"Assalamualaikum. Hai,Arman. Ingat saya lagi tak?” Sapaan mesra itu disambut Arman dengan senyumannya.
“Nur Medina Adawiyah. Siapa boleh lupa.” sambut Arman mesra. Dina ketawa.
“Jemput masuk. Duduklah.” kata Arman mempersilakan gadis berkulit kuning langsat itu masuk ke dalam rumahnya dan berlalu ke ruang tamu utama. Melilau mata Dina melihat keseluruhan ruang itu. Dia mengangguk-angguk kagum.
“Cantik betul rumah ni. Lapang mata saya. Rasa luas macam kat padang Mahsyar je. Ini baru betul White House.” Arman ketawa mendengarnya.
“Hai,macam pernah pergi kat padang Mahsyar je? Best tak kat sana?” soal Arman kembali. Dina melepas tawanya. Arman juga.
“Yang tu kelakar.” jawab Dina sambil menggoyang-goyangkan telunjuknya ke arah Arman. Mereka melepas tawa lagi.
“Err,Lia mana?”
“Lia ada kat bilik. Tengah rest kot.” Dina terdiam seketika mendengar jawapan Arman. Diliriknya apron yang terlilit di tubuh Arman yang masih lagi memakai persalinan pejabatnya. Lengan kemeja biru gelap itu telah disingsing ke paras siku. Kaki seluar slacknya juga telah disingsing ke paras atas buku lali. Ini yang Dina tidak mengerti saat ini.
“Awak tahu kan yang saya nak datang? Lia ada bagitahu awak tak?” soal Dina perlahan. Arman diam tanpa jawapan. Dipandang sahaja wajah Dina. Dina terdiam.
“Hei,it’s okay la. Dia tak perlu minta izin saya pun. Awak kan kawan baik dia? Datang je bila-bila yang awak nak. White House saya ni selalu bersedia untuk awak.” kata Arman dengan nada mesranya. Itu memastikan lagi tekaan Dina. Memang Alia tidak memberitahu Arman akan kedatangan Dina ke rumah mereka,jauh sekali untuk meminta izin lelaki itu.
“Maaflah kalau saya mengganggu. Saya dah suruh dia bagitahu awak dulu. Minta izin awak. Kalau awak tak bagi,saya tak datang. Tapi dia…”
“Jangan cakap macam tu. Kita kan kawan? Rumah saya rumah awak jugak.” pintas Arman cuba mengusir rasa serba salah Dina terhadap situasi itu. Dina tersenyum kelat.
“Sekejap saya panggilkan Lia.” Dina hanya mengangguk. Arman terus ke tingkat atas. Terdengar suara Arman memanggil Alia dengan ketukan di pintu biliknya.
“Awak nak apa? Tak boleh ke kalau tak ganggu saya?” Terkejut Dina mendengar kelantangan suara Alia. Walaupun rumah ini besar,namun Dina masih mampu mendengar tona suara sahabatnya itu dengan jelas.
“Dina. Dah sampai. Ada kat bawah.” Namun jawapan Arman yang sayup-sayup kedengaran di telinganya itu buat Dina lebih terkejut. Tona itu jauh lebih perlahan. Kenapa begitu? Tidak lama,muncul mereka berdua di hadapan Dina. Mereka bertegur sapa dan berpelukan. Alia kelihatan gembira dengan kehadiran Dina di situ.
“Eh,both of you boraklah dulu ya? Saya nak masak makan malam. Lia bawalah Dina naik atas. Mandi,rehat dulu. Mesti dia penat jalan jauh.” kata Arman bersopan. Dina hanya mampu mengangguk dan membontoti langkah Alia naik ke biliknya. Setelah membuka tudungnya, Dina duduk di atas katil bersebelahan dengan Alia.
“Arman masak makan malam? Seriously?” soal Dina kehairanan.
“Biarlah. Dia kan suami?” jawapan Alia buat Dina tersentak dari dalam. Dia tidak suka dengan jawapan itu. Jawapan itu kedengaran tidak logik di telinga Dina.
“Habis tu,isteri buat apa?” Soalbalas Dina dengan sedikit nada sindiran yang tegas itu buat Alia terdiam dan persoalan itu terbiar begitu sahaja.
Selepas soloat Maghrib,mereka turun ke tingkat bawah. Semuanya sudah tersedia di atas meja makan. Ada 3 jenis lauk,buah dan sayur. Dina melirik kepada Alia namun sahabatnya itu buat muka bersahaja,bagai tiada apa yang perlu disegankan.
“Jemput makan Dina. Sorry,masakan simple je.” Dina tersenyum dan melirik ketam masak lemak cili api,beralih kepada sayur campur kacau goreng,udang masak sambal petai,dan ikan goreng sumbat di atas meja makan. Dina tersenyum kelat. Untuk seorang lelaki berjawatan tinggi yang baru pulang dari pejabat,semua masakan itu bukanlah masakan ‘simple’ bagi Dina. Dia seorang Pengarah Urusan syarikat dan dalam kesibukannya,ini yang dimasaknya? Dina kagum sendiri namun hatinya tersinggung untuk sebab yang pasti.
