Lagu Marron 5 mula dimainkan oleh Dj, Brianda mula memberi isyarat kepada Faiz agar dia memulakan dahulu. Faiz apalagi, menunjukkan skill yang ada kepada semua yang berada di situ.
Semua remaja perempuan bersorak dengan riang memberi semangat kepada Faiz.
Tiba giliran Brianda, dia tersenyum sinis ke arah Faiz. Hip Hop adalah tarian salah satu favourite dia. So, skill yang Faiz guna tadi hanya biasa. Faiz terlalu memandang rendah terhadap Brianda.
Badan, tangan kaki mula memainkan peranan. Berat badan Brianda seimbangkan agar lebih ringan. Memandangkan dia perempuan, tulangnya lebih fleksibel. Brianda memberi laluan kepada Faiz untuk membalas tariannya setelah menunjukkan skill flatnya. ( flat adalah skill yang selalu digunakan oleh olahraga gimnastik iaitu, kaki kanan dan kiri di lunjurkan ke arah berbeza hingga rapat ke lantai.)
Faiz yang melihat keadaan Brianda memegang anunya merasa sakit yang di alami oleh Brianda. Namun tidak bagi Brianda kerana ia adalah perkara mudah bagi setengah perempuan.
Faiz mula maju badannya mengikuti rentak lagu ia mula menunjukkan skillnya berpusing menggunakan topi iaitu kepala di bawah manakala badan di atas.
Vote mula bergerak dengan cepat. Jumlah vote Faiz dan Brianda tidak mahu saling kalah. Namun yang pastinya markah vote Brianda tinggi daripada Faiz.
Brianda mula mengeluarkan skill skill terhebatnya, dia melakukan tarian dengan memutar badannya di mana kedudukan kepalanya di bawah badannya di atas dengan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja apabila dirinya berhasil berdiri tegak, Brianda melakukan triple flip.
Faiz yang melihat keadaan itu hanya mampu terlopong apabila Brianda selamat mendarat di hadapannya dengan berjaya. Ketika itu juga lagu yang dimainkan habis.
Semua bersorak gembira dan hasilnya, vote Brianda lebih tinggi daripada Faiz. Brianda tersenyum ke arah Faiz lalu menuju ke konconya meninggalkan Faiz yang masih terlopong itu.
**mα¥£!πdα**
Di suatu tempat gerai makan dimana kelibat lima orang kelihatan sedang menikmati sate daging ayam ketika itu.
Ismail, Faqrul dan Ridwan memandang pelik ke arah Faiz yang semenjak dari tadi tidak pernah berenggang dengan Brianda ada sahaja topik yang diceritakan hingga membuat Brianda tertawa.
Mereka memandang antara satu sama lain, tiba tiba Faqrul memegang dahi Faiz.
Terhenti perbualan Faiz dan Brianda melihat kelakuan pelik Faqrul.
" Kau dah kenapa?" - Faiz.
" Apa yang betina ni mendremkan kau sampai kau tak berenggang dengan dia." - Faqrul.
" Eh, kau jaga sikit mulut kau tu ya, dia tu ada nama. Apalah. Kau ni tak gentle langsung dengan perempuan." - Faiz.
" Tak yang masalahnya sekarang ni, kita keluar ja dari tempat tadi, kau tak henti henti bercakap dengan dia. Kami ni apa, tunggul?" - Ismail.
" Takpalah korang enjoy lah makanan korang, biar aku pergi tempat lain." - Brianda mula berdiri daripada tempat duduknya namun pergerakannya terhenti apabila Faiz memegang pergelangan tangannya.
Brianda melihat ke arah Faiz.
" Sit! Aku tak benarkan kau pergi tempat lain kalau aku tak ikut." - Faiz.
Brianda duduk kembali. Dia pun agak hairan dengan kelakuan Faiz. Takkanlah sebab kalah cabaran Faiz berubah seratus peratus macam ni. Pelik.
" Guys aku tahu kehadiran Brianda susah kita nak terima sebab kita tak tahu asal usul dia walaupun bukti kukuh dah ada depan mata. Tapi Brianda kami buat macam tu bukan sebab benci dengan kau, kita orang just takut atuk salah pilih orang. Dan kami takut satu hari nanti..." - Faiz berhenti secara mengejut berkata apabila Brianda bersuara.
YOU ARE READING
Don't Judge Me ( Discontinue )
RandomQarlisha Dilla. Perempuan yang dahulunya hidup dengan susah. Saat hadirnya seorang lelaki tua yang mengaku bahwa dia adalah cucu kerabat Diraja yang dicari selama ini, telah mengubah hidupnya ke 360°. Dengan kehadiran empat orang lagi abang sepupuny...