Eps Sebelum ini :
Nafis yang tidak puas hati kerana Khalis yang tidak menunaikan janji bertindak untuk telefon. Namun selepas hampir 10 kali percubaan untuk menghubungi Khalis tetapi talian gagal dihubungi. Nafis membuat keputusan untuk berhenti mencuba untuk telefon dan menggangap yang tiada jodoh untuk bersama dengan Khalis.
.........
Setelah hampir sebulan Nafis gagal untuk menghubungi Khalis harapan untuk mengenali insan itu semakin pudar. Nafis hampir setiap hari cuba menghubungi no Khalis namun tidak berjaya selama semiggu selepas kejadian bersama Khalis. Nafis juga sanggup order makanan menggunakan Food Panda dan berharap agar rider yang menghantar adalah Khalis. Namun semua itu tidak membuahkan hasil.
'Aku bosan laa.. nak ajak Zarul keluar mesti dia keluar date malam minggu ni. Takkan nak duduk rumah ja.. Tak muda la Nafis..' - Nafis mengomel dalam hatinya. Nafis yang sedang duduk menonton TV dan akhirnya mengambil keputusan untuk keluar dan lepak sambil melayan orang busking.
Nafis mengenakan T-shirt dan dipadankan dengan jeans coat untuk bersiar - siar malam itu. Nafis mengambil keputusan untuk berjalan disekitar Alamanda Mall. Setelah puas pusing satu mall tetiba Nafis terasa ingat ke tandas. Nafis memilih tandas di tingkat 2 yang kurang orang pada ketika itu. Selepas Nafis melepaskan hajatnya, dia seperti mendengar suara orang yang sangat ditunggu sedang berbual dalam telefon di dalam tandas. Namun, setelah hampir 10 minit Nafis menunggu orang yang menggunakan tandas tersebut masih tak keluar lagi.
Sebelum Nafis menuju ke parking kereta Nafis sempat membeli makanan ringan untuk dijadikan habuan malam ini sambil menonton Netflix. Semasa menuju ke kereta Nafis terpandang satu susuk tubuh lelaki yang sedang bebal dan maki rakan - rakannya di telefon.
'Weyh siot la tinggal aku macam ni.. kau ingat lawak ke?? takkan korang tinggal aku macam ni ja..' - kata lelaki tersebut.
'Tak sekrang ni macam mana aku nak balik kolej.. kenapa korang blah macam tu je.. tak kesah la urgent ke apa.. aku kat tandas kejap je pon.. Dah aaa pegi mampos la... pandai aku cari jalan balik sendiri.' - tambah lelaki tersebut.
'Hahahaha.. wow tuhan kalbukan doa aku.. punya la besar bumi ni.. tapi dekat sini juga kita berjumpa ye Khalis..' - kata Nafis sambil menghampiri Khalis yang seperti kera kena belacan itu.
'Aik ada orang kena tinggal ke ?' - Nafis berkata sambil ketawakan Khalis.
'Aku kenal kau ke? dan kenapa nak sibuk urusan aku ? kau takda benda lain nak jaga' - kata Khalis yang lupa siapa lelaki dihadapanya itu.
'Sayang.. belajar tinggi tinggi tak takda abad..' - perli Nafis
'Tak sekarang ni apa masalah kau.. kau sapa nak tegur aku.. aku tak kenal kot kau sapa' - kata Khalis dengan penuh angkuh.
'Hm.. betul juga aku sapa erk..' - kata Nafis sambil menyentuh bibirnya dimana tempat bekas tumbukan Khalis itu.
'Oh, Sh*t... Sorry sorry.. encik yang haritu tolong sayakan... Sorry sangat sangat.. saya tengah terbakar sebab kawan kawan saya boleh blah tinggalkan saya macam tu je..' - kata Khalis yang tetiba berubah jadi seorang yang bersatun.
'Takyah nak berencik saya bagai laa.. dah tegur baru la nak kena ada adab.. lain kali kena sentiasa jaga adab tu tak kesah la kat mana.. kalau kau marah dekat orang lain.. jangan libatkan orang lain.. mana tau orang lain tuhan hantar nak selesaikan masalah kau'. - tetiba sahaja Nafis memberi nasihat kepada Khalis.
'Adoii takyah la nak bagi nasihat sangat.. ye aku sorry tak respect tadi.. aku benggang dengan diorang boleh tinggal macam ni.. dia ingat murah ke nak bayar Grab. jam sekarang memang tak boleh la nak masuk kolej.. takkan nak jadi homeless pulak malam malam macam ni.. kenapa la orang yang berduit ni selalu perangai macam bangsat.' - kata Khalis yang tidak boleh terima tindakan rakan - rakannya itu.
YOU ARE READING
Nafis X Khalis
RandomKemelut dalam hidup yang penuh dengan kesusahan membuatkan Khalis bertindak merebut segala peluang pekerjaan yang ada walaupun terpaksa mengorbankan diri dan menjadi anak ikan atau juga dikenali sebagai moneyboy. Nafis yang masih hidup dibayangi den...