Tawa kecil Irfan bergema di muka pintu bilik Arman. Masuk bersama beberapa fail di tangannya dan tanpa dipelawa dia terus duduk di hadapan Arman.
“Hei,Mister Shuben. Baru semalam bersanding,hari ni dah masuk ofis? Rajin.” katanya bersama senyuman lebarnya. Fail-fail itu masih diribanya.
“Tak payah nak acah-acah usik macam tulah. Tu style lama. Dah lapuk.” balas Arman selamba. Dia sudah tahu isi kepala sahabat baiknya itu. Senyuman mengusik itu sudah lali di matanya. Irfan terus senyum dalam usaha menahan tawanya.
“Kau dah lupa ke yang aku kena sign banyak document hari ni? Takkan sebab aku cuti kahwin,semua projek pun cuti jugak? Nanti satu ofis ni makan nasi kosong.” kata Arman menerangkan. Irfan berhenti senyum.
“Sorry,aku lupa. Aku juga yang minta kau datang. Sorry Boss.” kata Irfan membetulkan silapnya semula. Ya,Arman di pejabat pagi ini juga kerananya.
“Aku tengok kau happy betul semalam,tapi di sebalik happy kau tu,terselit satu kedukaan yang cuba kau sembunyikan.” kata Irfan sedikit serius bersama pandangan matanya untuk seraut wajah bersih Arman. Arman merenungnya.
“Aku tau kau peramal yang baik,tapi ini bukan masanya untuk aku bazirkan masa bercerita kat kau. Nanti aku ada masa,aku cerita. Itupun kalau aku rasa aku perlu cerita atau ada mood untuk cerita. Sekian.” jawab Arman bertegas.
“Now,bak sini documents tu. Kata penting sangat?” arah Arman sambil mengisyaratkan agar fail-fail itu diserahkan kepadanya. Irfan bangun sedikit untuk memberikan fail-fail itu kepadanya sebelum duduk semula. Ditatapnya wajah Arman yang sedang serius membaca butiran dari fail yang dibaca.
“How was your first night?” soal Irfan bagai mahu memulakan semula. Arman mendongak memandangnya sesaat dua bersama renungan seriusnya.
“Not yet. Maybe not.” jawab Arman ringkas tanpa senyuman. Lebih baik dia menjawabnya sahaja daripada terpaksa bersoal jawab lebih lanjut lagi dengan Irfan. Dia malas dan tiada mood untuk berbicara soal itu dengan Irfan.
“What?” Soalan yang terpacul dengan nada terkejut itu,cukup untuk menarik perhatian Arman buat sesaat dua. Dia pandang Irfan dengan pandangan bosan.
“Bagi aku ruang untuk focus boleh tak?” soal Arman serius. Irfan angkat kedua-dua tangannya tanda mengerti dan akan berhenti bertanya soal itu lagi. Membiarkan Arman meneruskan kerjanya bersama fokusnya itu.
“Sara mana? Dah lama aku tak nampak dia.” soal Arman setelah beberapa ketika. Itupun bersama mata yang melekap pada butiran fail di hadapannya.
“Sejak bila kau tak nampak dia?” soal Irfan semula. Arman memandang Irfan. Matanya bagai mencari jawapan untuk soalan itu.
“Sejak aku edarkan kad kahwin.” jawabnya perlahan sedikit ragu. Irfan senyum.
“That’s the answer.” Jawapan Irfan telah mematikan pandangan Arman terhadapnya. Mata menawan itu melekap di wajah Irfan bersama kesepian dari bibirnya.
“Tak ada apalah. Dia busy handle projek kat Sepang. Tapi biasalah,jiwa kacau la tu. Tiba-tiba je dari kita bertiga ni kahwin. Kau pulak tu. Mana tak sengsaranya. Kalau aku pun tersungkur.” Kata-kata Irfan bagaikan cuba memujuknya juga cuba menyalahkannya. Namun tidak juga walau sepatah kata terbit dari bibirnya untuk pujukan dan tudingan itu. Irfan mendengus perlahan sambil tersenyum.
“Dahlah,tak payah fikir apa-apa. Yang penting sekarang wife kau dan rumahtangga kau. Focus pada syurga neraka kau tu aje.” kata Irfan menyudahkan. Benar,apa yang penting sekarang adalah Alia dan rumahtangga mereka yang terbina tidak sampaipun 2 hari itu. Arman mengosongkan fikirannya dan mula menyemak dokumen di atas mejanya semula. Setelah selesai,dia langsung menyerahkan kepada setiausahanya,Haiza untuk diserahkan kepada Irfan semula. Keluar sahaja dari ruangan pejabat Haiza,dia terserempak dengan Sara.
“Eh,Arman. Datang ofis juga? Masih cuti kan?” sapa wanita itu sedikit terkejut.
