Pagi-pagi lagi Arman sudah keluar membeli pulut panggang dan donut mini di gerai berhampiran rumahnya. Pulang sahaja,dia terus ke dapur memasak sarapan pagi untuk mereka. Sarapan berupa mihun goreng dan sambal tumis kerang. Disediakan juga jus epal segar,susu segar dan air kopi. Sebaik sahaja semuanya terhidang di atas meja,Alia turun ke meja makan. Arman senyum.
“Selamat pagi,sayang. Tidur lena malam tadi?” sapa Arman lembut.
“Dah lama tidur saya tak lena. Awak pun tahu kenapa kan? Jadi jangan tanya soalan bo…”
“Good morning,Arman. Semoga hari awak dilimpahi rahmat dan segala urusan awak dipermudahkan Allah. Aamiin.” Tiba-tiba Dina memintas dengan suara yang riang.
“Amiin. Morning my dear Dina. Come,have a seat.” sambut Arman mesra. Alia sudah terdiam. Dia sendiri terkejut kerana dia tahu Dina telah mendengar perbualannya dengan Arman. Kerana itu juga sahabatnya itu segera memintas. Tidak mahu ianya berlanjutan.
“Uff! Boleh ulang balik tak part my dear tu? Sejuk telinga saya ni dengar. Please.” usik Dina bergurau. Arman melepas tawa kecilnya.
“Kalau nak dengar sekali lagi,kena bayar la. Nothing is free.”
“Kedekutnya. Kalau untuk my dear wife awak ni? Bayar jugak ke?” soal Dina sambil memegang kedua-dua bahu Alia yang sudahpun duduk di kerusinya. Arman senyum.
“Kalau untuk my dear wife, everything is free.” jawab Arman sambil tersenyum kepada Alia. Sayangnya isterinya itu hanya diam tanpa senyuman. Menoleh juga tidak.
“Uuu…bestnya babe. Jealousnya aku…” usik Dina meleret.
“Dah. Duduk makan. Tak payah nak jealous sangatlah. Ikhwan kau lagi baik.” Kata-kata Alia telah mengundang sepi buat seketika. Bukan sahaja Dina,malah Arman jauh lebih terkejut mendengarnya. Dina tidak memandang Arman. Dia tahu lelaki itu malu.
“Err,both of you makanlah dulu ya? Saya nak naik atas. Nak siap.” kata Arman cuba lari dari ‘masalah’ yang sedari tadi muncul di situ.
“Awak nak pergi mana? Duduklah makan sekali.” soal Dina kembali. Alia diam sahaja.
“Takpelah,saya sarapan kat luar je. Saya nak kena pergi kilang sekejap.”
“Laa...hari minggu pun kerja jugak ke?Managing Director sendiri turun padang? Rajin.” soal Dina dengan nada yang cuba dimesrakan. Ya,dia sedang membantu Arman untuk memadam api yang Alia nyalakan.
“MD pun kena buat spot check jugak sekali sekala. Apa-apa hal bukan orang lain yang tanggung,saya jugak kan? Jadi lebih baik saya ambil tahu.” jawab Arman kembali.
“Okey,awak take care ya? Thank you Arman for the breakfast. Sedap mihun awak ni. Belum rasa dah tahu.” balas Dina kembali bersama senyuman manisnya. Arman turut tersenyum.
“Jemputlah. Enjoy your breakfast.” kata Arman sebelum berlalu ke tingkat atas.
“Kenapa kau cakap macam tu hah? Tak baik tau?” marah Dina perlahan. Alia diam tidak menjawab. Dia mula makan tanpa mempedulikan teguran Dina itu. Baginya tiada apa yang perlu dia kesalkan. Dia tidak merasa bersalah untuk itu.
Ketika sedang enak menjamu selera,Arman turun semula ke meja makan. Dina menoleh memandang lelaki itu. Segak berkemeja putih fabric timbul dan seluar denimnya. Arman berdiri di belakang Alia yang sedang ralit makan.
“Sayang,abang pergi dulu ya? Tengah hari abang balik.” kata Arman bersama kedua-dua tangannya yang memegang tipis bahu Alia. Satu kucupan hinggap di kepala isterinya itu.
“Tak payahlah. Rimas tau tak.” kata Alia sambil mengelak bahunya dari sentuhan Arman. Arman senyum dan terus berlalu. Dina menoleh dengan jelingannya.
“Yang tu lagi tak baik. Kenapa dengan kau ni hah? Pagi-pagi lagi dah buat dosa.” marah Dina namun kali ini dengan suara yang sedikit kuat. Alia diam sahaja.
“Kalau kau mati sebelum sempat minta maaf,macam mana? Kau rasa tempat kau di syurga ke nanti?” soal Dina dengan nada yang sama. Alia tetap diam dengan wajah tidak bersalahnya. Namun jauh di sudut hati,dia tersentak dengan kata-kata Dina. Romanya meremang. Memang dia takut andai itu terjadi. Di mana tempatnya nanti? Syurga? Pastinya bukan.
