Part sebelum ini:
'Sayang jom masuk.. kenapa berdiri kat luar itu.' - kata Nafis sambil menghulurkan tangan.
Khalis melihat reaksi muka Nafis yang penuh kesungguhan terus menyambut tangan Nafis dan melangkah masuk ke rumah Nafis bersama - sama.
.
.
Rumah Dr Jabir : 10.00 Pagi | Sabtu
.
Dr Jabir begitu khuatir melihat ketiadaan Khalis di dalam rumah. Keadaan Dr Jabir dengan bermata panda seperti orang berjaga malam membimbangkan serta seperti dalam kekusutan. Motor milik Khalis elok diparkir namun kelibat Khalis tidak kelihatan. Panggilan yang dibuat oleh Dr Jabir juga gagal ditebusi ke telefon milik Khalis. Pelbagai spekualasi yang timbul di minda Dr Jabir kemana Khalis pergi di malam hari.
Setelah berjaya untuk tenangkan diri Dr Jabir mengambil keputusan untuk mandi dan menyediakan sarapan pagi buat dirinya dan Khalis. Sedang leka menghidangkan makanan bunyi pintu dibuka membuatkan Dr Jabir berasa lega.
Terpampang wajah keletihan Khalis dengan memakai pakaian yang pasti bukan kepunyaannya. Dr Jabir menghampiri Khalis.
'Is okay ke? kenapa nampak penat sangat ni.. Is pergi mana?' - tanya Dr Jabir penuh lemah lembut untuk tidak meletakkan stres pada Khalis.
'Oh Is tidur rumah kawan semalam... Semalam ada kawan zaman sekolah datang KL mengejut lepas tu dia kata nak jumpa Is sebab pagi ni dia dah nak kena pergi Pahang.. So kebetulan semalam je dia ada masa... kami decide hang out... Is ingat nak kejut abang semalam tapi abang nampak letih sangat.. So Is tak ganggu abang... Sorry if Is buat abang risau ye.' - kata Khalis dengan muka yang tenang seperti apa yang diceritakan itu adalah kenyataan.
'I see, takpa ayang.. abang faham.. Ayang mesti penatkan... why not kita makan dulu and after that tidur and rest okay.. kebetulan abang kena pergi Uni sebab ada task kena siapkan dan file tu ada kat office.. let's eat.' - kata Dr Jabir sambil membawa Khalis ke dapur dengan pelbagai tanda tanya serta teka teki.
Semasa di meja makan masing - masing senyap tanpa berbicara. Khalis menatap sarapan pagi yang dibuat oleh Dr Jabir dengan diburu rasa serba salah. Dalam masa yang sama Dr Jabir memendam rasa kecewa yang teramat sangat. Selesai mereka berdua menjamu selera, Dr Jabir terus masuk ke bilik untuk bersiap dan Khalis mengemas meja makan mereka. Tanpa Khalis sedar selesai sahaja Khalis mengemas meja Dr Jabir sudah melangkah keluar daripada rumah itu ke universiti.
Start flashback Kejadian di Rumah Nafis
Rumah Nafis : 02.30 Pagi | Sabtu
'Abang dah selesai makan kan.. hantar Is balik.. dah lewat sangat ni.' - kata Khalis yang mula rasa seperti ini dirancang oleh Nafis.
'Ala Is pun tahu dah lewat... why not Is tidur je dekat rumah ini.. bukannya Is tak biasa kan..' - kata Nafis yang mengemas meja makan itu.
'Tadi abang janji nak hantar Is lepas makan kan.. please tunaikan janji abang.. jangan tipu dan permainkan Is macam ni.' - kata Khalis.
'Tipu? permainkan??' - Nafis membentak dan menghentak meja.
Khalis yang melihat perubahan personaliti Nafis sudah tahu itu bukan satu pentanda yang tidak baik dan dirinya sudah redha untuk diperlakukan apa sahaja kerana bagi Khalis dia sendiri merelakan dirinya masuk ke mulut naga.
'Is cakap macam tu sama seperti Is tak buat benda tu pada abang..' - kata Nafis menghampiri Khalis.
'Abang merepek apa ni.. please.. Is dah muak lah dengan perangai baran abang macam ni.. Memang Is ni boneka ke kat mata abang.. memang Is ni toy untuk abang.... Oh Is lupaaa.. AKU KAN ANAK IKAN KAU JE.. AKU KAN TEMPAT KAU PUASKAN DAN AKU NI ALAT PERMAINAN KAU JE!.' - Khalis mengumpul segala tenaga yang ada untuk melepaskan apa yang terpendam.
YOU ARE READING
Nafis X Khalis
RandomKemelut dalam hidup yang penuh dengan kesusahan membuatkan Khalis bertindak merebut segala peluang pekerjaan yang ada walaupun terpaksa mengorbankan diri dan menjadi anak ikan atau juga dikenali sebagai moneyboy. Nafis yang masih hidup dibayangi den...