum, hanya menatap mata Alia,mentafsir setiap kata-katanya.

“Mana Alia tahu Arman baik?” Soalan dari Puan Mastura buat Alia terus memandang Arman. Keadaan menyepi seketika. Alia mencari-cari kejujuran dari hatinya.

“Seorang lelaki yang baik akan meminta tangan seorang gadis dengan cara yang baik. Akan bersedia menerima keburukan dan kelemahannya. Masa bukan penentu,auntie. Kalau sudah bertahun pun bercinta,tapi kalau niat tu tak ikhlas,hubungan kita tak akan ke mana. Arman lain. Dia sudi kahwin dengan Lia walaupun dia tak kenal Lia sepenuhnya. Mungkin itu yang tak ada pada lelaki lain. Lia yakin dia seorang lelaki yang baik.” Jawapan Alia buat suasana menyepi. Abahnya mengangguk perlahan. Dia faham. Begitu juga dengan Puan Mastura. Alia tunduk menahan rasa. Wajah ‘lelaki itu’ muncul di hadapan matanya. Jiwanya hancur. Dia kembali memandang Arman dan lelaki itu tersenyum kecil untuknya. Entah kenapa,Alia berlaku jujur dalam memberikan jawapan.

“Hai Lia!” Sapaan mesra dari Dina telah mematikan lamunan Alia. Senyumannya terukir untuk sahabat baiknya itu. Mereka berpelukan.

“Tahniah. Finally kau kahwin awal juga ya? Handsome pulak tu. Mana kau dapat hah?” usikan Dina membuat Alia menoleh memandang Arman di sisinya. Lelaki itu senyum.

“Kau ingat ikan kat pasar ke boleh dapat macam tu je? Cakap main lepas je dia ni tau. Tapis sikit. Orang ramai ni tau tak? Kang ada juga yang merasa sup lidah kau tu.” tegur Alia serius. Dina hanya tersengeh malu memandang Arman.

“Awak,ini kawan baik saya. Nur Medina. Kenalkan ini tunang aku,Arman Zafrie.”

“Medina. Sedap nama tu.” sapa Arman dengan pujiannya. Medina tersengeh lagi.

“Orangnya pun sedap dipandang juga kan?” sambut Medina bergurau. Arman mendengus tawa. Alia hanya menggeleng.

“Abang,marilah kita balik. Lambat bertolak lambat sampai?” sapa mamanya.

“Ipoh-KL bukannya jauh mana pun mama. Nak datang sini hari-hari pun boleh.” Puan Mastura menggeleng kecil mendengar jawapan anak sulungnya itu. Alia menyalami Puan Mastura dan membontoti langkah Arman ke kereta. Arman menatap wajah Alia.

“Awak nak balik KL bila? Nak saya datang ambil?” soal Arman lembut.

“Lusa. Saya balik dengan Dina.” jawab Alia perlahan.

“Okey,jangan lupa hari Selasa nanti kita ada blood test and the next day,kita kena pergi kursus perkahwinan. Hujung minggu tu kita pergi shopping barang hantaran perkahwinan kita. Nanti saya datang ambil awak kat rumah. Send me your location.” Alia hanya mengangguk walaupun dia tidak tahu di mana harus mencari duit untuk membeli semua barangan hantaran perkahwinan itu. Ikutkan hati,mahu saja dia terus bernikah tanpa perlu mengadakan semua majlis dan persiapan perkahwinan besar-besaran ini. Tambah lagi,hatinya bukan di situ. Perkahwinan ini terasa tawar di hatinya namun ianya harus diteruskan demi kelangsungan hidup,maruah dan masa depannya.

“Saya balik dulu. Awak jaga diri baik-baik. Ada apa-apa,call saya.” Sekali lagi Alia mengangguk perlahan. Arman senyum dan berlalu mendapatkan Haji Mustafa lalu menyalaminya. Tidak lama,kelibat mereka hilang dari pandangan. Alia lega kerana semuanya telah berakhir. Malam ini dia dan abahnya juga akan pulang ke rumah mereka.

“Kau okey Lia?” soal Dina sambil mengelus bahu Alia. Tanpa menoleh Alia mengangguk perlahan. Dina berlalu ke hadapan Alia. Ditatapnya wajah Alia lama-lama.

“Bukan ke sepatutnya kau geleng? Kenapa kau angguk?” soal Dina serius.

“Kenapa kau rasa aku perlu geleng?” Dina mendengus perlahan sambil berpeluk tubuh.

“Kau buat aku ni macam baru kenal kau pagi tadi je. Kita ni kawan sejak kecil lagi tau? What do you expect? Yang aku tak boleh nak ‘baca’ kau?” Alia berlalu dan duduk di sebuah bangku sambil tunduk menatap dua bentuk cincin di jarinya. Dina ikut duduk di sisinya.

“Siapa Arman?”

-cnc-

DIA ADA CINTAWhere stories live. Discover now