“Hmm…sedap sangat,Arman. Lain macam air tangan orang lelaki ni. Tambah pulak dimasak oleh Managing Director syarikat. Inilah kali pertama saya makan masakan seorang lelaki yang bernama suami,walaupun bukan suami saya sendiri.” puji Dina bersama sindiran mendalam sambil melirik ke wajah Alia. Alia tunduk sahaja.
“Kalau kau nak dia,kau ambillah.” Dan jawapan dari Alia buat Arman tersentak. Dina melirik sedikit ke arah Arman yang diam itu. Wajahnya kelihatan tenang namun Dina tahu ayat itu telah mengguris hati lelakinya.
“Masalahnya dia nak kau,bukan aku.” balas Dina sedikit tegas.
“Err,saya dah kenyang. You guys continue la. Saya ada kerja nak buat. Sorry ya? Dina kalau nak apa-apa,jangan segan-segan. Ini kan rumah Dina juga?” kata Arman bagai memintas perbualan dua sahabat itu. Dia tidak mahu mendengar apa-apa lagi yang mungkin mencetus rasa terkilan di hatinya. Dina hanya mampu mengangguk dan mengiringi langkah Arman ke dapur dengan ekor matanya. Dari dapur,Arman langsung ke bilik bacaannya membawa segelas kopi panas bersamanya. Memang benar,Arman sibuk. Dia terpaksa membawa kerja-kerja pejabatnya ke rumah. Dina dan Alia menghabiskan makan malam mereka bersama kesunyian. Hati Dina panas melihat senario di dalam rumah ini. Ada yang tidak kena di matanya. Namun bukan sekarang untuk dia tanyakan.
Selepas makan malam,mereka berdua menghabiskan masa menonton televisyen di ruang tonton. Juga bersama situasi tanpa perbualan mesra seperti kebiasaannya mereka. Alia sendiri merasa canggung namun dia tidak mahu memikirkan apa-apa. Biarlah apa yang Dina mahu fikir,dia tidak mahu peduli. Kalaupun Dina tahu akan kedinginan hubungannya dengan Arman,dia juga tidak kesah. Tiada apa yang perlu dia takut dan risaukan. Memang begitu hubungan mereka berdua. Itulah hakikatnya. Setelah tamat drama bersiri kegemarannya,Dina mengajak Alia naik ke bilik. Dia sudah penat dan mahu berehat. Dari anak tangga,Dina berhenti seketika sebelum berlalu ke bilik bacaan Arman. Diketuk perlahan pintu itu. Setelah dibenarkan masuk,Dina menjenguk ke dalam bilik itu. Ternyata lelaki itu sedang tekun bekerja di mejanya. Arman menyapanya dengan senyumannya.
“Maaf ganggu. Saya nak tidur dah. Saya naik dulu ya?” sapa Dina bersopan.
“Dina perlukan apa-apa lagi tak? Comforter semua dah ada kan?” Dina mengangguk.
“Kalau macam tu okeylah. Good night Dina. Sleep well.” ucap Arman mesra. Dina membalasnya dengan senyuman lebarnya sebelum berlalu. Alia yang menunggu di anak tangga terus berlalu ke biliknya tanpa menyapa suaminya terlebih dahulu. Dina hanya menggeleng. Dia masuk dan duduk di sisi Alia.
“Besar rumah kau ni babe. Kau tak pakai orang gaji ke?” soal Dina ingin tahu.
“Tak perlu. Aku kan ada?” jawab Alia sedikit hambar.
“Kau ke dia?” sindir Dina kembali. Sepi seketika. Alia tunduk lalu mendengus perlahan.
“Samalah tu. Suami isteri kena bekerjasama. Namapun kahwin kan? Share hidup bersama.” jawab Alia tanpa menoleh memandang Dina. Dina merenungnya.
“Bekerjasama ke? Aku tak nampak pun.” Soalan itu terbiar sepi apabila Alia keluar dari bilik. Namun tidak lama selepas itu,Alia masuk semula usai mencuci mukanya.
“Eh,kau buat apa kat sini? Nak tidur sini ke?” soal Dina keanehan. Alia mengangguk.
“Aku nak tidur. Aku mengantuk. Good night Dina.” jawab Alia lalu terus berbaring dan menarik gebarnya membelakangi Dina. Dina ternganga tidak percaya.
“Jadi inilah namanya perkahwinan dan share hidup bersama?” soal Dina setelah menyepi seketika. Alia pura-pura tidak mendengarnya. Sepi.
“Well done,babe.”
#diaadacinta
#armanalia
#adamalia🌷byCNC🌷
21 Feb 2022Jemput baca, follow dan like yer dear. Tqsm 4 ur support. ☺🙏
YOU ARE READING
DIA ADA CINTA
General FictionNovel ini telah DITERBITKAN oleh Suara Hati Publication. Blurb: Seseorang telah memusnahkan seluruh jiwa raganya dan menghilang pergi tanpa bayangan. Tanpa berfikir baik buruknya, Alia mencari lelaki yang mampu menjadi galang gantinya. Dia bertemu d...