Bonus Chapter (2)

54 3 2
                                    

[sila baca sambil dengar lagu 'jatuh cinta-iamneeta untuk mendapatkan feel]

Jaemin dan Jisung duduk di lantai bersandarkan dinding.

Akhirnya hari yang tak pernah keluarga Park nantikan telah tiba.

Hari dimana bidadari yang dipinjamkan kepada keluarga mereka kembali ke dalam dakapan tuhan.

Jimin masih menunduk. Lelaki itu terlihat sungguh lemah. Isteri kesayangannya tidak dapat lagi dia peluk.

Senyuman indah di bibir isterinya tidak dapat lagi dia lihat. Tangan cantik isterinya tidak dapat lagi dia genggam. Semuanya tinggal kenangan.

Jaemin bangun dan duduk Di tempat yang sedikit jauh dari Jisung.

Taehyung terus pergi ke sebelah Jisung untuk menemani kanak kanak berusia 5 tahun itu.

"Jisung dah ikhlaskan eomma?"
Soal Taehyung perlahan.

"Jisung tak tau.. Walaupun Jisung cakap Jisung ikhlas, kat sini masih sakit, daddy tae"
Jisung memegang dadanya dengan tangisan yang tak kunjung berhenti.

Taehyung diam. Lelaki itu cuba untuk mencari kata kata yang sesuai Tapi mungkin sebuah pelukan lebih baik.

Taehyung terus menarik Jisung ke dalam pelukannya dan kanak kanak itu terus menangis dengan lebih kuat.

Jungkook memandang Jaemin yang juga duduk seorang diri. Dari matanya, terlihat yang dunianya sudah hancur saat itu.

Walaupun Jaemin tidak meraung seperti Jisung, Jungkook tau betapa hancurnya Jaemin di dalam.

Hilang eomma tersayang pada usia 8 tahun, itu bukan sesuatu yang sepatutnya dilalui. Dia perlu kan susuk seorang eomma untuk membesar, Tapi apa boleh buat. Takdir berkata lain.

Namjoon menepuk bahu Jimin untuk menyalurkan semangat.

"Sayang, sakit sangat ye sampai sayang tak tahan? lepasni sayang dah tak sakit dah. Awak jangan risau pasal Jaemin dengan Jisung. Selagi saya ada, saya akan jaga mereka baik baik. Tapi awak doakan saya kuat ye sayang. Terima kasih ye sayang untuk semua memori. Tolong cakap dekat tuhan, terima kasih pinjamkan bidadari untuk keluarga ni selama 8 tahun. Saya sayang awak"
Suara Jimin bergetar. Siapa sahaja yang mendengarnya akan tahu betapa banyak kesakitan dalam ucapannya.

Namjoon memeluk Jimin. Akhirnya lelaki itu menangis terisak isak. Biarlah orang anggap dia lemah sekali pun. Dia ingin menjadi lemah untuk kali ini.

Tepat pukul 8 malam, Jimin dan anak anaknya pulang ke rumah.

Kosong.

Itulah yang keluarga Jimin rasakan.

Jaemin berjalan masuk ke dalam biliknya meninggalkan Jimin dan Jisung yang duduk di ruang tamu.

Budak lelaki itu duduk di lantai biliknya.

Jaemin menepuk nepuk dadanya kuat sambil menangis.

Percayalah, antara semua orang, Jaemin yang merasa paling sakit.

Dari bayi hingga umur 4 tahun, Jaemin membesar tanpa seorang appa. Baru 4 tahun dia hidup dengan keluarga lengkap, dan dia perlu membesar tanpa seorang eomma pula.

Jaemin sempat berfikir kenapa Tuhan begitu kejam padanya Tapi dia sedar, dia tak layak mempersoalkan takdir tuhan.

Jaemin teringin meraung dan menangis terisak isak seperti Jisung dan appanya Tapi Jaemin tak boleh.

Mungkin semuanya terlalu sakit hingga dia hanya mampu menangis dalam diam.

Saat Jisung masuk ke dalam bilik Jaemin, Jaemin terus mengusap air matanya dan memandang Jisung yang masih menangis.

Jaemin tersenyum pada Jisung seperti mengatakan 'tak apa. Menangislah sepuasnya'

Akhirnya mereka berpelukan meluahkan rasa sakit yang sama Tapi dengan cara yang berbeza

Jisung yang menangis sambil berkata dia rindu Jaeyi dan Jaemin yang mengalirkan air mata sambil tersenyum

———</3———

Happy Ending?
Takkan pernah ada happy ending dalam sebuah kisah kerana pada akhirnya mati yang menjadi pemisah.
Itu fakta.

———<3———

Kepada semua yang membaca, saya cuma ingin cakap, kalau awak penat, menangislah. Jangan tahan. Air mata tu ubat. Jadi, kalau awak pendam, ibarat awak biarkan luka awak tanpa diubati. Luka memang akan sembuh walaupun awak tak ubati, Tapi akan mengambil masa yang lama dan akhirnya meninggalkan parut. Jadi, menangislah. Tak apa untuk menangis sebab itu bukan menunjukkan awak lemah Tapi menunjukkan awak kuat sebab mampu luahkan. Semoga hari esok semuanya akan menjadi lebih baik dari hari ini.

Jaga diri. Semoga awak semua sentiasa dalam lindungan Allah.

:3

———<3———

(C) idols [pjm]Where stories live. Discover now