Sudah hampir sebulan mereka berpindah dan tinggal di rumah sendiri namun Alia masih lagi bersikap seperti itu. Tidur mereka tidak pernah sekatil. Solat mereka tidak pernah berjemaah. Sarapan pagi tidak pernah semeja. Makan malam tidak lagi bersama. Jauh sekali untuk menonton televisyen berdua atau keluar berhujung minggu bersama. Seakan hidup mereka adalah berasingan dan mereka tidak ada sebarang hubungan. Hanya tinggal sebumbung tanpa berkongsi apa-apa yang lebih istimewa. Memang Arman terkilan dengan sikap isterinya. Apa sahaja yang Arman lakukan untuknya,tidak memberi kesan bagi Alia. Apa sahaja yang Arman katakan padanya,juga tidak berbekas di hatinya. Bagi Alia,setiap apa yang berlaku dalam hidupnya,Arman harus bertanggungjawab ke atasnya. Arman harus menerima hukumannya. Arman harus turut merasa kesakitannya.
Mereka jarang sekali bercakap apatah lagi untuk berbual-bual mesra seperti pasangan lain yang baru berkahwin. Alia tidak pernah senyum untuk Arman kecuali ketika mereka pulang ke rumah Puan Mastura. Hanya di situ sahaja yang mampu membuatkan Arman gembira kerana merasakan bahawa dia ada seorang isteri di sisinya. Walaupun kemesraan itu sekadar lakonan Alia semata-mata,dapat melihat isterinya itu tersenyum,itu sudah cukup membahagiakan Arman. Meskipun Alia jarang sekali tertawa,tapi itu sudah cukup untuk Arman asalkan hubungan mereka kelihatan baik di mata mamanya.Arman makan malam bersendirian. Pulang dari kerja petang tadi,dia langsung ke ruang tonton untuk mengemas ruang itu seperti biasa. Selepas itu dia ke dapur untuk memasak makan malam mereka. Setelah solat Maghrib,dia menjemput Alia makan bersamanya. Alia menurut tanpa sepatah kata. Menyenduk nasi dan mengisinya dengan lauk dan sayur dan berlalu duduk di ruang tonton. Makan bersendirian di situ. Mungkin pada mulanya Arman berasa tersinggung dengan tindakan Alia itu namun sekarang dia sudah terbiasa. Memang dia penat kerana harus bekerja bukan sahaja di pejabat,malah di rumah juga. Seolah-olah dia tidak pernah berkahwin dan mempunyai isteri di rumah. Apakan daya, itulah jalan yang telah dipilihnya. Mengahwini Alia bukanlah sesuatu yang dia kesalkan, tetapi sikap Alia terhadapnya yang buat dia terkilan. Sesudah makan,Alia terus ke biliknya membawa segelas susu segar bersamanya. Arman yang keletihan juga naik ke bilik tidak lama selepas itu. Dia mencuci muka dan mengambil wuduk untuk menunaikan solat Isyak. Usai solat,dia turun semula ke dapur untuk minum air Zam Zam. Selepas memadamkan lampu utama di tingkat bawah,Arman naik semula langsung ke bilik air untuk berwuduk sekali lagi sebelum tidur. Tiba-tiba dia terlihat dua buah alat penguji kehamilan di dalam tong sampah di tepi sinki. Arman mengambilnya. Pada kedua-duanya hanya ada satu sahaja jalur merah. Namun,bukan itu yang difikirkannya. Dia tidak peduli sama ada ianya satu atau dua jalur merah sekalipun. Yang ada di fikirannya hanyalah satu perkataan. Kenapa? Itu sahaja. Sebaik dia keluar dari bilik air,dia terserempak dengan Alia. Mata mereka bertentangan buat seketika sebelum Arman mengangkat alat penguji kehamilan itu ke arah Alia dan selepas itu pandangan mata Alia terarah hanya kepada alat itu sahaja.
“Kenapa? Untuk apa?” soal Arman sedikit perlahan namun wajahnya serius.
“Awak tahu sebabnya,Arman. Jangan pura-pura tanya. Jangan buat saya bencikan awak.” jawab Alia perlahan tapi dengan nada geram.
“Bukankah Lia memang berkahwin dengan orang yang Lia benci? Jadi apa bezanya dulu dengan sekarang?” soal Arman kembali. Alia merenungnya.
“Jangan tambah kebencian saya pada awak.” Arman tersentak dari dalam mendengar jawapan Alia. Namun bukan itu yang mahu dia fikirkan sekarang.
“Abang tak peduli. Yang abang nak tahu,kenapa? Kenapa Lia buat test ni? Untuk apa?” Alia mendengus tawa sinis lalu menggeleng kecil kepada Arman.
“Saya tak rasa awak seorang lelaki yang bodoh,Arman. Orang berpelajaran tinggi macam awak ni boleh tanya soalan bodoh macam tu? Awak tak rasa pelik ke? Hmm?” soal Alia penuh nada sindiran. Arman merenung wajahnya.
“Lia faham apa yang abang maksudkan.” balas Arman semula dengan wajah serius.
