Di Ruang Meja Makan.
Bunyi sudu berlaga dengan piring kedengaran di ruangan tersebut. Tiada satu pun suara keluar dari mulut mereka yang duduk di situ. Macam makan beradab pula.
Brianda menikmati makanannya dengan penuh selera setelah tadi petang menggunakan tenaganya untuk menumbangkan empat sepupunya.
" Hek ehem. I need to tell you something Brianda." - Tuan Pengarah.
Kunyahan Brianda ketika itu terhenti apabila mendengar suara Atuknya yang bernada serius. Dia melihat ke empat sepupunya yang masih fokus dengan makanan masing-masing. Akhirnya tatapan matanya menuju ke arah Atuknya.
" Tentang apa tu tok? Macam serius jak?" - Brianda.
" It is. " - Tuan Pengarah berkata sambil menghembuskan nafasnya manakala matanya melihat ke arah makanan di depannya seperti berfikir sesuatu.
" How about we talk later in your office? " - Brianda memberi cadangan. Tidak mahu seleranya hilang apabila berbincang di depan makanan.
" Hmm, okey. I need all of you in my office at 9 sharp." - Tuan Pengarah mengundurkan diri selepas sahaja berkata demikian.
Brianda kembali menikmati makanannya.
" Harap haraplah bukan pasal kita." - Ridwan.
" Kenapa kalau pasal kita?"- Ismail.
" Kau tanya kenapa? Kalau kita ada buat sesuatu yang tidak kena and sampai kepada Tuan Pengarah, what do you think he will do to us?" - Ridwan.
" Kau ada buat sesuatu ka?" - Faqrul.
" Mana ada!" - Ridwan.
" Then why don't you play with your joystick to make you feel better." - Faqrul.
Pakk!
" Auw, kau kenapa?" - Faqrul.
" Apasal lucah sangat mulut kau ni? Kau nak aku sumbat sudu ni dalam mulut kau tu?!" - Faiz.
Brianda hanya ketawa perlahan sambil menggelengkan kepala. Tak habis habis perangai budak budak dia orang ni.
" I think whatever we will discuss later it's all about Brianda." - Ismail.
Brianda mengerutkan dahi. Hairan.
" Apa pula dengan aku?" - Brianda menunjuk dirinya.
" You'll know later." - Ismail berdiri daripada tempat duduknya lalu keluar daripada ruangan tersebut.
Brianda mula berasa gusar. Apa yang di maksudkan oleh Ismail tadi? Apasal pula Atuk nak berbincang dengan kami semua kalau perkara itu pasal aku sorang. Semakin banyak soalan bermain dalam mindanya semakin dia berasa gusar.
Brianda merasa bahunya disentuh oleh seseorang.
" Janganlah fikir bukan bukan, adalah tu Atuk nak bincang dengan kita semua tapi bukan tentang kesalahan siapa siapa." - Faiz bersuara. Dia tahu, Brianda sekarang berasa gusar dengan apa yang mereka bincangkan nanti. Dia tidak ingin Brianda berasa sendirian dalam kehidupannya, dia mahu Brianda tahu, yang dia selalu ada tak kira susah atau senang.
" Thanks Faiz."- Brianda memberi senyuman manisnya kepada Faiz. Sebagai tanda yang dia okey.
**m@¥£!nd@**
YOU ARE READING
Don't Judge Me ( Discontinue )
RandomQarlisha Dilla. Perempuan yang dahulunya hidup dengan susah. Saat hadirnya seorang lelaki tua yang mengaku bahwa dia adalah cucu kerabat Diraja yang dicari selama ini, telah mengubah hidupnya ke 360°. Dengan kehadiran empat orang lagi abang sepupuny...