Eps 11

3.3K 84 16
                                    

Eps sebelum ini :

'Wei Is, aku nak tanya mana kau dapat duit banyak - banyak beli phone dengan jam baru.. kau buat kerja apa kat luar sana?' - tanya Rafiq yang telah menyimpan lama soalan itu. 

Highway: Menuju Ke Kolej Kediaman

'Wei aku tanya kau ni Is.. kenapa kau senyap.. kau buat benda tak elok ke belakang aku?' - tanya Rafiq kali ini dengan merentap sedikit tangan Khalis seperti memaksa untuk dijawab soalanya itu. 

'Benda sial kau ni.. aku kerja kan dah lama.. so aku ada lah simpan duit sikit - sikit so duit tu dah cukup aku beli lah phone dengan jam ..  yang kau tiba - tiba nak tanya aku macam tu kenapa .. kalau aku buat benda tak elok pon bukan kena mengena dengan kau..' - balas Khalis sambil menarik tanganya kembali kerana tapak tangannya sudah mula berpeluh dan hal itu perkara biasa baginya kalau cuba untuk menipu. 

'Masalahnya phone kau beli tu bukan ratus Is.. aku kenal kau.. kau takkan membazir duit untuk phone.. kau lebih rela pakai phone second hand dan bagi duit kat kampung.. so better kau jujur dengan aku .. kau buat kerja apa sekarang ni..' - desak Rafiq meminta penjelasan daripada rakan baiknya itu. 

'Raf.. kau pehal nak jadi penyiasat ni.. aku tahu jaga diri aku.. kau takyah nak risau lebih - lebih.. aku dah cukup besar untuk jaga diri aku.. dan aku appreciate concern kau ni.. terima kasih.' - balas Khalis cuba menutup perbincangan yang belum sedia dia berkongsi dengan Rafiq. 

'Okay fine.. aku just nak kau jaga diri kau.. aku taknak kau buat benda pelik - pelik kat belakang aku.. aku sayang kau.. kau sorang je kawan baik aku ada..' - balas Rafiq tanpa terus mendesak. 

'Ya aku tahu.. aku pon sayang kau juga..' - balas Khalis tanpa bermaksud lain daripada seorang kawan. 

'Dah tu kalau sayang kenapa kau lepas tangan tu.. meh sini balik..' - tanya Rafiq sambil mengambil mengenggam semula jari jemari Khalis. Tanpa bercakap banyak Rafiq terus mencium genggaman itu. Khalis yang malas memanjangkan lagi hanya berdiam diri sahaja. Rafiq tersenyum bersendirian. 

Sepanjang daripada perjalanan itu tangan mereka bertaut tanpa dilepaskan. Khalis yang pada mulanya kurang selesa hanya membiarkan sahaja. Khalis yang tidak tahu nak buat apa .. Akhirnya tertidur.. Rafiq yang berada disebelah hanya melihat Khalis sambil terdetik dihatinya.

'Apa yang aku buat ni.. takkan aku ada perasaan kat kau Khalis..' 

'Lama - lama tengok yes betul .. kau memang ada aura yang hebat. Kau boleh buat orang selesa dengan kau.. Walaupun kau tegas pada setengah orang.. tapi dengan aku kau selalu layan seperti adik kau.. atau sebenarnya kau layan aku lebih daripada itu..' 

'Atau mungkin kau yang ada perasaan dekat aku .. dan kau dah bagi energy yang sama untuk aku suka pada kau..' 

'Cuma lately ni kau pergi mana.. jujur masa kau takda dengan aku.. aku rasa kosoong... aku rasa seperti ada yang kurang..' 

'Salah ke perasaan aku ni...' 

'Ini semua sebab perempuan sundal tu.. kalau dia tak tinggalkan aku.. takkan aku nak jadi macam ni.. takkan boleh aku suka dekat kawan baik aku sendiri..' 

'Ye aku suka kau Khalis.'

Rafiq teruskan fokus pada perjalanan menuju ke kolej kediaman. Mereka tiba di kolej kediaman tepat jam 04.30 petang. Setelah kereta diparkir elok. Rafiq melihat rakan baiknya yang tido dengan nyenyak. Rafiq yang geram melihat perkara itu terus mengejut rakan baiknya.

'Woi bangun.. kau nak tido dalam kete pulak ke ..' - kata Rafiq sambil mengongcang rakannya itu. 

'Hm ye ye aku bangun lah ni.. lima minit jap..' - balas Khalis memberi alasan. 

Nafis X KhalisWhere stories live. Discover now