Sarapan pagi itu begitu indah buat mereka berdua. Khalis dan Nafis kini sudah berada di dalam kereta dan bersedia untuk menuju ke Kuala Perlis untuk menaiki Feri ke sana. Sepanjang perjalanan mereka menuju ke sana penuh dengan gelak tawa. Khalis menceritakan aktiviti selama seminggu dia dikampung. Nafis yang tekun mendengar cerita itu terhibur dan seronok mendengar perkongsian Khalis itu.
Jeti Langkawi: 01.30petang
Khalis dan Nafis tiba di jeti langkawi dengan bersesak-sesak orang ramai yang pergi bercuti di Pulau bebas cukai itu. Suasana yang terlalu ramai dengan orang itu sedikit sebanyak membuatkan Khalis kurang selesa. Walaupun Khalis merupakan anak jati kedah tapi ini adalah kali pertama dia akan bermalam di pulau tersebut dan perasaan ini menutup segala perasaan tidak selesa Khalis.
'Abang, Is nak pergi tandas jap ye.. dari tadi dok tahan ni.' - kata Khalis berlalu meninggalkan Nafis.
Setelah Khalis selesai membuang segala sisa yang tersimpan Khalis ke singki untuk mencuci tangan. Khalis yang sedang leka membasuh tangan disingki tidak sedar ada susuk tubuh yang berdiri disebelahnya sedang mencuci tangan sambil memerhatikan gerak geri Khalis.
'Kau nak tunggu tangan kau bersih macam mana baru nak stop gosok tangan tu?' - tegur orang disebelah Khalis.
Khalis yang seperti tidak percaya dengan suara yang di dengari itu terus memandang susuk tubuh yang berada di sebelahnya itu. Khalis yang berubah air muka kerana tidak percaya apa yang dilihat di depan matanya itu.
'Kau buat apa kat sini? bukan tadi mak cakap kau ada urgent nak kena balik KL ke?' - tanya Khalis.
'Yes betul, inilah hal urgent aku.. family aku ajak pergi trip ke Langkawi and kebetulan aku perasan kau daripada dalam ferri tadi. Tapi yelah time tu kan tengah mesra dengan daddy kau tu mana nak perasan apa berlaku kat dalam ferri tu.' - kata Rafiq dengan nada memerli.
'Wow.. aku rasa tak perlu kot mention aku ke sini or mesra dengan siapa sebab tu urusan aku bukan kau? ' - balas Khalis dan langkah berlalu pergi.
'Kau cakap apa Is? Haa? tak perlu mention kau cakap.. kau tahu aku tak yang suka bila tengok kau mesra dengan dia kan.. kenapa kau seksa aku macam ni Is.. Aku tak kira sekarang ni kau pergi jumpa dia, kau cakap yang kau nak putuskan semua hubungan nonsense korang. Aku sanggup jaga kau Is, aku sanggup belai kau.. aku sanggup sayang kau dan aku sanggup serahkan apa yang aku ada hanya untuk kau Is.' - rayu Rafiq sambil menarik tangan Khalis daripada berlalu pergi meninggalkan tandas itu.
'Kau gila ke Rafiq? aku dengan kau kawan baik je. Tak lebih daripada tu dan sekarang jangan merepek lagi!.' - balas Khalis sambil meleraikan tangan Rafiq dan berlalu tinggalkan tandas kerana sudah ada orang yang memandang mereka hairan. Khalis bergegas mendapatkan Nafis.
'Sayang okay ke? kenapa nampak macam cemas je ni?' - tanya Nafis yang melihat Khalis seperti baru bertemu dengan hantu.
'Okay je abang, tadi macam ada orang pervert kat tandas tu. Dok tengok-tengok Is semacam tu yang Is jadi cemas.' - tipu Khalis.
'Hah? Is buat apa kat orang tu sampai dia tergoda kat Is, See sebab tu abang rasa abanglah suami paling beruntung sebab dapat wife yang handsome dan menjadi kegilaan masyarakat.' - gurau Nafis.
'Merepek lah dia ni, kita tunggu apa lagi ni?' - tanya Khalis malas melayan lawak Nafis itu.
'Tunggu sayang je, barang semua dah masuk dalam kereta, so let's go sayang.' - kata Nafis sambil memimpin tangan Khalis masuk ke dalam mereka.
Sementara menuju ke Berjaya Langkawi Resort, mereka menikmati keindahan alam yang ada disekeliling, sesekali Nafis akan mencium dahi milik Khalis dan membuatkan Khalis segan dengan driver tersebut. Selamat bukan orang islam yang drive kereta itu.
YOU ARE READING
Nafis X Khalis
RandomKemelut dalam hidup yang penuh dengan kesusahan membuatkan Khalis bertindak merebut segala peluang pekerjaan yang ada walaupun terpaksa mengorbankan diri dan menjadi anak ikan atau juga dikenali sebagai moneyboy. Nafis yang masih hidup dibayangi den...