Brianda P.O.V
Ting Ning Ning...
Ya, itu dia loceng untuk mengisi perut. Habis melayang fokus ku belajar entah kemana perginya di sebabkan lelaki di belakang ku ni.
Semasa sesi perkenalan dirinya tadi, aku mendapat tahu bahwa dia anak Raja. Amirul Zafri nama dia. Nama panggilan dia pulak Amir. Berumur dua puluh tahun, anak tunggal. Aik, yang Aku sibuk nak ingat semua biodata pasal dia tu kenapa.
Aku melihat jam pergelangan tangan. Erm, mesti dia orang dah tunggu Aku kat kafe.
Aku mengemas barang ku. Ramai pelajar yang meminta hantarkan makanan ke kelas itu tandanya mereka akan sambung lagi pelajaran tadi.
Aku selepas ini ke kelas lain. Tapi, walaupun Aku mendapat subjek yang sama selepas lunch Aku akan tetap makan ke kafe kerana serik makan di kelas. Nak tahu? Tidak lain, tidak bukan, Sue dengan pelajar lain lah yang membuat Aku serik makan dalam kelas. Bukannya dapat makan pun, habis di buang ke lantai dan mereka suruh Aku makan bagaikan seekor anjing. Tapi, perkara dah berlalu biar lah berlalu.
Aku berjalan tanpa menyedari Suzana turut sama lalu di tempat yang Aku lalu.
Buk!
Masing masing jatuh terduduk di lantai nasib lah konkrit tidak lah terdengar bunyi nangka besar jatuh. Hehe.
" Aduh! Auw. Kaki I." - Sue.
Suara gediknya mula kedengaran. Biasanya dia melenting terus kalau di langgar sama ada sengaja atau tidak. Tapi moodnya ni hari baik pula sebab ada lelaki tu. Apa apa ja lah.
" Lain kali kalau jalan tu pakai mata. Percuma ja guna spek tapi langsung tak berguna." Amir bersuara.
Dia melalui diriku dan menuju ke arah Suzana.
" You tak apa apa ka ni." - Amir.
" Kaki I, I rasa tak mampu nak jalan sakit sangat." - Sue.
" Takpa biar I angkat you." - Amir.
" Thank you." - Sue.
Dup Dup.. Dup Dup.
Bunyi jantung ku sangat kuat dan perlahan ketika itu, terasa sakit bagai ditusuk.
Selama Aku berada di sini, Aku tidak pernah merasa begini dengan mana mana lelaki yang berada di sekolah ni.
Dialah lelaki pertama yang membuat Aku merasa begini, adakah dia..? No! Aku tidak boleh ada apa apa perasaan dengan sesiapa pun lelaki buat masa sekarang. Fokus Brianda fokus!.
Aku bangun dan berlalu dari situ. Kata lah apa mereka nak kata. Bajet Queen Ice ka, bajet budak nerd ka eh memang nerd pun.
Huh! Sampai bila lah Aku harus begini ni.
" Brianda."
Aku mengangkat wajah ku. Eh dah sampai kafe rupanya jalan punya jalan tidak sedar pula dah sampai sini. Kelibat Faiz dan lain dah berkumpul di sebuah meja.
" Maaf, lambat." - Brianda.
" Asal, ada ganggu kau lagi ka?" - Faiz.
" Tak lah. Prof lambat tamatkan kelas." - Brianda.
" Kalau ada siapa siapa yang buli kau, bagitau ja kita orang, biar kami yang uruskan." - Ismail.
" Tiiaaddaa abang sepupu sepupu ku sekaliaaaann." - Brianda bersuara gembira kerana ingin menceriakan suasana di meja makan.
" Abang?" - Faqrul.
" Yup. Abang. Tak suka ada adik perempuan ka?" - Brianda.
Mereka memandang sesama mereka, sebelum memandang ke arah ku. Senyuman ikhlas terbit di bibir mereka masing masing.
YOU ARE READING
Don't Judge Me ( Discontinue )
RandomQarlisha Dilla. Perempuan yang dahulunya hidup dengan susah. Saat hadirnya seorang lelaki tua yang mengaku bahwa dia adalah cucu kerabat Diraja yang dicari selama ini, telah mengubah hidupnya ke 360°. Dengan kehadiran empat orang lagi abang sepupuny...