Eps sebelum ini :
Setelah menikmati suasana malam itu. Nafis memandu kereta untuk pulang ke rumah. Seperti yang telah dijanjikan oleh Khalis sebelum mereka tidur. Mereka berdua memuaskan nafsu sebelum melelapkan mata. Malam itu Khalis tidur beralaskan lengan Nafis. Nafis yang berasa tenang itu terus mengeratkan lagi dakapannya.
.........
Ahad, Pagi :-
Pagi itu Khalis bangun lebih awal daripada Nafis. Khalis memeriksa telefon yang sengaja dibiar off untuk tidak diganggu oleh sesiapa. Khalis yang buka telefon itu terus check panggilan daripada Rafiq dan ini membuatkan Khalis tidak keruan. Khalis terus keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu. Jam menunjukkan 7.30 pagi tidak membatalkan niat Khalis untuk telefon Rafiq dan bertanya mengapa menelefon dia. Setelah beberapa kali cubaan dan akhirnya berjaya Khalis mendengar suara Rafiq di hujung talian.
'Hmm.. kau nak apa call aku pepagi buta ni, aku baru nak tido kau dah semak call aku.' - kata Rafiq yang baru sahaja melelapkan mata.
'Kau baru nak tido.. kau buat apa semalam.. takda apa .. aku just nak tanya kenapa call aku semalam .. banyak kali pula tu.. ada benda urgent ke.. sorry la sebab aku dari kemarin tak jumpa phone aku.. ni baru jumpa.' - bohong Khalis agar tidak dimaki oleh sahabat baiknya itu.
'Ohh call tu ke.. aku bukan apa.. nak pinjam external kau.. tapi tak jumpa kau letak mana.. tu yang aku call.. nak layan movie kononnya. tapi haram tak berangkat call aku.. aku ingat kau dah mati.' - kata Rafiq yang ingin melayan movie tapi tidak ke sampaian.
'Laa.. tu je sebab kau call aku.. external aku takda.. Sofea pinjam.. buat apa entah.. dekat seminggu tak pulang pulang.' - kata Khalis sambil lega tiada perkara apa yang berlaku.
'Btw kau ada received berita apa apa tak pasal Sofea?' - tanya Rafiq yang seperti menyembunyi sesuatu daripada Khalis.
'Takda pon.. dia kan block aku.. mana nak tahu apa apa ..' - balas Khalis yang merasakan ada sesuatu yang tak kena.
'Haa okay lah.. aku nak tido ni.. bye.. ' - kata Rafiq yang terus mematikan talian itu.
'Pehal laa mamat ni nak layan movie bagai hujung hujung minggu.. selalu time macam keluar date, tak cinema mesti ke pub.. confirm break lagi' - detik hati Khalis yang memikirkan tentang Rafiq.
Tetiba satu panggilan masuk di telefon Khalis.
'Morning Biy' - Sofea memberi salam kepada Khalis.'Morning Baby.. aik dah habis merajuk dengan i ke?' - tanya Khalis yang gembira menerima panggilan itu.
'Eii.. tengok tu suka tau usik i pagi pagi..' - kata Sofea dengan suara gediknya itu.
'Hahahaha.. sorry sorry .. rindu la nak dengar suara u' - kata Khalis yang terhibur dengan suara Sofea.
'I bukan apa Biy, semalam i tidur tak lena sebab asyik mimpikan u je and plus pagi ni i miss u so bad.. tu yang i call Biy.' - kata Sofea dengan suara manjanya itu.
'I pon rindu u juga.. tu lah merajuk lagii.. kan dah rindu kat i.. tapi Baby i takda dekat kolej tau sekrang ni.. i dekat luar maybe esok baru balik..' - kata Khalis yang memberitahu awal awal keberadaanya sebelum Sofea mengajak keluar.
'Alaaa u pergi mana.. i baru nak ajak keluar breakfast.. benci la macam ni' - Sofea menggunakan suara seakan merajuk.
'Tak i teman kawan i tido rumah dia.. sebab tu takda kat kolej.. sorry Baby.. I promise nanti kita keluar okay' - janji Khalis kepada Sofea.
YOU ARE READING
Nafis X Khalis
RandomKemelut dalam hidup yang penuh dengan kesusahan membuatkan Khalis bertindak merebut segala peluang pekerjaan yang ada walaupun terpaksa mengorbankan diri dan menjadi anak ikan atau juga dikenali sebagai moneyboy. Nafis yang masih hidup dibayangi den...