Bab 1

74 4 0
                                    

Selesai sahaja sekolah, Aku terus balik ke rumah buruk ku. Mandi, makan and buat kerja rumah and then siapkan assignment. Disebabkan sekolah Aku tu sekolah yang bertaraf lima bintang, kami buat assignment semua dalam laptop. Laptop ni pun sekolah punya.

Selesai sahaja assignment, Aku melihat ke arah jam dah pukul Enam petang. Hmm, tidak lama nak pergi kerja. Aku sandarkan badan ku di kerusi buruk ku ni.

Macam mana Aku boleh hidup dalam rumah ni sendiri? Well, semasa orangtua Aku meninggal, Aku terus di hantar ke rumah anak yatim piatu. Di sana lah Aku menumpang kasih sayang. Masuk sahaja umur ku Dua Belas tahun, Aku ambil part time kerja. Sekolah sambil kerja. Nasib baik penjaga anak yatim piatu tu izinkan Aku kerja. So, tidak apa kalau Aku pulang lewat malam.

Kerja punya kerja, tingkatan Tiga, Aku dapat beli rumah buruk Aku ni. Walaupun kecil, Aku selesa. Rumah ni mempunyai satu bilik, ruang tamu yang kecil, kerusi buruk Aku ni, kipas meja. Manakala dapur pula, kecil saja tapi, muat untuk tiga orang makan lah dalam tu. Makan di atas lantai ja. Kira, semua yang ada dalam rumah ni hasil titik peluh Aku.

Tapi, menghairankan bila bekas tuan rumah ni ingin menanggung kos elektrik dan air. Pertama Aku tolak, tapi apabila dia membagi alasan yang logik, akhirnya Aku terima juga.

Aku melihat ke arah jam lagi, dah pukul tujuh! Mati. Aku lekas bangun, bersiap ingin pergi ke tempat kerja. Nasib baik Aku ada kereta sendiri, harap harap lah jalan tak jem.

Aku keluar dari bilik lalu berjalan ke ruang dapur, ingin memastikan air ditutup and semua suis dimatikan. Aku bergerak pula ke ruang tamu. Semasa mematikan kipas meja ku dan juga suis lampu, Aku terdengar bunyi siren di luar rumah tapi Aku abaikan kerana Aku fikir mungkin ada masalah atau apa apa lah. Malas nak ambil tahu.

Aku keluar daripada rumah dan menguncinya. Aku mula jalan ke arah kereta ku namun langkah ku terhenti apabila mendengar suara seseorang.

" Cik muda, sila ikut kami."

Aku melihat ke arah suara itu. Betapa terkejutnya Aku melihat kenderaan berbaris di hadapan rumah Aku. Aku memandang ke kanan dan ke kiri, kalau ada sesiapa dia maksud kan selain Aku, nanti bukan Aku di maksudkan malu bak gila nanti.

Aku mula melihat ke arah mereka semula. Ya, mereka. Punya lah ramai. Dua motor sport berwarna hitam di depan, kereta putih, dan Empat buah kereta hitam berada di belakang. Semua yang berada dalam kereta tersebut keluar berdiri tegak di samping pintu masing masing.

" Erm, tuan salah orang agaknya. Saya bukan siapa siapa."

Aku cuba menerangkan kesilapan mereka. Namun lelaki tua itu eh tidak lah tua sangat. Mungkin berumur dalam Empat Puluhan begitu mula melangkah ke arah ku macam askar. Aku hanya memandangnya dengan perasaan hairan.

Sampai sahaja di hadapan ku namun tidak lah dekat sangat, dia membongkokkan badannya.

" Selamat kembali Cik muda, nama saya Jerick atau Cik muda boleh panggil Rick sahaja. Tuan Pengarah meminta kami untuk menjemput Cik muda kembali ke istana."

" Ha? Istana? Saya rasa Tuan Jerick salah orang ni, saya bukan kerabat diraja. Saya hanya rakyat biasa sahaja."

Tuan Jerick meluruskan badannya. Dia memandang ke arah ku.

" Itu, nanti kamu terangkan kepada Tuan Pengarah. Kami hanya menjalankan tugas sahaja."

" Kalau saya tak nak pergi macam mana?"

