Bab 4

59 5 0
                                    

Pagi pagi lagi Aku telah bangun. Apa yang nak di buat dalam Istana ni eh? Jari telunjuk, Aku ketuk ketuk di dagu  cuba memikirkan kerja yang boleh Aku lakukan. Aha! Lampu bulb menyala di kepala ku. Mesti Atuk tak marah punya. Hehe.

Aku segera keluar dari bilik cuba mengingati jalan ke dapur. Hurm. Setahu Aku, Aku belum nampak semua tempat dalam istana ni. Nantilah minta tolong dengan Anty Mia.

Aku membuka sebuah pintu yang berada di depan ku, harap harap lah tidak silap. Tada! Berjaya pun jumpa dapur. Wah. Besarnya dapur, dah macam tempat masak chef terhandal. Hehe. Kita tengok siapa yang handal, Aku atau chef yang bekerja di istana ni.

Senyuman lebar mula terukir, Aku menyinsingkan lengan baju ku agar tidak kotor. Manakala rambut, Aku sanggul. Senang sikit kerja.

Aku pergi pula tempat storage.Hurm, What do we have here? Daging ayam, sayur sayuran, buah buahan, and... Aku tersenyum melihat sesuatu. Yes. Kita masak...

Aku mengambil beberapa sayur dan buah buahan sebagai pencuci mulut. Harap harap lah dia orang makan apa yang Aku masak ni. Ya lah masakan kampung ja ni, kalau selera tekak mereka mahu western habis lah. Tapi, takpa. Buat masa ni masak ja dulu apa yang ditahu. Nanti lain kali Aku belajar favourite food diaorang. Termasuk empat jejaka tak sedar diri tu ka? Iya lah kot.

Masak punya masak, tanpa Aku sedar gerak geri ku diperhatikan oleh semua pembantu dapur. Hinggalah kehadiran seseorang yang menegur ku dengan suara lantang.

" Cik muda! Apa yang Cik muda buat kat sini?"

Itu dia. Siapa tu? Siapa lagi kalau bukan Anty kesayangan ku Mia... Nasib baik mood masak Aku tidak spoil tau. Inipun tinggal buah ja nak di potong potong.

" Hmm?"

Aku bagi juga dia soalan. Anty Mia tak tengok ka Aku tengah potong buah ni. Nak siapkan breakfastlah. Itu pun ditanya.

" Brianda..!"

Suara Anty Mia mula meninggi. Aku dengan tingkah santai hanya biarkan dia yang tengah geram dengan perangai ku. Kita nak tolong pun salah. Bukannya Aku tak biasa buat kerja macam ni.

" Brianda tengah siapkan breakfast anty, salah ka?"

" Ya, sangat salah! Cik muda tak di benarkan ke bahagian dapur. Bahaya."

" Apa yang bahaya nya anty? Brianda sudah biasa lah dengan kerja dapur ni. Tengok ni ha."

Aku menunjukkan skill ku memegang pisau. Aku menghumban pisau itu sebelum Aku sambut dengan cermat. Perkara itu menyebabkan semua yang berada di situ berasa kagum.

Aku mula memotong buah pear tadi dengan tangkas. Kepala mereka mengikuti ketangkasan tangan ku. Habis sahaja Aku potong, Aku kembali menghias mangkuk besar yang berisi buah buahan yang Aku potong sebelum ini, menjadi bentuk bunga.

Semua yang ada di situ mengeluarkan perkataan yang sama. Wah. Ya memang wah. Sangat cantik hasil tangan Aku. Siap pun.

Aku memandang ke arah semua orang yang berada di situ. Aku membuka apron yang Aku pakai tadi lalu menyangkutnya kembali.

" Ermm, boleh tolong saya angkat lauk lauk ni pergi dalam tak?"

Aku menyoal mereka. Mereka bagaikan tersedar dari mimpi. Semua mempunyai reaksi yang sama. Besar mata.

" BAIK CIK MUDA!"

Mereka berkata serentak. Segera mereka menghantar apa yang patut disediakan di meja makan. Kecuali minuman. Aku tidak tahu kebiasaan diaorang minum apa. So, Aku tak buat.

Don't Judge Me ( Discontinue )Where stories live. Discover now