“Datang sekejap je. Ada a few documents nak kena check dan sign.” jawab Arman bersama pandangan mata yang langsung tidak dialihkan dari menatap wajah Sara.
“Bila masuk ofis balik?” soal wanita itu lagi bersama riak janggalnya.
“Isnin depan.” jawab Arman ringkas. Sara senyum dan tunduk seketika. Dia merasa serba salah dengan renungan Arman terhadapnya. Lelaki itu pula sekadar menunggu untuk soalan seterusnya tanpa bertanya semula.
“Tak pergi honeymoon ke?” soal Sara memberanikan diri. Arman diam seketika namun renungannya tetap ke wajah Sara yang menantikan sebuah jawapan.
“Maybe not. I mean not now.” jawab Arman perlahan tanpa senyuman. Ya,sehingga saat ini,senyuman yang biasa menghiasi wajah lelaki itu masih tidak muncul untuk menjadi halwa mata Sara pagi ini. Sedikit sebanyak,Sara hampa.
“I got to go now. See you next week.” kata Arman menyudahkan. Sara mengangguk dan memberikan laluan untuk Arman berlalu dari situ. Dia terus masuk ke biliknya. Dia harus duduk kerana dia sudah tidak kuat untuk berdiri. Arman hari ini bukan Arman yang dia tahu dan mahu selama ini. Dia merasa perbezaannya dan itu buat dia takut.
Arman menjemput Alia di muka pintu rumah. Isterinya itu sudah siap dengan pakaian sopannya. Bersama maksi labuh biru laut berbunga sempadan,jubah moden itu dilengkapi selendang polos biru malam yang dililit labuh menutupi paras dada dan belakangnya. Solekannya sederhana bersama haruman yang minima sahaja. Tanpa sepatah kata,Alia menuruti langkah Arman ke kereta dan mereka memulakan perjalanan bersama kesunyian.
“Lia dah lapar ke? Nak pergi makan dulu?” soal Arman lembut sebaik mereka melangkah masuk ke pusat membeli belah itu. Alia menggeleng. Arman senyum.
“Kita shopping dulu ya? Kat sini banyak butik pakaian muslimah,beg,kasut. Complete.” Alia diam dan menurut sahaja. Arman membelikannya beberapa pasang pakaian,tudung,beg tangan,kasut dan barangan perhiasan,termasuklah tuala mandi,pakaian harian dan pakaian intim Alia. Semua dibelinya. Alia hanya menurut tanpa banyak bicara.
“Jom kita pergi makan. Lewat nanti masuk angin.” kata Arman setelah usai semuanya. Sekali lagi tanpa senyuman Alia menurut.
“Lia tunggu sini sekejap ya? Abang nak pergi drugstore depan tu.” kata Arman setelah mengambil pesanan makanan mereka berdua. Alia mengangguk. Hampir 20 minit kemudian, Arman muncul semula bersama beg kertas besar di tangannya.
“Ini untuk Lia. Abang pergi toilet kejap.” katanya sambil menghulurkan beg itu kepada Alia. Alia menyambutnya tanpa sepatah kata. Setelah Arman berlalu,dia menjenguk ke dalam beg kertas itu dan ianya cukup untuk buat dia terkejut. Kesemuanya adalah barangan keperluannya seperti losyen badannya,ubat giginya,berus giginya,salap bibir,floss gigi, petroleum jeli,deodorannya, wangian semburan badannya dan shampunya. Semuanya dari jenama yang dia gunakan. Arman tahu dan peka tentang itu walaupun mereka baru sahaja hidup bersama tak sampaipun sehari semalam. Kesemua barangan itu hampir habis dan Arman telah membelikan yang baru untuknya. Alia memejamkan matanya. Cuba mengusir rasa terharu untuk apa yang Arman buat untuknya. Tidak. Bukan ini yang dia mahukan dari Arman. Ini tidak memberi apa-apa makna dan itu yang cuba diterapkan di benaknya.
“Hai,menung apa? Abang salah beli barang ke?” sapaan Arman buat Alia tersedar dari dunianya. Perlahan dia mendongak dan menggeleng untuk soalan Arman.
“Dalam tu ada suppliments juga. Jangan lupa makan. Bagi sihat,cergas dan cantik.” tambah Arman lagi. Alia melihat ke dalam beg besar itu. Ya,botol-botol makanan tambahan itu ada di situ. Alia memandang Arman dan mengangguk perlahan namun tetap tanpa senyuman.
-cnc-
YOU ARE READING
DIA ADA CINTA
قصص عامةNovel ini telah DITERBITKAN oleh Suara Hati Publication. Blurb: Seseorang telah memusnahkan seluruh jiwa raganya dan menghilang pergi tanpa bayangan. Tanpa berfikir baik buruknya, Alia mencari lelaki yang mampu menjadi galang gantinya. Dia bertemu d...