" Kami akan diberhentikan kerja Cik muda."

Aku mengaru kepala yang tidak gatal. Macam mana ni, Aku nak pergi kerja. Tapi mungkin cuti satu hari takpa kot. Aku kan jarang cuti.

" Saya ada pilihan lain ka Tuan Jerick?"

" Tolong Cik muda panggil sahaja Jerick dan Maafkan saya Cik muda. Cik muda tiada pilihan. Sila ikut kami Cik muda. "

Hmm. Aku mengambil telefon ku yang berada di poket belakang seluar ku. Ingin menelefon tempat kerja ku.

Tut tut.. Tut tut..

" Hello.."

" Hello kak Sarah, Baidura ni."

" Ha! Iya Cik muda..?"

Aku memandang ke skrin telefon takut salah nombor pula. Tapi betul lah. Ni nombor telefon tempat kerja Aku.

" Hello kak Sarah?"

" Ya, Cik muda..?"

" Erm.. Tolong beritahu boss Aku tak dapat turun kerja ni hari."

" Takpa Cik muda, kami dah di maklumkan oleh boss yang Cik muda akan tak kerja dah mula hari ini."

" Hmm ya lah. Okey. Bye."

Tut!

Aku diberhentikan kerja kenapa pula. Nantilah Aku bincang dengan bos. Aku melihat ke arah Jerick.

" Kita kena gerak sekarang ka?"

" Iya, Cik muda. "

Aku bergerak ke arah kenderaan mereka.

" Sila Cik muda."

Jerick mengiringi langkah ku, dia segera membukakan pintu untuk ku. Kepala ku pun di tutup menggunakan tangannya. Ada ada ja lah Jerick ni. Macam Aku rasa diri masih kanak kanak.

Apabila tubuh ku selamat masuk ke dalam kereta, semua yang berdiri di samping pintu kereta tadi, masuk ke dalam kereta mereka. Dan memberi laluan kepada dua buah motor sport serta kereta yang Aku naiki.

Dalam perjalan ketika itu, Aku bagaikan rusa yang masuk ke kampung. Bertahun Aku tinggal di negara ni namun Aku jarang sekali menerokai bandar besar ini.

Aku yang melihat keadaan bandar besar ketika itu sangat sibuk walaupun hari telah gelap. Seperti kanak kanak. Aku melekatkan muka ku ke cermin kereta. Mengagumi keadaan bandar di waktu itu.

Lama juga lah sampai ke istana yang di maksudkan oleh Jerick tu. Sampai Aku tertidur.

" Cik muda, kita sudah sampai."

Jerick membangunkan. Aku meregangkan tubuh ku. Rasa lama dah duduk dalam kereta ni. Rambut ku yang serabai Aku biarkan. Mulut menganga luas apabila menguap kerana masih ada sisa ngantuk ku.

Jerick yang memandang ku hanya senyum melihat telatah ku. Dia segera turun dari kenderaan lalu buka kan pintu untuk ku. Aku keluar dari kenderaan tersebut.

" Tuan Jerick jangan lah buka kan pintu untuk saya. Saya boleh bu.... Hah.."

Ayat ku tergantung apabila melihat suasana istana yang megah dan indah di depan mata ku. Aku lihat ada karpet merah yang di bentangkan sedia hingga ke pintu besar gedebak istana itu. Di sebelah kanan dan kiri karpet tersebut, berdirinya lelaki, perempuan berbaju kot hitam. Pengawal agak nya masing masing mempunyai alat komunikasi di telinga.

" SELAMAT KEMBALI CIK MUDA"

Mereka berkata serentak sambil membongkokkan badan. Jerick mendepakan sebelah tangannya untuk mempersilakan Aku jalan dahulu.

Aku yang agak kekok ketika itu, melangkah secara perlahan lahan. Aku melihat ke arah Jerick yang berada di belakang ku. Dia hanya tersenyum sambil menganggukan kepala seperti mendorong ku untuk teruskan perjalanan.

Aku melihat ke depan semula pintu itu ada di depan ku. Apakah kalau Aku membuka pintu itu, nasib ku akan berubah?

Don't Judge Me ( Discontinue )Where stories live. Discover now