“Awak pun faham Arman! Awak tahu kenapa saya buat test tu. Awak tahu apa yang berlaku antara kita dan kenapa kita berkahwin. Jadi kenapa awak nak tanya lagi? Apa yang awak nak saya jawab? Cakap!” Tiba-tiba suara Alia meninggi. Arman diam.
“Dah 2 bulan saya tak period. Apa yang awak nak saya buat? Apa yang awak expect? Yang saya akan biarkan saja? Tunggu dan lihat apa yang akan jadi pada saya lepas ni? Macam tu?” sambung Alia lagi tapi kali ini dengan nada yang sedikit resah.
“Kalau Lia mengandung,bukan ini resultnya. Lia tahu kan?” soal Arman tenang.
“Saya perlu buat test,Arman. Untuk pastikan keadaan diri saya. Untuk saya tentukan kedudukan saya nanti. Supaya saya dapat ramal dan rancang masa depan saya. Awak faham tak?” balas Alia kuat kembali di hujungnya. Dia merasa tertekan kerana merasakan Arman tidak memahami keadaannya. Arman tidak memahami perasaannya.
“Lia dah tentukan masa depan Lia dengan menjadi isteri abang. Kita dah hidup bersama. Apa lagi yang Lia nak ramalkan dan rancangkan? Abang kan ada?” Sekali lagi Alia mendengus sinis mendengar jawapan Arman.
“Memang saya dah pilih untuk jadi isteri awak tapi bagi saya,sama ada awak ada atau tak,itu tak ada bezanya bagi saya. Awak memang tak boleh buat apa-apa untuk saya. Awak cakap je awak akan bertanggungjawab,tapi mana buktinya? Mana?!” soal Alia keras di hujungnya.
“Ada Lia bagi peluang untuk abang buktikan? Ada Lia…”
“Kalau saya mengandung,awak akan bertanggungjawab ke? Hah? Saya tak rasa macam tu. Tengoklah cara awak bercakap. Macam tak ada apa yang perlu awak risaukan.” pintas Alia marah. Arman mendekatkan jarak mereka. Menatap terus ke mata Alia.
“Abang sedang bertanggungjawab,Lia. Dah lama abang jalankan tanggungjawab abang. Cuma Lia yang tak nampak. Yang Lia nampak adalah diri Lia sendiri. Masalah Lia sahaja. Hati dan perasaan Lia. Tak lebih dari tu.” ucap Arman tenang. Alia meramas rambutnya sendiri. Dia merasa rimas dan lemas saat ini. Tertekan dengan keadaan.
“Kalau awak bertanggungjawab dan faham apa itu tanggungjawab,awak tak akan tanya saya soalan tu.” balas Alia bersama nada yang berbaur antara resah,marah dan sedih. Arman mendekatkan lagi jarak mereka. Wajah mereka jaraknya hanya sejengkal cuma.
“Cubalah Lia mengandung. Kita tengok sama ada abang bertanggungjawab atau tidak.” kata Arman perlahan namun serius. Wajahnya juga sangat serius bersama renungan mata yang memandang tepat ke mata isterinya. Alia terdiam.
“Mulai sekarang,jangan buat test ni lagi. Just forget it.” kata Arman lebih tegas.
“What? Senangnya awak cakap? Macam mana kalau…”
“Stop it,Lia. You are not pregnant. Full stop.” pintas Arman menegaskan bersama nada tegasnya. Nada yang tidak pernah Alia dengar selama ini. Itu cukup untuk buat Alia terdiam.
Alia merenung lelaki itu buat seketika bersama air mata yang bergenang. Dia tidak tahu apa yang harus dikatakannya dan apa pula yang harus dilakukannya. Dia berasa sedih dan buntu. Lebih-lebih lagi apabila dia tidak mampu lagi menjawab apa-apa untuk pendengaran lelaki itu. Dengan perasaan itulah,Alia berlari keluar dari bilik itu.Dia mengurung dirinya di dalam biliknya bersama tangisannya yang mula muncul. Dia mengambil bantal dan melepas jeritannya di sebalik bantal yang menutupi wajahnya itu. Dia merasakan Arman kejam dan tidak adil dengannya. Arman melakukan itu semua kerana tidak mahu memanjangkan cerita. Arman cuba lari dari masalah. Arman tidak memikirkan keadaan dan perasaannya. Arman hanya mahu membaling batu dengan menyembunyikan tangannya. Arman tidak mahu bertanggungjawab ke atas dirinya. Arman hanya menikahinya untuk melepaskan bebannya tanpa mahu memikulnya lagi. Sungguh Alia kecewa.
#armanalia
#adamalia
#diaadacinta🌷byCNC🌷
21 Feb 2022🐥Jemput baca, follow dn like yer. Tqsm sudi support cnc ☺🙏
YOU ARE READING
DIA ADA CINTA
General FictionNovel ini telah DITERBITKAN oleh Suara Hati Publication. Blurb: Seseorang telah memusnahkan seluruh jiwa raganya dan menghilang pergi tanpa bayangan. Tanpa berfikir baik buruknya, Alia mencari lelaki yang mampu menjadi galang gantinya. Dia bertemu d...