BAB 23

29 1 0
                                    

Well look who it is, the devil has coming.

Azmirul menyandarkan belakangnya kepada locker pelajar manakala kakinya sebelah kiri turut di sandarkan pada locker tersebut. Bad boy vibe. Qarlisha yang melihat gaya itu rasa menyampah sedikit. Dia menjulingkan matanya ke atas. Melihat lagi Azmirul mengukir senyuman sinis membuatkan lagi bertambah menyampah. 'Apa sangatlah senyumannya tu, senyuman kambing lagi bagus daripada dia. Macam senyuman kena tarik oleh mata kail ja.'

"Hahaha"-Qarlisha terketawa sendiri dengan kutukannya terhadap Azmirul. Azmirul pula berkerut dahi, dia meluruskan tubuhnya lalu mendekati Qarlisha.

" Apa yang lucu sangat sampai kau ketawa nak terkencing ni?"-Azmirul mula buat perangai. Saja nak bagi Princess kita ni marah.

"Tiada apa."-Qarlisha menjawab dengan nada yang sedang menahan ketawa. 'Ha buat lagi senyuman kena tarik mata kail tu.'

" Hahahaha"- Qarlisha tidak dapat bertahan lagi. Dia ketawa kuat sehinggakan matanya berair. Azmirul bengang dengan perangai Qarlisha. 'Mesti dia ada kutuk aku ni kan,'

Tidak tahan dengan perangai Qarlisha, Azmirul menolak tubuh Qarlisha melekat pada locker pelajar, manakala kedua belah tangannya mengurung Qarlisha daripada bergerak jauh. Qarlisha tersentak dengan tindakan Azmirul dan wajah mereka yang sangat dekat membuatkan degupan jantungnya bergerak laju. Mesti mukanya dah merah.

"Apa yang lucu sangat ni, hmm?"- Azmirul bersuara manly ingin menggoda Qarlisha. Bila Qarlisha tiada respon, dia tersenyum sinis bila dia dapat mainkan perasaan gadis di depannya. Azmirul memajukan wajahnya ke telinga Qarlisha lalu berbisik dengan sangat sensual.

" Don't forget tonight baby. Wear something sexy for me."- Azmirul. Sebelum dia bergerak mengundurkan wajahnya, dia sempat meniup telinga Qarlisha dengan lembut. Merasakan degupan jantung Qarlisha berdegup kuat membuatkan Azmirul sekali lagi tersenyum menang. Getaran daripada degupan jantung Qarlisha sangat kuat hingga dapat di rasa oleh tubuhnya kerana tubuh Azmirul melekat pada tubuh Qarlisha.

Azmirul melihat wajah Qarlisha yang kemerahan, bibirnya yang terbuka sedikit seperti memanggil Azmirul untuk membaham bibir itu. Rasa geram nak gigit. Azmirul kini memberi ruang untuk tubuh Qarlisha. Azmirul mengangkat tangannya lalu meletakkan rambut Qarlisha di telinganya agar tidak melindungi wajah Qarlisha. Mata Azmirul bergerak pula ke arah leher Qarlisha yang putih. Dia cuba bayangkan kalau leher itu penuh oleh lovebite darinya.

'Fuck! Stupid boner.' Desis hati Azmirul. Dia tidak dapat mengawal berahinya. Kalau lama dia di sini pasti Qarlisha sedar akan masalah kelakiannya. Dan dia tidak mahu itu berlaku.

"See you tonight."- Azmirul mencium muncung hidung Qarlisha lalu bergerak meninggalkannya di situ tanpa memandang ke arahnya lagi.

Qarlisha yang dari tadinya diam kini bernafas kuat. Dia tidak sedar kalau dia telah menahan nafasnya. Separuh hatinya terasa bagaikan nak meletup. Tapi separuh lagi rasa kecewa kerana dipermainkan. Kecewa bila fikir mesti Azmirul guna teknik tadi untuk menumbangkan kawalan perempuan terhadap tubuhnya.

Qarlisha cepat menghapuskan imej Azmirul sedang bercumbu dengan perempuan lain. Dia tambah berasa sakit hati bila tahu Azmirul berpengelaman terhadap perempuan. Experience makes perfect right? Qarlisha menarik nafas panjang lalu menghembusnya secara perlahan. Kalau tadi kawalannya runtuh kali tak kan lagi.

Qarlisha melihat sekelilingnya. 'Aik tiada pelajar, mana perginya mereka ni.' Bila dia tengok jam di tangannya. Membesar matanya. Dan dia pecut lari untuk kelasnya.

Alamak, dah lambat 10 minit.

Bila dia buka pintu kelas, semua pelajar melihat ke arahnya. Qarlisha melihat ke arah meja mengajar tiada kelibat pun. Namun Qarlisha tetap masuk lalu duduk salah satu tempat.

Don't Judge Me ( Discontinue )Where stories live. Discover now