Dua Minggu Berlalu.
Khalis kini duduk bersama dengan Nafis. Sementara sisa cuti semester masih berbaki. Nafis sungguh bahagia apabila Khalis sentiasa berada di depan matanya. Selain daripada gembira dengan kehadiran Khalis yang ada di depan matanya Nafis tidak perlu risau tentang nafsu yang membuak - buak kerana akan sentiasa dipenuhi apabila pulang dari kerja. Kadang - kala Nafis sengaja pulang tengahari untuk melepaskan rindu dan benih bersama Khalis.
Selama Khalis berada di rumah itu tugasnya adalah untuk memuaskan Nafis. Khalis yang kadang kala letih memuaskan nafsu Nafis yang seperti tidak jemu meratah tubuhnya itu cuba untuk bertahan. Aksi Nafis kebelakangan ini semakin ganas dan pelbagai perkara baharu yang akan dicuba bersama tubuh Khalis. Khalis masih tidak boleh dilupakan pada satu malam ketika mereka bersama Nafis dengan pantas mengambil tali pinggang dan mengikat tangan Khalis sambil menitikkan lilin panas di tubuh Khalis. Semakin kuat Khalis mengerang kesakitan daripada kepanasan lilin itu semakin rakus Nafis melayan Khalis. Khalis mula berfikir adakah dia mampu terus bertahan. Namun begitu jauh dilubuk hatinya, dia senang bersama Nafis tapi kesenangan itu akan berubah apabila Nafis bertindak seperti orang yang Khalis tidak kenali dengan perubatan yang lain ganas itu.
Rumah Nafis: Khamis, Malam.
'Abang boleh tak kalau Is nak minta izin untuk balik kampung, Is rindulah dengan abah dan mak dekat kampung.' - kata Khalis yang sedang menjamu selera bersama dengan Nafis.
'Is nak balik bila tu?' - tanya Nafis memandang tepat muka Khalis.
'Hm, kalau boleh esok?' - balas Khalis bimbang Nafis akan marah sebab beritahu last minit.
'Is tahu abang paling tak suka orang last minit kan.. Kenapa Is buat perangai macam ni.' - kata Nafis dengan suara yang sedikit meninggi.
'Ye Is tahu tapi Is baru terfikir petang tadi sebab mak call tanya tak balik langsung ke cuti ni.. dia rindu nak jumpa Is.' - balas Khalis dengan muka sedih meminta simpati.
'Aduh, janganlah buat muka macam tu please... abang tak sampai hatilah macam ni.' - jawab Nafis sambil cuba berfikiran rasional dan membelai pipi milik Khalis.
'Abang bukan marah sebab apa, abang cuma ralat sebab kalau Is nak balik kampung abang tak boleh hantar esok dan kebetulan abang ada kerja kena setelkan dekat office. So that's why abang tak suka Is plan last minit macam ni sayang, Why not kita balik kampung next two week. Abang cuba free kan masa untuk balik kampung sayang.. boleh?' - sambung Nafis menyatakan hal sebenar.
'Ala lambat lagi.. takpa Is boleh balik naik train atau bas. Abang tak perlu risau yang penting abang setelkan kerja abang tu dulu. Is okay je naik public transport Is dah biasa.' - balas Khalis masih berkeras untuk pulang ke kampung.
'Hm, abang tak suka Is naik public transport macam - macam boleh jadi. Ala sayang sabar sikit boleh, nanti apa pula mak cakap tengok abang tak balik sekali?' - kata Nafis berlagak seperti menantu.
'Hah? kenapa mak nak tanya abang pula?' - tanya Khalis dengan statement Nafis itu.
'Yelah menantu dia tak balik sekali.' - balas Nafis terus memberi ciuman di bibir Khalis.'
'Ei perasan! ni menantu ke hantu? HAHAHAHA' - gelak Khalis cuba sembunyikan perasaan kecewa kerana tidak dibenarkan pulang oleh Nafis.
Permintaan Khalis terkubur begitu sahaja apabila tiada maklum balas daripada Nafis. Hatinya yang terlalu rindu kepada kampung halaman hanya mampu disimpan sahaja. Sesudah mereka berdua selesai makan Khalis mengemas meja dan membasuh pinggan yang digunakan. Khalis mencari bayangan Nafis diruang tamu tiada. Khalis terus menuju ke bilik kerja Nafis untuk meneman Nafis melakukan kerja dan itu adalah antara rutin yang selalu dilakukan selama berminggu - minggu di rumah itu. Nafis kelihatan tekun menghadap skrin komputer ribanya.
YOU ARE READING
Nafis X Khalis
RandomKemelut dalam hidup yang penuh dengan kesusahan membuatkan Khalis bertindak merebut segala peluang pekerjaan yang ada walaupun terpaksa mengorbankan diri dan menjadi anak ikan atau juga dikenali sebagai moneyboy. Nafis yang masih hidup dibayangi den...