Eps sebelum ini :
Telefon milik Khalis banyak kali berdering namun tidak dijawab kerana Khalis masih berehat di katil di teman oleh Nafis. Sejujurnya Nafis ingin saja merantah tubuh itu malam ini. Pelbagai rancangan telah dirancang namun terbantut kerana melihat kesihatan Khalis yang tidak mengizinkan. Panggilan Rafiq membuatkan Nafis merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan hubungan Khalis dan Rafiq. Nafis dapat rasakan hubungan mereka adalah lebih dari sekadar kawan baik. Malam yang panjang dan dingin itu dihangatkan dengan pelukan antara Khalis dan Nafis.
Kolej Kediaman: Ahad/Pagi
Rafiq yang sudah berada di kolej sejak malam tadi mencari Khalis. Namun Khalis tiada. Hatinya bertambah panas apabila telefonnya tidak dijawab. Dalam masa yang sama hatinya risau kemana pergi kawan baiknya itu. Malas untuk serabut kepala Rafiq terus tidur di malam itu. Pagi ini Rafiq bangun agak kelewatan jam sudah menunjukkan jam 09.00pagi.
Rafiq bangun nak terus melihat katil sebelah namun masih kosong. Rafiq yang merasakan seperti ada yang tidak kena tentang kawan baiknya mencuba telefon lagi. Namun masih gagal untuk diangkat.
'Kau pegi mana ni Is..'
'Tak pernah kau hilang macam ni..'
'Asal susah sangat kau nak call ni.. jangan buat aku risau macam ni.'
Rafiq melihat last seen WhatApps Khalis masih lagi sama seperti semalam. Rafiq juga telah bertanya kepada kawan - kawan yang lain tetapi masih tiada respon. Tanpa berlengah Rafiq mencapai tuala nak menuju ke bilik mandi. Setelah 15 minit membersihkan diri Rafiq kembali ke bilik. Rafiq membuka pintu.
'Wei Is bila kau sampai.. asal aku call tak dapat..' - tegur Rafiq yang terkejut melihat kawan baiknya berada di bilik sedang baring kelesuan.
'Aku tido rumah kawan aku.. kau sampai bila?' - balas Khalis yang sedar kerisauan kawan baiknya itu.
'Aku sampai semalam sebab ingat kau ada dekat bilik.. tak sekarang ni kau asal muka pucat semacam je.. kau sakit ke Is.. kalau sakit aku bawa pegi klinik.' - kata Rafiq yang sedar kelesuan dan kepucatan muka Khalis.
'Takda apa.. aku okay je.. cuma badan aku tak sedap dan tekak kering.. nanti petang baik lah ni.. aku nak tido jap.. apa - apa kau kejut ye.' - balas Khalis yang kelesuan.
'Nope.. kau tunggu aku siap kita pergi klinik.. aku taknak kau sakit.. kita pegi check.' - kata Rafiq sambil mengenakan pakaian di badannya.
Setelah bersiap, Khalis dipimpin oleh Rafiq ke kereta miliknya yang berada di parking. Khalis yang sakit itu hanya menurut sahaja. Di dalam kereta Khalis teringat pertelingkahan pagi tadi bersama Nafis.
Flashback : Rumah Nafis
Pagi itu Khalis yang menyedari kepalanya berat sudah terbaring disebelah Nafis yang tidak berpakaian. Khalis yang tidur sepanjang malam tidak sedarkan diri. Oleh itu pagi ini dia bangun dengan kepala yang berat dan sakit. Khalis cuba mengingat kembali apa yang terjadi pada dirinya. Khalis cuba bangun untuk membersihkan diri namun dia berasa sakit pada bahagian belakangnya. Rasa sakit ini selalu dialami apabila berhubungan dengan Nafis. Khalis yang tidak mengawal perasaan terus memukul Nafis disebelah.
'Kau dah sanggap sangat ke sampai rogol aku time aku tak sedar diri!' - kata Khalis yang sedar hubungan yang dilakukan oleh Nafis dalam keadaan dia tak sedar semalam.
'Apa ni Is pagi - pagi marah.. relax boleh tak.. bila abang rogol Is?...' - tanya Nafis kepada Khalis.
'Eh kau ingat aku bodoh ke.. Kau memang takda perikemanusiaan ke? Kalau kau nak lubang sangat atleast biar aku sedar.. jangan buat aku macam patung hamba seks kau..' - kata Khalis yang sudah hilang kawalan disebelah Nafis. Khalis terasa begitu terhina dengan perbuatan Nafis itu.
YOU ARE READING
Nafis X Khalis
RandomKemelut dalam hidup yang penuh dengan kesusahan membuatkan Khalis bertindak merebut segala peluang pekerjaan yang ada walaupun terpaksa mengorbankan diri dan menjadi anak ikan atau juga dikenali sebagai moneyboy. Nafis yang masih hidup dibayangi den...