Bab 16

216 1 0
                                    

Hari ini Arman sudah mula bekerja. Apabila dia bangun untuk mandi,kelihatannya Alia sudahpun usai mandi dan apabila dia usai mandi,Alia sudahpun selesai solat Subuh. Arman terkilan kerana sudah 2 minggu mereka berkahwin, mereka tidak pernah solat berjemaah berdua. Entah kenapa Alia cuba mengelak dari menjadi makmumnya. Sesudah solat,Alia terus keluar dari bilik. Sepatahpun tidak ditegurnya Arman. Memandangnya juga tidak,seolah-olah Arman tiada di situ. Sedikit sebanyak Arman berasa tersinggung. Kalaupun Alia tidak mampu menghormatinya sebagai seorang suami, sekurang-kurangnya Alia mampu menghormatinya sebagai teman serumah. Tiada salahnya bertegur sapa walaupun untuk sepatah dua. Namun itulah yang terjadi. Arman akur dan cuba memahami.

Setelah siap berpakaian,Arman turun ke tingkat bawah. Dia ke dapur mencari Alia. Sayangnya gadis itu tiada di situ. Dia langsung ke meja makan,namun meja itu kosong sahaja. Jelas sekali tiada sarapan yang tersedia untuknya. Arman mengeluh perlahan. Langsung fikirannya teringatkan mamanya. Tidak pernah sehari pun Arman ke pejabat tanpa mengisi perutnya. Sesibuk manapun wanita itu,dia akan menyediakan sarapan untuk Arman walaupun sekadar roti bakar dengan seri kaya dan telur separuh masak. Mereka akan makan bersama dan sempat berbual sebelum keluar bekerja. Arman berasa sunyi. Tidak seharusnya sebagai lelaki yang sudah berkahwin,melalui semua ini. Arman naik ke tingkat atas dan mengetuk pintu bilik Alia. Tidak lama,gadis itu membukanya.

“Nak apa?” Tanpa sapaan mesra,tanpa senyuman,Alia terus menerjah dengan soalannya yang diucapkan dengan nada yang tegas. Arman senyum.

“Abang dah start kerja hari ni. Jom kita sarapan bersama, temankan abang.” pelawa Arman lembut. Alia mendengus perlahan.

“Awak nak cakap apa sebenarnya ni? Nak ajak saya bersarapan bersama ke,awak nak suruh saya masak sarapan untuk awak?” soal Alia sedikit menyindir. Arman diam.

“Jangan harap saya akan masuk dapur pagi-pagi buta ni, semata-mata nak kenyangkan perut awak tu. Saya rela tak makanlah dari terpaksa bermandi peluh kat dapur tu.” Arman tetap diam mendengarnya. Ditatap sahaja wajah polos isterinya itu.

“Kalau awak nak makan sangat,awak buatlah sendiri. Kata pandai masak kan? Takkan roti bakar pun tak lepas?” kata Alia lagi tanpa berlapik walaupun untuk sepatah perkataan. Memang setiap kata-katanya menjadi ‘pemanis’ telinga Arman pagi ini. Kata-kata yang mampu menggugat semangat Arman untuk kembali bekerja setelah seminggu bercuti. Bukan ini yang diharapkan dari Alia. Bukan untuk menyediakan sarapan berat untuknya. Cukuplah sekadar mereka bersarapan bersama walaupun untuk secawan kopi panas. Yang dia mahukan adalah bercakap dengan isterinya sebelum keluar bekerja. Sebagai penguat semangat untuk dia menjalani harinya. Namun,ini yang Arman harus hadap pada hari pertama dia bekerja. Walaupun begitu,bukan Arman orangnya untuk berbalah dengan Alia. Bukan dia orangnya untuk memarahi dan meninggikan suara terhadap isterinya itu. Dia tidak dididik seperti itu.

“Abang boleh buat sendiri,tapi boleh tak Lia temankan abang? Sunyi makan sorang-sorang.” soal Arman masih dengan nada yang tenang.

“Habis selama ni tak sunyi ke?” soal Alia kembali. Arman merenung wajahnya dalam-dalam.

“Selama ni abang ada mama.” jawab Arman sedikit perlahan. Alia terdiam. Sesaat dua,dia terus menutup pintu bilik. Tidak sanggup lagi bertentang mata dengan Arman. Sungguh dia terlupa akan hal itu. Ya,selama ini Arman ada mamanya tapi sekarang bukan wanita itu lagi yang ada di sisinya,tetapi dirinya. Itu yang Alia terlupa. Alia duduk di atas katil melepas kesalnya. Memang dia sudah tersilap kata,namun dia tidak mahu mengalah dan memohon maaf. Tidak!