Usai makan,Alia dan Dina berlalu ke ruang tamu utama. Berehat di situ. Dina yang awalnya duduk berasingan dengan Alia,bangun mengambil tempatnya di sisi sahabat baiknya itu. Ditatapnya wajah Alia.
“Aku nak tanya kau,kenapa kau kahwin dengan Arman? Kenapa dia?” soal Dina perlahan tapi terselit sedikit nada tegas di dalamnya. Alia menoleh.
“Aku nak balas dendam.” jawab Alia serius. Dina berkerut mendengarnya.
“Pada siapa? Untuk siapa? Untuk apa?” Soalan-soalan itu terbiar sepi. Alia mendengus keras sambil berpaling mengadap ke arah Dina.
“Arman kena terima semua ni. Aku nak dia rasa apa yang aku rasa. Apa yang aku lalui selama tempoh ni. Aku nak dia rasa peritnya. Dia kena bertanggungjawab.” jawab Alia dengan nada marahnya. Dadanya tiba-tiba sahaja rasa lemas dengan situasi yang Dina timbulkan. Dia rimas berbicara soal yang satu ini.
“Kenapa dia?”
“Habis tu siapa lagi?” soal Alia kembali lebih kuat. Dina mendengus perlahan.
“Babe,aku selalu setuju dengan kau. Tapi tidak untuk kali ni. Kau nak tahu kenapa?” Alia diam untuk soalan Dina di hujungnya.
“Sebab aku rasa cara kau ni salah. Percaturan kau ni salah. Dan perbuataan kau ni pun salah. Kau jadikan dia mangsa keadaan. Kau pertanggungjawabkan dia untuk sesuatu yang dia tak lakukan. Kau jerat dia dan letak dia di posisi yang tak sepatutnya bagi dia. Kau hukum dia tanpa sebab yang kukuh hanya kerana dia…”
“Habis tu aku nak hukum siapa?” pintas Alia masih marah. Dina merenungnya.
“Kau tahu tak,kau dah ikat orang yang salah Lia? Kau nak tahu apa yang salah?” Sepi.
“Kau dah ikat orang yang berkait dengan dia tu. Tu salahnya kau. Kau tak fikir selama mana ia mampu bertahan? Kau tak fikir penghujungnya? Macam mana kalau dia tu muncul balik dalam hidup kau? Mana kau nak lari masa tu,sedangkan kau dah jadi isteri Arman? Kau nak ikat dia tapi kau tak sedar yang diri kau dah terikat. Kau ikat diri kau dalam situasi ni.” sambung Dina lagi walaupun Alia tidak menjawab soalannya tadi. Alia diam.
“Patutnya dulu kau lari. Cari orang lain sebagai galang ganti. Pergi jauh dari hidup dia tu. Tapi tak. Kau susah payah cari Arman. Paksa dia kahwin dengan kau. Susahkan dia. Kau tak fikir penyudahnya? Bila dia tu muncul balik,apa kau nak buat? Lari? Sembunyi? Atau bercerai? Sanggup pulak kau jadi janda ya?” kata Dina mahu menyedarkan Alia tentang situasi yang sedang dihadapi sahabatnya itu.
“Kau bukan saja mengikat Lia,tapi kau sendiri dah terikat dengan orang yang tak patut kau ikat sejak awal lagi. Bukan Arman orangnya,Lia. Kau dah salah orang. One day kau tak akan mampu jauh dari dia,apatah lagi nak lari dari dia. Sebab dia lelaki yang terbaik. Terbaik sebagai seorang suami dan kau dah ikat dia sebagai suami kau.”
“Maksud kau?” soal Alia kembali. Dina mendengus lagi. Ditatapnya mata cantik Alia.
“Kau dah terikat dengan kebaikan dia. Kehebatan dia sebagai seorang suami mithali. Trust me,itu yang akan buat kau terikat dengan dia dan kau tak akan mampu lepaskan dia.” jawab Dina meyakinkan Alia terhadap telahannya. Dia mahu Alia sedar tentang kewujudan Arman sebagai suami terbaik untuknya. Arman yang akan memberikan segalanya dan akan membahagiakannya. Alia terdiam seketika namun di hujungnya dia menggeleng.
“Tak. Aku benci dia. Sama macam aku benci dia tu.” jawab Alia menegaskan. Dina mendengus lagi bersama gelengannya. Memang sukar untuk membuka mata Alia terhadap kebaikan Arman sebagai suaminya. Yang Alia nampak hanyalah kemarahan dan dendamnya terhadap lelaki itu.
“Terpulanglah.” kata Dina menyudahkan. Cukuplah buat masa ini. Dia juga sudah penat.
🍁By_cnc🍁
11 July 2022🙏Tqsm 4 ur votes🙏
YOU ARE READING
DIA ADA CINTA
Ficción GeneralNovel ini telah DITERBITKAN oleh Suara Hati Publication. Blurb: Seseorang telah memusnahkan seluruh jiwa raganya dan menghilang pergi tanpa bayangan. Tanpa berfikir baik buruknya, Alia mencari lelaki yang mampu menjadi galang gantinya. Dia bertemu d...