Tiga Bulan Berlalu
Tanpa Khalis sedar kini dirinya sudah tiga bulan menjalani internship di syarikat Puteh Global. Dalam masa itu juga hubungan Khalis bersama Seth & Zulaikha semakin akrab. Mereka banyak melakukan tugasan bersama - sama. Performance yang ditunjukan oleh mereka bertiga sangat memuaskan hati Suzzy. Dalam masa yang sama Khalis juga semakin membina hubungan yang rapat bersama Liyana. Khalis kadang kala sering ke department Liyana dan hal ini menjadikan satu penarik prihatian pekerja disana. Iskandar juga selalu mengusik agar Khalis dan Liyana berpasangan kerana di mata Iskandar mereka berdua sama padan. Khalis pada kebiasaanya hanya akan ketawa malu bila dipasangkan dengan Liyana.
Dalam masa tiga bulan ini juga perubahan yang ditunjukan oleh Khalis bukan sahaja meninggalkan kesan positif kepada rakan sekeliling tetapi meninggalkan kesan negatif kepada Nafis. Hal ini kerana Khalis akan selalu pulang lewat kerana menyiapkan tugasan yang diberikan. Nafis yang mula rasa dirinya terabai dengan perbuatan Khalis namun Nafis masih terus bersangka baik. Nafis cuba untuk tenangkan dirinya agar tidak melepaskan marah kepada Khalis. Namun kadangkala pergaduhan berlaku kerana desakan Nafis minta untuk dipuaskan tidak ditunaikan oleh Khalis. Khalis akan memberi alasan yang dia penat pulang kerja. Hal ini sedikit sebanyak menguji kesabaran Nafis yang semakin terabai.
Highways : Jumaat | 01 tengahari.
Khalis mengajak Nafis untuk pulang ke kampung untuk menghadiri kenduri kahwin anak Mak Tehnya tapi Nafis tidak dapat menyertai kerana terlibat dengan outstation bersama dengan Datuk Razman. Nafis memberi keizinan kepada Khalis untuk memandu kereta pulang ke kampung untuk memudahkan Khalis bergerak ke sana sini.
Sepanjang perjalanan Khalis pulang ke kampung hatinya sangat teruja dan seronok bila boleh memandu kereta ke kampung. Khalis tidak pernah dia akan memandu ke kampung, akhirnya tercapai hajatnya.
'Hello Abang' - Khalis menjawab panggilan daripada Nafis.
'Hai Sayang, sampai mana dah tu' - tanya Nafis.
'Oh sayang baru nak sampai tempat rehat Bukit Gantang, nak pi toilet sat. abang kat mana ni dah naik flight ke?' - tanya Khalis dengan loghat utaranya.
'Belum lagi sayang, belum check in lagi, Sayang drive elok - elok tau. jangan laju - laju if anything happen just let me know' - pesan Nafis.
'Ye abang I will. Abang kat sabah tu jaga mata, jangan nak mengatal sangat and paling penting jangan nak handsome handsome sangat. Nanti Is dapat madu tak rela pula.' - kata Khalis bergurau dengan Nafis.
'Ala, bukankah payung emas itu mahal nilainya sayang.' - kata Nafis sambil menahan gelak.
'Kalau emas yang mahal nilainya maksudnya abang tak kenal betapa sayangnya Is kat abang, werk' - balas Khalis.
'Alamak abang kena balik ye.. okay lah sayang I got to go anything text me okay, muah.' - kata Nafis dan mematikan telefon.
Khalis hanya tersenyum bila terima kiss daripada si suaminya. Khalis sampai ke hari ini masih rasa bersyukur dikenali dengan insan bernama Nafis. Segala kemewahan dirasai ini begitu merubah hidupnya ke 360 darjah. Khalis tidak perlu berlapar lagi tidak perlu bimbang bil telefonnya bahkan kini Khalis tidak perlu bimbang keluarganya dikampung kerana dia mampu menampung permintaan adik - adiknya.
Setelah hampir dua jam memandu menggunakan lebuh raya utara. Khalis kini tiba di rumah ibu bapanya. Dia bersama dengan dua susuk tubuh yang menantikan kepulangannya. Adik adiknya yang berada di dalam rumah juga turut menyambut kepulangan Nafis.
Kampung Khalis
'Is sapa punya qeta (kereta) hg bawa balik tu.' - tanya Mak Ros kehairanan kereta yang dipandu khalis.
YOU ARE READING
Nafis X Khalis
De TodoKemelut dalam hidup yang penuh dengan kesusahan membuatkan Khalis bertindak merebut segala peluang pekerjaan yang ada walaupun terpaksa mengorbankan diri dan menjadi anak ikan atau juga dikenali sebagai moneyboy. Nafis yang masih hidup dibayangi den...