Arman berdiri seketika di depan pintu bilik Alia,mengharapkan gadis itu keluar semula. Jika bukan untuk menemaninya bersarapan,sekurang-kurangnya dia keluar untuk menghantarnya ke muka pintu rumah. Paling tidak,dia keluar untuk menyalaminya. Namun, Arman hampa. Alia tidak muncul semula. Arman menarik dalam nafasnya dan dihembus perlahan. Dia turun ke dapur dan meneguk sedikit air Zam Zam dan terus keluar. 20 minit kemudian,dia tiba di pejabatnya. Masuk ke ruangannya bersama hati yang sedikit terkilan dengan sikap Alia. Dia pejamkan mata. Cuba mengusir rasa itu dari merajai hatinya. Dia harus menenangkan hatinya sendiri dan sentiasa memaafkan Alia. Cuba menganggap isterinya itu masih mentah dalam melayari alam rumahtangga. Ya,Alia masih belajar menyesuaikan diri. Umurnya masih muda dan Arman harus memberinya ruang dan waktu untuk dia berubah. Selepas seketika memujuk diri sendiri,dia merasa jauh lebih tenang.

“Assalamualalaikum,Tuan Arman. Selamat kembali bekerja. Ada apa-apa yang Tuan nak?” sapa Haiza di muka pintu. Arman menjawab salam setiausahanya itu.

“Terima kasih,Haiza. Err,Encik Irfan ada? Cik Sara?” soal Arman semula. Haiza senyum.

“Dua-dua ada. Nak saya panggilkan ke?” Arman menggeleng.

“Just suruh mereka tunggu saya kat lobby. In 5 minute. Thank you.” Haiza senyum dan mengangguk untuk arahan bosnya itu sebelum berlalu. Arman menekan perutnya. Terasa sebu. Dia tidak pernah memulakan tugas tanpa mengisi perutnya terlebih dahulu. Sudah 29 tahun dia hidup,belum pernah sehari pun dia keluar rumah tanpa bersarapan.

Arman memesan secawan coklat panas bersama nasi lemak telur rebus sahaja. Bukan untuk bersedapan tetapi cukuplah sekadar mengisi perutnya yang kosong. Makan tanpa sepatah kata. Itulah yang menimbulkan kehairanan di wajah Irfan.

“Dah lama aku kerja dengan kau,tapi inilah first time kita sarapan bersama. Tak pernah-pernah. Kau okey tak ni?” soal Irfan memberanikan diri. Arman mendongak memandangnya sambil mengangkat keningnya sekali sebagai jawapan kepada soalan itu. Irfan senyum.

“Ke wife kau yang tak okey?” tebak Irfan menduga. Tetap mahukan jawapan. Arman kembali memandangnya bersama renungan untuk sahabatnya itu.

“Dia tak masak sarapan untuk kau ya? Dia tak sihat ke?” soal Irfan lagi. Arman bersandar di kerusinya sambil terus merenung wajah Irfan. Mereka saling berpandangan,namun jawapan yang Irfan harapkan tidak juga keluar dari mulut Arman. Akhirnya Irfan mengalah.

“Okey sorry.” kata Irfan menyudahkan. Arman mengangguk tanda berterima kasih kerana Irfan memahaminya. Dia tidak mahu menjawab soalan itu dan Irfan tahu menghormatinya.

“Sara mana? Kenapa dia tak ikut sekali?” soal Arman memulakan topik lain.

“Dia kena pergi site. Tu yang tak sempat sarap dengan kita.” Arman mengangguk untuk jawapan itu. Irfan senyum.

“Kenapa? Rindu?” soal Irfan bersama senyuman kecilnya. Arman menoleh.

“Aku ke kau yang rindu?” soal Arman semula. Irfan ketawa.

“Aku rindu malam je sebab tak dapat nak tengok dia lagi dah. Selagi aku ada kat ofis tu,selagi tu la aku tak rindu dia. Tak sempat nak rindu,sebab dapat tengok dia depan mata je.” Arman senyum mendengar jawapan itu.

“Kau tak rindu dia ke? Yelah,dah seminggu tak jumpa.” soal Irfan semula. Arman senyum dan meneguk minumannya. Tiada jawapan darinya. Irfan senyum memahami. Arman memang tidak pernah mahu berbicara jika melibatkan soal perasaannya terhadap Sara. Walaupun Irfan seakan memahami hatinya,namun Irfan sendiri tidak pernah pasti akannya. Arman tidak pernah bersuara meluah apa-apa. Dia yang mengagak sendiri kerana hubungan Arman dengan Sara memang rapat sejak dahulu lagi. Selebihnya hanya Arman sendiri yang tahu isi hatinya terhadap Sara.

Arman memulakan tugasnya yang sedikit tergendala kerana telah menghabiskan hampir setengah jam untuk bersarapan pagi tadi. Jauh di sudut fikirannya,mungkin keadaan ini akan terus berlanjutan entah sampai bila. Jadi dia harus merancang harinya sendiri. Mungkin harinya harus dimulakan lebih awal dari kebiasaan agar dia sempat memasak sarapannya sendiri. Namun jauh di sudut hati,dia mengharapkan agar Alia berubah dan mampu menerima hubungan mereka sebagai suami isteri selepas ini.

-cnc-

DIA ADA CINTAWhere stories live. Discover now