Eps 17

2.4K 65 45
                                    

Hampir seminggu Khalis dan Rafiq berada dikampung untuk bercuti. Khalis pada mula hanya mengingatkan Rafiq akan duduk bersamanya untuk satu malam tetapi tanggapan itu meleset apabila hingga kini Rafiq masih berada disisinya. Khalis yang selalu tidur malamnya berpelukan tubuh sasa Nafis kini bertukar apabila Rafiq yang menhangatkan malam - malamnya. Namun, setiap kali Rafiq cuba untuk melakukan aksi yang lebih berani pasti akan terhenti kerana Khalis akan menolak kerana bayangan serba salah terhadap Nafis akan muncul secara tiba - tiba. Hal ini sedikit sebanyak membuat Rafiq benggang namun ia tidak mematahkan semangat Rafiq untuk cuba tawan hati Khalis. 

Kampung: Khamis, 06.40 petang

Khalis bersama adik - adiknya sedang berada di halaman rumah dikejutkan dengan kereta yang cukup dikenali oleh Khalis. Sebaik kereta dipandu itu diparkir depan Khalis wajah yang dirindui keluar daripada pintu kereta dengan senyuman yang cukup manis. Adik - adik Khalis berlalu untuk menyambut kedatangan Nafis yang tidak diberitahu. 

'Abang kenapa nak balik sini tak bagitau?' - tanya Khalis mendapatkan tangan Nafis untuk disalam. 

'Ala abang rindu sangat sayang.. tu yang abang terus datang sini dan ambil cuti esok.' - balas Nafis yang senang melihat keadaan Khalis yang ceria. Namun Nafis perasan yang ada kereta dan susuk tubuh yang tidak dikenali. 

'Ni kereta sapa dan sapa tu?' - tanya Nafis menunjuk Rafiq yang sedang duduk dibawah pondok.

'Oh ni Rafiq kalau baik Is, dia yang tumpangkan Is masa kat airport and bawa balik.' - jawab Khalis dengan tenang. 

'Ohh i see.. ingat siapa tadi tapi kenapa muka dia macam tak puas hati dengan abang je? takpalah yang penting abang dah ada dekat sini? mana mak dengan abah?' - tanya Nafis.

'Oh diorang keluar pergi masjid sebab malam ni ada bacaan yassin, so diorang memang akan pergi awal.. takpa abang masuk dulu mandi and rehat mesti abang penat kan.' - arah Khalis. 

'Tapi nak mandi dengan sayang.. abang dah lama mandi sorang takutlah nak mandi sorang dekat kampung ni.' - balas Nafis cuba bermanja dengan Khalis sambil mencuit hidung Khalis.

'Ish mengadalah dia ni..' - kata Khalis sambil membuka bonet kereta untuk mengambil beg pakaian Nafis. 

Nafis berjalan masuk ke rumah dan melepasi pondok yang diduduki oleh Rafiq. Nafis senyum kepada Rafiq namun tiada respon diberikan oleh Rafiq. Rafiq hanya diam dan menuju ke bilik Khalis. 

'Apa semua ni ye Is.. kenapa tiba - tiba dia ada dekat sini?' - tanya Rafiq meminta penjelasan daripada Khalis. 

'Lah kenapa pula.. biarlah lagi pun aku pon memang dah nak balik KL so Nafis datang pick up aku lah.. ada masalah ke?' - balas Khalis sambil berlalu meninggalkan Rafiq seorang diri. 

Jelas kelihatan muka Rafiq yang tidak puas hati dengan kedatangan secara tiba - tiba Nafis ibarat merogol kebahagian Khalis bersama Rafiq di kampung itu. Rafiq yang bebal dengan situasi itu cuba menahan diri daripada melakukan perkara yang bukan - bukan terhadap Nafis. 

Jam menunjukkan 09.30 malam. Mak Ros dan Pak Rahim juga sudah pulang daripada surau. Mereka yang sampai dirumah terkejut dengan kereta mahal dilaman mereka namun ingatan Mak Ros terus memberi isyarat yang kereta itu adalah milik Nafis. Sementara nak tunggu kepulangan mereka tadi, Khalis bersama Rafiq, Nafis dan adik beradiknya telah menjamu selera makan malam yang telah disediakan Mak Ros. Masakkan yang simple tapi cukup berselera Nafis makan tanpa rasa janggal atau memandang rendah. Suasana makan beramai itu membuatkan seleranya bertambah - tambah. Walaupun begitu Nafis dapat merasakan ada mata yang memandang dirinya dengan meyalurkan aura negatif tapi Nafis hanya membiarkan sahaja. 

Nafis dan Pak Rahim kini berada di depan TV bersembang dan berkongsi pendapat tentang isu semasa. Jelas kelihatan Pak Rahim gembira menerima tetamu seperti Nafis sehingga kekadang tersasul membahasakan dirinya abah.. Khalis yang melihat situasi itu hanya mampu tersenyum keseorangan. Tiba - tiba dia perasan yang Rafiq tidak berada di depan bersama Nafis dan abahnya. Khalis ke luar rumah untuk mencari Rafiq dan tekaannya betul Rafiq sedang berseorang diri dipondok. 

Nafis X KhalisWhere stories live. Discover now