Di Suatu Tempat.
"Hahaha. Kesiannya kau Tengku. Makin hari semakin surut kesihatan kau. Hahaha."- Seorang wanita berkata dengan gaya psikonya. Tersenyum sinis melihat kertas yang berada di atas meja kerjanya.
"Lambat laun kau akan masuk ke alam barzakh, baik kau bagi aku pegang takhta kau."- Kertas tadi di letak ke tepi, tangannya mencapai sebuah bingkai gambar keluarga. Wajah seseorang di dalam gambar tersebut disentuh lembut menggunakan jarinya.
" Kalau kau tak nak,.."- Kata katanya tergantung di situ. Mata wanita itu terarah kepada gambar besar keluarga yang tergantung dalam bilik kerjanya. Tangan kanannya mencapai pistol yang diletak sedia dalam laci meja kerjanya. Dia menyentuh pistol tersebut bagaikan barang berharga.
"Tau lah apa aku nak buat."- Selesai saja berkata demikian dia tertawa serupa seorang psikopat.
*****
Istana Armadani Empire.
Suasana ruang makan tersebut penuh gelak ketawa. Tradisi masih di amalkan, makan tak boleh bercakap. Tapi sekarang masih melepak di ruang tersebut walaupun telah habis makan. Semua di ruangan itu tertawa mendengar dan melihat celoteh Qarlisha bercerita pengalaman lucu semasa dia masih hidup sendirian. Tidak kira tukang gaji, pengawal turut serta mendengar pengalaman Qarlisha juga tertawa terbahak bahak.
Dalam Qarlisha bercerita, hatinya terdetik perasaan gembira melihat suasana ruangan itu. Mereka sangat santai. Tidak menunjukkan yang mereka sedang takut kepada Tuan Pengarah seperti biasa. 'Moga moga berkekalan begini' bisik Qarlisha dalam hati sambil dia bercerita.
"Tuan Pengarah,"- Seorang pengawal datang mematikan suasana meriah itu. Terlihat sebuah telefon pintar berada di tangan pengawal itu menandakan ada panggilan sedang bersambung. Tuan Pengarah yang faham dengan maksud pengawalnya mula meninggalkan tempat duduknya. Begitu juga dengan pembantu rumah dan pengawal yang berkumpul tadi. Mereka mula bubar membuat tugas semula. Tinggallah Qarlisha dengan empat sepupunya.
"Ada apa tu? Semacam ja aku tengok pengawal tu."- Qarlisha merasa gusar apabila membaca air muka pengawal tadi.
" Takda apa lh tu. Perasaan kau ja tu."- Faiz.
"Lain cerita kau dah sedia nak khawin dengan mamat miring tu?"- Ismail.
" Kalau dia buat macam macam bagitau kat kita orang. Biar kita hajar dia sikit."-Fakhrul mengacah bagai menumbuk seseorang di hadapannya.
"Erk eleh. Dengan Qarlisha pun kau kalah mahu hajar konon."- Ridwan tempelak.
Qarlisha memerhati gelagat sepupunya. Dia memandang dalam wajah mereka. Faiz yang terkesan dengan pandangan Qarlisha merasa hairan.
" Kau okey? "- Faiz bertanya.
" Aku okey, kenapa tanya?"- Qarlisha. Semua mata sepupunya yang lain terarah kepada Qarlisha. Qarlisha menghembuskan nafasnya sambil menutup matanya. Bila dia buka mata, sepupunya masih lagi tetap memandang dia.
"Kalau satu hari aku jatuh, kamu tolong aku tak?"- Pertanyaan Qarlisha sangat mudah tapi susah bagi mereka jawab. Mereka tahu Qarlisha berharap kepada mereka tapi mereka tidak boleh bagi harapan palsu kepada Qarlisha.
Tangan Faiz menggenggam tangan Qarlisha.
" I'll be there, here, and future. I'm sorry not with you in the past. But, I'll make sure I'll be with you no matter what. I'm your cousin."- Faiz berkata.
Ismail, Fakhrul dan Ridwan melopong melihat kelakuan Faiz. Manakala Qarlisha terharu hinggakan airmatanya bergenang di kelopak mata.
"Thank you."- Ucap Qarlisha sambil memeluk tubuh Faiz yang berada di sebelahnya.
YOU ARE READING
Don't Judge Me ( Discontinue )
RandomQarlisha Dilla. Perempuan yang dahulunya hidup dengan susah. Saat hadirnya seorang lelaki tua yang mengaku bahwa dia adalah cucu kerabat Diraja yang dicari selama ini, telah mengubah hidupnya ke 360°. Dengan kehadiran empat orang lagi abang sepupuny...